Pejam celik sudah genap 9 bulan usia kandungan Alyssa kini hanya menghitung hari menantikan kelahiran pertamanya. Tinggal beberapa hari sahaja lagi dan debaran kian dirasakan .
Pelbagai petua dan panduan telah dipelajari dari ibu mertuanya dan juga Tok Chom. Tok Chom lah yang paling teruja apabila mengetahui tentang kandungan Alyssa satu ketika dahulu.
"Ni hang dah sarat ni jangan duk buat kerja berat-berat sangat. Biaq laki hang buat bila lagi nak meqap laki hang."
"Jangan kata mengandung tak mengandung pun sama dia merap tok" Adu Tengku Fayyadh kepada orang tua itu. Dalam masa yang sama tetap juga diangkat pasu bunga yang di arah si isteri tadi.
Tok Chom tertawa kecil melihat gelagat cucu-cucunya. Terasa bahagia menjengah keluarga kecil itu.
Laju tangan Alyssa membentuk ketam dan menghadiahkan cubitan buat suaminya.
"Aduhh! Apa mak buyung ni garang betul sakit tau tak. Teringin nak jadi isteri derhaka ke?" Ugut Tengku Fayyadh
Diusap tempat yang dicubitnya tadi. Terasa bersalah kerana mencubit suaminya.
'Sepatutnya digigit terus puas hati dah alang-alang nak derhaka kan. Raya nanti boleh minta maaf' sempat lagi dia berfikir.
"Haa! Termenung apa tu sorang-sorang." Sergah Tengku Fayyadh mengejutkan Alyssa yang sedang mengelamun jauh memandang ke halaman rumah.
"Ooi ayam berteloq! Eh" Alyssa menggaru-garu kepalanya yang dilitupi selendang.
"Apa abang ni tak senonoh lah perangai buat kelola sungguh. Nasib tak terbeqanak anak hang kat sini."
Geram punya pasal Alyssa mencubit pula perut sang suami. Mengerang Tengku Fayyadh menahan pedih cubitan isterinya.
Ya Allah memang betul-betul kuat lah cubitan bini dia ni. Hari ni saja dah berapa kali kena cubit. Lama-lama lebam kesan cubitan saja badannya.
"Ish awat yang hang duk cubit laki hang dari tadi. Kesian laki hang tu esok-esok lebam satu badan dia orang ingat hang dera laki."
Berdesing telinga Alyssa mendengarkan bebelan orang tua itu. Bukan salahnya Tengku Fayyadh yang suka menyakat dan mngejutkannya.
"Apa pulak salah orang ni ha cucu kesayangan tok ni lah suka buat orang terkejut. Kalau ada sakit jantung ni pi lagu tu ja."
Dijeling Tengku Fayyadh tidak berpuas hati kerana Tok Chom membelanya.
Tengku Fayyadh ketawa mengekek melihat muka monyok isterinya itu menahan marah.
"Alololo.. Abang gurau je lah. Tak baik lah buat muka macam tu dekat suami tau tak bau syurga nanti." Tengku Fayyadh mengusik lagi.
"Ohh mai tang kita semua tak baik lah tak bau syurga lah yang dia duk buat orang terkejut baik sangat lah lagu tu." Alyssa tidak mahu mengalah.
'Cup!'
Tergamam Alyssa apabila Tengku Fayyadh selamba memberikan ciuman di pipinya memujuk supaya reda panas hatinya.
"Im sorry ok sweety. Daddy mintak maaf ok baby. Daddy nak bergurau je dengan mummy."
Tengku Fayyadh menunduk lalu melabuhkan ciuman pada perut sang isteri lalu memeluk pinggangnya.
"I love you sayang. Thank you sebab sanggup tanggung sakit mengandungkan zuriat kita tak terbalas jasa sayang yang bawa dua nyawa." Luah Tengku Fayyadh ikhlas.
Sejuk hati Alyssa apabila dipujuk oleh suaminya. Dia bukan lah merajuk pun sengaja inginkan perhatian.
"And I love you more abang. Terima kasih sebab terima Lyssa dan terima segala kekurangan Lyssa."
Alyssa mencium tangan suaminya lalu meletakkan di pipinya.
Syukur diberikan peluang merasai kebahagiaan bersama keluarga kecilnya.
***********************************************************************************************
sikit lagi guys ayuhh! thank you yang support kita. share2 thank you sangat2 kita appreciate you alls. btway sudi2 lah share kita punya story and vote ye.
thank you in advance....enjoy your reading...lots of love.
***********************************************************************************************
YOU ARE READING
Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]
RandomNur Ayla Alyssa seorang gadis kampung yang berasal dari utara semenanjung. Mula berhijrah ke kota apabila diterima bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka di bandar. Tengku Fayyadh Alzaidan seorang jejaka beku yang workaholic dan "playboy". P...