Keesokan harinya setelah menikmati hidangan tengah hari, mereka ingin pulang ke bandar bersama-sama memandangkan cuti Alyssa juga sudah habis. Tengku Fayyadh sangat berpuas hati dapat bercuti di kampung yang nyaman itu dan berhajat ingin kembali suatu hari nanti mana tahu kan.
"Mai lah lagi lain kali. Jangan segan-segan mai singgah rumah tok. Anggap ja macam kampung Yad sendiri."
Tengku Fayyadh bersalaman dengan Tok Chom dan menghulurkan beberapa keping not berwarna ungu kepada orang tua itu.
"Eh.. Apa ni tak payah lah simpan buat duit kahwin."
Tok Chom menolak pemberian Tengku Fayyadh kepadanya.
Terletus tawa Tengku fayyadh apabila Tok Chom mengusiknya. orang tua yang sudah dianggap seperti neneknya sendiri memandangkan dia tidak mempunyai datuk dan nenek serta kampung halaman. Hanya mampu menumpang kasih orang luar.
"Tak apa tok. Ambik lah. Duit kahwin tok jangan risau Yad dah ada cuma tunggu nak masuk meminang aje ni."
Seloroh Tengku Fayyadh sambil mengerling Alyssa yang sedang memasukkan beg luggage ke dalam bonet keretanya. Jangan salah faham ya. Mereka balik dengan kereta masing-masing bukan naik sekali tahu.
Tok Chom simpan senyum apabila mendengarkan kata-kata cucu angkatnya itu. Hati tuanya kuat menyatakan mereka masing-masing mempunyai perasaan antara satu sama lain tapi masih baru untuk mereka mengungkapkannya.
Biarlah mereka putuskan sendiri. Masing-masing dah besar panjang. Dia hanya mendoakan yang terbaik buat kedua cucunya itu. Semoga ada yang mampu menjaga dan membimbing cucunya yang seorang itu dan kebahagiaan yang dikecapi mereka.
"Tok jaga diri nah apa-apa telefon cheq terus tau. Jangan duk buat kerja-kerja berat sangat pinggang lutut tok tu bukannya kuat sangat. "
Alyssa menyalami tangan tua itu dan meninggalkan pesanan buatnya.
"Tok nak telefon Yad pun boleh tok. Apa-apa tok telefon lah ya. Tok dah ada nombor telefon Yad kan."
Alyssa memusingkan badannya dan memberikan pandangan yang menjengkelkan buat si jejaka. Wahh.. Siap ada nombor telefon toknya ya. Alyssa memberikan jelingan mautnya.
"Tok dah ada cucu baru jangan lupa cucu tok yang ni tau." Lahhh cemburu.
Tok Chom sakan mengekek ketawakan Alyssa kerana cemburu dengan Tengku Fayyadh. Tengku Fayyadh hanya mengukir senyum senget dan menggelelng-gelengkan kepalanya melihat keletah Alyssa.
"Cute. Hehe"
Getus hatinya.
"Lyssa gerak dulu tok. Apa-apa telefon tau." Laung Alyssa dari tingkap keretanya yang dibuka dan melambai sayu orang tua itu. Haihh..rindu tok.
Tengku Fayyadh membuka sedikit tingkap keretanya yang bertinted gelap itu lalu melambai tangan dan membunyikan hon keretanya. kedua-dua mereka bergerak menyusuri jalan raya yang kembali sesak dengan kesibukan lalu lintas.
YOU ARE READING
Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]
AcakNur Ayla Alyssa seorang gadis kampung yang berasal dari utara semenanjung. Mula berhijrah ke kota apabila diterima bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka di bandar. Tengku Fayyadh Alzaidan seorang jejaka beku yang workaholic dan "playboy". P...