BAB 26

32 3 0
                                    

                Dengan dua kali lafaz akhirnya Alyssa sah menjadi isteri kepada Tengku Fayyadh Alzaidan aka boss singanya. 

               "Fuhh penat sungguh seharian melayan tetamu." Keluh Tengku Fayyadh.

                Alyssa yang disampingnya sedari tadi dikerling sekilas. Kelihatan letih wajahnya yang dihiasi solekan ringan. Betapa anggun Alyssa di dalam persalinan songket puteri perak berwarna kuning diraja sedondon dengannya.

               Majlis pihak perempuan diadakan di sebelah petang setelah akad nikah di pagi hari. Masih ramai tetamu yang menghadiri majlis mereka.

              Beginilah suasana apabila majlis perkahwinan di adakan di kampung. Ramai yang akan turun padang membantu erti kata lain merewang. Tradisi ini masih diguna pakai di kampungnya. 

              "Penat ke?"

               Soal Tengku Fayyadh apabila dilihat Alyssa sudah menyandarkan tubuh dibahunya.

             "Sikit." 

             Alyssa memejamkan matanya. Dapat lunjur badan atas katil sedap ni.

            "Lepas ni boleh lah bagi kami cucu menakan cepat-cepat noh."

            Tiba-tiba ada suara sumbang yang menyibuk.

            Mak Lang Liza ibu saudara Alyssa aka makcik bawang kampung. Alyssa menjulingkan matanya malas ingin melayan perangai kepoci ibu saudaranya itu.

            "Boleh Mak Lang malam ni jugak saya start." Selamba Tengku Fayyadh menjawab.

            Tersembur kuah laksa yang dimakan apabila mendengarkan jawapan suami anak saudaranya itu. 

           Alyssa sudah menjegilkan matanya kepada Tengku Fayyadh. Apa punya jawapan lah laki aku ni.

          "Tak senonoh laki hang ni Lyssa oi. Ada pulak cakap lagu tu." Terus berlalu dari situ.

          " Ehh dah sepupu aku jawab dia lari pulak makcik bawang ni. Nak pergi sebarkan berita lah tu."

          Entah dari mana datangnya Tengku Aariz Adyan melabuhkan duduk di meja yang diduduki pasangan mempelai itu. 

          Sudah lama rasanya dia tidak mengganggu ketenteraman pasangan merpati sejoli ini sedangkan baru beberapa jam dia meninggalkan mereka.

           "Mana kau merayau dari tadi tak nampak batang hidung kau. Beriya nak jadi pengapit aku last-last hilang pergi jual minyak. Sepatutnya kau berjaga di sebelah aku tengok macam Inara bagus dia follow je mana isteri aku pergi." 

            Bebel Tengku Fayyadh sempat memberi pujian kepada sahabat baik isterinya itu.

            "Banyak cikadak pulak jantan ni. Bukan reti bersyukur aku dengan rela hati nak jadi pengapit kau tau."

             Tengku Aariz Adyan menikmati cendol tanpa memandang sekeliling. Pertama kali dapat merasa cendol. Sampai mata naik ke atas yang tak menahan tu buruk perangai.

            " Apa teruk sangat kau ni tak pernah makan cendol ke?" Mula lah nak menyinga bila tengok sepupunya itu memalukan diri.

            Alyssa dan Inara sudah bantai gelak mengekek dengan perangai selamba si jejaka. 

           "Kau memang dengki betul kan dengan aku. Ada je yang tak kena di mata kau kan. Kau tengok laki kau ni." Adunya.

           Tengku Aaariz Adyan mengatur langkah ingin mengambil makanan lain pula. Memang bela saka cara makan ni. 

           "Sepupu Tengku tu memang macam tu ka perangai dia kelolah." 

           " Who's Tengku?" Soal tengku Fayyadh garang.

           "Sorry maksud saya ab..abang." Tergagap-gagap Alyssa menjawab.

           "Dia memang macam tu sejak lahir. Entah mana datang pun tak tahu." 

             Selamba dikutuk sepupunya itu.

             Tengku Aariz Adyan kembali dengan pelbagai hidangan ditangannya. Kan dah cakap makan mengalahkan saka.

             Terbeliak mata masing-masing melihat makanan yang diambilnya kecuali Tengku Fayyadh yang sudah terbiasa dengan perangai tamak sepupunya itu.

             "Kau tak habiskan semua makanan ni aku sumbat ikut punggung kau." Keras amarannya.

              "Pernah ke kau tengok aku makan tak habis? Huh"

              "Apa awak ni biaq lah dia nak makan. Ambik lah apa awak nak ambik Tengku jangan malu-malu." Pelawa Alyssa.

              "Eh apa tengku-tengku dengan aku. Kau panggil Riz je tak pun Ad pun boleh." Sambil menayangkan sengihnya.

              "Banyak lah kau. Panggil je dia orang gila. Tak payah lebih-lebih." 

              Alyssa membalas dengan senyuman yang manis buat Tengku Aariz Adyan.

              "Baiklah Riz."

               "Don't you ever smile like that to other guy except me." 

                Terus mati senyumannya. Kuat cemburu suaminya ini dengan sepupu sendiri pun jadi.

               "Tak luak pun lah senyum bini kau tu. Menyampah betul aku dengan kuman ni semua tak kena." 

               "Nak bini senyum cari lah sendiri tak payah tumpang bini orang." 

                Dijelirnya lidah kepada Tengku Aariz Adyan seraya merangkul erat bahu isterinya yang tersayang dan berlalu pergi meninggalkan sepupunya itu. 

                Macam budak-budak perangainya. Malas mahu melayan perangai tak semengah. 

               Tinggal lah Tengku Aariz Adyan dan Inara disitu sambil berpandangan.

               "Kurang akal jantan ni." Bebelnya.

               Terletus tawa Inara dengan perangai Tengku seorang ini. Dia hanya mengangkat bahu malas mengambil pusing dengan sisa tawa yang masih ada.


****psstt..sudi-sudi lah komen korang. Mungkin ada kekurangan yang boleh dibaiki.***

****Sorry tau if rasa tak best. Kitonyo baru nak berjinak-jinak..Hope korang enjoy my story***


Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]Where stories live. Discover now