BAB 36

23 4 0
                                    

            "Kita nak ke mana ni Joyah? Kau main angkut je aku kan. Korang nak culik aku ye?" Tengku Aariz Adyan menyoal.

            Mereka keluar berempat bersama Tengku Aariz Adyan dan Inara untuk mencari barang keperluan sebelum Alyssa melahirkan.

           "Eh bingai kau yang beriya nak ikut kita orang tadi kan. Tak ada siapa ajak kau pun kau yang offer diri nak follow kami." 

             Kan dah kena tarbiah dengan Tengku Fayyadh.

            "Entah dia ni dari tadi ketaq pala nak ikut cemuih lah apa lah." Sambung Inara

            "Kau diam muhammad Inara. Kau ada masalah apa ye dengan aku tau nak cari pasal je. Mesti kau suka aku kan. Aku ni secret admire kau kan." Ujar Tengku Aariz Adyan bersama kening yang di angkat dan tersenyum kambing melihat Inara.

           "Pungkoq hang lah. Tak selera aku ramai lagi jantan lain hat berjenis."

            Inara membebel dalam waktu yang sama mukanya sudah memerah. 

            "Suka cakap je lah suka tak jatuh pun duit hantaran kau kalau kau mengaku sukakan aku."

            Ujar Tengku Aariz Adyan masih dengan loyar buruknya lalu dikenyitkan matanya.

            "Malas aku layan orang bengong macam hang ni." 

            Inara berlalu mengatur langkah dan pergi meninggalkan Tengku Aariz Adyan dibelakang.

            Tengku Fayyadh dan Alyssa saling berpandangan sesama mereka dan mengulum senyum melihat pasangan itu. Nampak serasi pada penglihatan mereka. 

             "Work harder bro." Tengku Fayyadh menepuk bahu sepupunya itu memberi nasihat.    

             Tengku Aariz Adyan tersengih seraya menggaru pelipisnya yang tidak terasa gatal pun.   

              Sedang ralit meneliti pakaian di ruangan bayi,

            "Aduhh!"

           Alyssa terasa seperti perutnya mengeras lalu dia melabuhkan duduk di bangku yang disediakan di situ dahulu. Dia mengusap perutnya bagi mengurangkan rasa sakit.

           "Sayang ok ke ni? Dah sampai masa ke sayang?" 

          Soal Tengku Fayyadh gelabah seraya menjatuhkan lututnya di hadapan Alyssa.

          Malangnya setelah hampir lima minit berlalu makin kerap pula kesakitannya. 

         Tiba-tiba terlihat cecair jernih mengalir dari celah kaki Alyssa.

         "Lahh sayang you nak kencing ke? Kenapa tak cakap nak kencing toilet kat sebelah je." Keluh Tengku Fayyadh.

         "Arghhhhh!" Jerit Alyssa nyaring tak kurang juga Tengku Fayyadh apabila merasakan kesakitan di urat kepalanya

         "Bukan kencing lah gila. Aku nak beranak dah ni." Alyssa bagaikan orang sasau menahan sakit. Apa yang ada didekatnya segera dicapai.

          Ditarik rambut suaminya sehingga terasa ke akar rambut. Kuat betul penangan seorang Alyssa.      

        "Eh kenapa ni? Korang kalau nak bermadu asmara pun jangan kat public lah." Tegur Tengku Aariz Adyan yang masih tidak faham apa yang sedang terjadi. 

        "Kepala hotak kau lah. Bini aku ni dah nak bersalin kau tau." Tempik Tengku Fayyadh segera memapah Alyssa untuk cuba bangun.

         "Sakit bang." Adu Alyssa sambil cuba untuk berjalan. Tangan masih menggenggam erat rambut si suami. 

         Melihat isterinya sukar untuk berjalan lantas Tengku Fayyadh mendukungnya lalu mengatur langkah ke arah kereta mereka. 

         "Kau drive kereta aku terus ke hospital cepat." Arahnya kepada sepupunya itu.

          Tengku Aariz Adyan yang masih terkulat-kulat mencerna apa yang sedang berlaku seperti terkena renjatan elektrik segera memecut kereta menuju ke destinasi mereka iaitu hospital berdekatan. 

         "Apa lah nasib aku ikut korang hari ni. Dah jadi bidan terjun pulak bawak ke hospital." 

          Keluh Tengku Aariz Adyan sambil memfokuskan pemanduannya. 

          Inara yang di sebelah tempat duduk penumpang menjeling ke arahnya. 

         "Diam lah sat lagi mulut tu aku tenyeh cabai kot baru tau."

          "Apa yang lembab sangat kau drive ni bongok. Kau ingat kita tengah makan angin ke." Tengku Fayyadh mula menempik sambil memeluk bahu dan menggenggam tangan isterinya disebelah.

          " Eh tengah jammed lah bodoh. Kau nak aku langgar semua kereta di depan ke? Sabar lah sikit tau lah gelabah pun." Tengku Aariz Adyan mula merasa bebal.


          Sampai sahaja di pintu kecemasan hospital kelihatan petugas kesihatan bersama jururawat sudah bersiap sedia dengan 'stretcher' untuk menyambut pesakit. 

         "Tolong isteri saya dah nak bersalin." Raya Tengku Fayyadh bersama linangan air mata. Menangis pulak dia. 

         "Baiklah encik tunggu diluar sebentar ya. Bila tiba masa kami akan panggil encik masuk ke dalam." 

          Bicara seorang doktor yang mengendalikan kes isterinya. 

         "Yang kau menangis macam budak tak cukup umur ni kenapa? Bini kau dah selamat masuk ke dalam dah." 

         "Aku risau Riz bini aku tengah bertarung nyawa kat dalam." Makin kuat esakannya. 

         "Eh kau ni orang berdoa bukannya meratap menangis macam budak." Bebel Tengku Aariz Adyan. 

         Inara yang dari tadi kehulu kehilir juga sudah menitiskan air matanya. 

        "Hang ni keras hati sungguh lah. Biaq lah dia nk qeyau pun bini dia kat dalam. Tunggu nasib hang pulak nanti tengok macam mana entah-entah melalak lagi teruk."

          Geram Inara dengan percakapan Tengku Aariz Adyan tadi.  

          Eh aku pulak yang salah.    




psst

Dah nak complete guys :') sikit je lagi. Sabar keyhh. Thank you korang yang support story kita. Enjoy your reading. ;)

Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]Where stories live. Discover now