EPILOG

35 4 0
                                    

SETAHUN KEMUDIAN


          Mereka sekeluarga pulang ke kampung Tok Chom.Bukan hanya keluarga mereka sahaja malah Tengku Aariz Adyan juga turut serta mengekor tak boleh berpisah sekejap dengan anak saudara kesayangannya itu.

        "Faleeq jangan lari tertomoih sat lagi hilang gigi dah lah gigi pun baru berapa puntung nak naik."  

        Laung Tok Chom kepada cicitnya yang terkedek kedek berlari berkejaran dengan bapa saudaranya siapa lagi kalau bukan Tengku Aariz Adyan. Yang sorang tak makan saman nak kena libas baru dengar cakap.

           Tok Chom sedang menyapu di halaman rumah sambil memerhatikan cicitnya bermain. Tiba-tiba....

         'Gedebuk'

         Macam nangka busuk bunyinya. Dia mengalihkan pandangan ke arah bunyi yang kuat tadi. 

        " Hik hik..Antel Yan atuh haa." Mengekek si kecil.

        Kelihatan Tengku Aariz Adyan sudah terbaring di atas lantai bersama anak kecil itu di sebelahnya yang sedang mencangkung sambil ketawa riang melihat bapa saudaranya yang elok terlentang. 

         "Tu lah tebiang lagi nak berlari macam budak-budak kan aku dah kata hat tua pun sama naik ketegaq lagi. Derhaka cakap orang tua Allah bayaq cash kat hang." Bebel Tok Chom kepada Tengku Aariz Adyan sambil tertawa kecil.

         Sudah dianggap seperti cucunya sendiri sejak pertemuan mereka pada majlis perkahwinan Tengku Fayyadh dan Alyssa satu ketika dulu.

        "Aduhh." Tengku Aariz Adyan mengeluh sambil mengusap punggungnya yang terasa sengal akibat tergelincir tadi.

        "Tok ni bukan nak backup kita tuduh kita derhaka pulak. Tak sporting lah tok dah lah tak nak kawan tok. Jom Yeeq-yeeq ikut uncle panjat pokok mangga tu pulak." 

         Diajak anak kecil mengikutnya memanjat pokok pula.

        "Budak ni nak kena qembaih dengan penyangkut baju aku rasa. Bawak budak tu panjat pokok pulak dah. Tunggu sat hang aku pi cari penyangkut baju nak kena sungguh ni." 

        Tok Chom masuk ke dalam rumah dan keluar semula bersama penyangkut baju di tangan. Betul-betul meminta sorang ni. 

       Tengku Aariz Adyan yang melihat ada sesuatu yang di bawa di tangan orang tua itu lantas lari bertempiaran meninggalkan Tengku Faleeq Aryaan keseorangan di halaman rumah. 

     Tok Chom geleng kepala. Tahu pun takut.

      "Tengku Aariz Adyan!!" 

      Kedengaran Tengku Fayyadh menempik namanya. Apa pulak kali ni.

      "Kau biarkan anak aku berkeliaran kejar ayam itik dengan pampers je apahal gampang? Tengok habis badan kena gigit nyamuk. Kau memang cari nahas dengan aku kan bebal." 

       Dikejar Tengku Aariz Adyan sekeliling rumah manakala si kecil juga tidak ketinggalan turut serta berlari-lari ketawa riang. Mungkin dia fikir bapa dan bapa saudaranya sedang bermain bersamanya. 

        Sehingga masing-masing kepenatan dan terbaring bersama si kecil di bawah terik mentari yang bersinar.

       "Sudah lah bodoh aku penat ni." Luah Tengku Aariz Adyan.

       Belum sempat mereka hilangkan lelah terdengar pula isterinya memekik.

      "Tengku Fayyadh Alzaidan! Tengku Aariz Adyan! Tengku Faleeq Aryaan!" 

      Masak lah.

      "Apa hampa buat dekat anak aku ni?!" Jerit Alyssa apabila dia melihat si kecil berbaring bersama. Lantas Alyssa menghayun langkah ke arah mereka lalu didukung anaknya. 

       Tersengih-sengih ketiga-tiga mereka. 

       Mencerlung mata Alyssa memandang suaminya. 

      "Hampa duduk luaq sampai esok jangan masuk rumah." Arah Alyssa lalu mengatur langkah masuk ke rumah dan...

      'Dumm'

       Pintu ditutup rapat dan dikunci dari dalam.

      Terpejam mata Tengku Fayyadh dan Tengku Aariz Adyan lantas berpandangan sesama sendiri sebelum sambung berbaring menghayati suasana kampung yang nyaman. Sesekali berguling di atas tanah apa salahnya kan.


       Puan Aishah sudah sedar dari koma tetapi masih belum pulih sepenuhnya akibat strok. Kini dia dijaga oleh Tuan Hashim di rumahnya sendiri dengan bantuan seorang jururawat yang diupah olehh Alyssa untuk menguruskan ibunya. 

       Berita tentang pertemuan mayat yang disyaki kakak kandungnya itu telah menemui jalan penyelesaiannya. Sudah terbukti mayat yang dijumpai ialah Aqilla kakak kandungnya hasil keputusan DNA yang dibuat ke atas mayat. 

       Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan.


      Tuhan,

      Terima kasih di atas rezeki yang telah engkau kurniakan kepada kami. Syukur diberi kesempatan untuk mengecapi bahagia walau hanya seketika bersama keluarga kecilku. Kau berkatilah keluarga kami dengan rahmatMu. Semoga Kau pelihara orang-orang yang ku sayangi hingga akhir hayat. 

       Buat suamiku yang ku kasihi, 

       Terima kasih sentiasa berada disamping isterimu dikala suka dan duka. Dikala susah dan senang. Semoga perkahwinan kita diredhai sehingga ke syurga Allah SWT.






**************************************TAMAT************************************************

  TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI LAYAN CERITA SAYA SEHINGGA KE PENGHUJUNG. MINTA MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP SERTA ADA SESETENGAH PERKATAAN YANG AGAK KURANG SOPAN YANG DIGUNAKAN DI DALAM PENULISAN SAYA DAN MUNGKIN ADA YANG BERASA AGAK KASAR SAYA MINTA MAAF. JIKA ADA KOMEN YANG INGIN DITINGGALKAN SANGAT-SANGAT DIALUKAN. ONCE AGAIN THANK YOU SO MUCH FOR YOUR SUPPORT 

I LOVE YOU ALL..MUAHHH

ENJOY AND HAPPY READING



you guys nak story baru tak???? Hihihi.. kalau nak boleh vote banyak-banyak ok.. Stay tune! See you guys in others story..maybe..bye!


Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]Where stories live. Discover now