"Assalamualaikum Tok."
Sapa Tengku Fayyadh dihujung talian.
"Waalaikumsalam. Haa.. Awat ni telefon tok? Ada apa-apa ka? Nak balik mai kampung ka?"
Soal Tok Chom bertalu-talu. Terletus tawa Tengku Fayyadh.
"Satu-satu tok. Tak sempat nak menjawab semua soalan tok tu." Tok Chom ketawa kecil.
"Saja lah melawak dengan hang lama tak dengar khabaq."
Tok Chom berada di pangkin sambil menumbuk pinang ketika Tengku Fayyadh menelefonnya.
"Tok sihat ke? ok ke kat kampung tu?"
Soal tengku Fayyadh berbasa basi.
"Alhamdulillah tok sihat kat kampung ni. Hang sihat ka kat sana? Ni hang telefon awat?"
"Ehem"
Tengku Fayyadh membetulkan suaranya sebelum memberitahu niatnya yang sebenar menelefon orang tua itu.
"Tokk..."
Panggilnya meleret dan menggosok belakang lehernya. Walaupun Tok Chom tidak nampak muka gabra seorang Tengku Fayyadh, namun dari suaranya sudah dapat dibaca apa yang ingin dibicarakan oleh cucu angkatnya itu.
"Hang nak kahwin kan?"
Terbeliak mata Tengku Fayyadh apabila mendengarkan persoalan orang tua itu.
"Macam mana dia tau? Dia pasang mata-mata ke?" Getus hatinya.
"Aku tak pasang spy aih kat hang. Aku ni orang tua aku tau apa hang nak cakap."
Tiba-tiba Tok Chom bersuara. Lagi lah terkulat-kulat dibuatnya. Seram pulak rasa.
"Tapi aku tak tau lah hang nak kahwin dengan sapa."
"Yad nak pinang Lyssa kalau tok setuju."
Tok Chom yang sedang menjamah pinang yang ditumbuknya tadi terbatuk-batuk apabila mendengarkan nama cucunya yang ingin dipinang.
"Hang sungguh ka Yad? Tok nak yang terbaik untuk cucu tok tu. Tok tak kisah kalau hang rasa hang boleh sabaq dengan dia, tahan dengan perangai dia semua, boleh terima baik buruk dia. Janji hang jaga dia dengan baik sudah."
Panjang hujah orang tua itu.
"InsyaAllah Yad yakin tok. Yad sayangkan Lyssa. Tok percayakan Yad kan? Yad tak akan mensia siakan Alyssa."
Janji Tengku Fayyadh bersungguh-sungguh.
"Mak pak hang tau dah pasai ni?" Soalnya.
"Yang tu tok jangan risau. Yad dah settle." Tengku Fayyadh ketawa kecil
Tok Chom meraup mukanya seperti memikirkan sesuatu. "Kalau dah macam tu hang kata, tok setuju ja tapi Alyssa dah tau ka pasai ni?"
Soalnya apabila teringatkan cucunya yang seorang itu.
"Belum lagi tok."
Tengku Fayyadh menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Lagu mana hang ni tuan badan tak tau. Buatnya si Lyssa tu dah ada pakwe ka tak naiya kat hang."
Tok Chom menepuk dahinya runsing dengan perangai Tengku Fayyadh yang main aci redah sahaja.
Setelah telefon dimatikan, Tok Chom termenung di pangkin rumahnya. Mungkin sudah tiba masanya Alyssa mendirikan rumah tangga. Dia juga ingin merasa mempunyai cicit selagi dia bernyawa. Entah sampai bila dia mampu melihat dunia ini.
"Lagi pun budak Yad tu nampak bagus. Dia boleh jaga cucu aku tu tapi terpulang kat dia lah dia nak terima ka dak. aku boleh berdoa ja untuk dia."
Terdetik hati Tok Chom mengenangkan cucunya.
YOU ARE READING
Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]
Ngẫu nhiênNur Ayla Alyssa seorang gadis kampung yang berasal dari utara semenanjung. Mula berhijrah ke kota apabila diterima bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka di bandar. Tengku Fayyadh Alzaidan seorang jejaka beku yang workaholic dan "playboy". P...