Tengku Fayyadh tiba di banglo mewah milik keluarganya. Sudah lama dia tidak keluar malam setelah dia menggantikan tempat bapanya di syarikat milik mereka. Tengku Ziddan telah melepaskan jawatannya kepada anak sulongnya itu untuk mengendalikan syarikat mereka.
"Haa.. Yad baru sampai ke? Busy sangat Papa tengok kamu semenjak kebelakangan ni"
Tegur Tengku Ziddan santai sambil menonton berita yang disiarkan di TV.
"Hmm.."
Hanya itu balasan Tengku Fayyadh ketika disapa papanya.
"Along!!"
Bergema seketika ruang tamu dengan satu suara nyaring seorang gadis.
"Since when you arrive little sister?"
Soal Tengku Fayyadh kepada adiknya lalu memeluk si adik.
Tengku Aleesya Zenia ialah adik bongsu Tengku Fayyadh Alzaidan dan merupakan anak kedua dan terakhir kepada pasangan Tengku Ziddan dan Puan Zahirah.
"Pagi tadi. Adik cuti panjang so I decide to come back Malaysia as my brother already miss me right?"
Tengku Aleesya kenyit mata seronok mengenakan abangnya yang seorang itu.
Tengku Fayyadh memandang jengkel ke arah adik kesayangannya itu. Ego seorang abang kan. Mana mahunya mengaku rindu adik dia.
Dia melangkah mendaki tangga untuk ke biliknya membersihkan diri. Terasa melekit badannya akibat seharian melakukan lawatan ke kawasan projek.
"Nanti turun kita dinner sekali Mama dah siapkan lauk kegemaran kamu ada ayam buttermilk." Laung Puan Zahirah dari dapur.
Tengku Fayyadh meneruskan langkahnya dibawa ke bilik.
Selesai mereka menikmati makan malam, Puan Zahirah menghidangkan pencuci mulut puding triffle di island table.
"Jarang Mama buat dessert ni." Ujar Tengku Fayyadh pelik.
"Bukan Mama yang buat dessert ni. Tu ha princess kita yang buat. Belajar dari TikTok katanya. "
Terang Puan Zahirah sambil menunding ke arah anak perempuannya yang sedang melangkah masuk ke dapur.
"Wow! So impressive my little princess turun dapur masak ye." Usik Tengku Fayyadh sambil menyuapkan sesudu puding triffle itu ke dalam mulutnya.
Ketika sedang mengunyah puding itu, dia merasa seakan ada yang aneh dengan rasa puding buatan adiknya itu.
Sesaat kemudian terus berubah air mukanya apabila terasa begitu masin di dalam mulut lalu dengan pantas dia berlari ke sinki untuk meluahkan semula apa yang ada di dalam mulutnya.
"Kau terbalik lori garam ke adik dalam dessert ni."
Tengku Fayyadh menjeling adiknya.
"Ehh.. Kau kalau tak suka pun tak payah lah kutuk aku lori garam terbalik bagai." Tengku Aleesya tak berpuas hati dengan kenyataan abangnya.
"Nah cuba kau sendiri pulak yang rasa wahai tuan puteri."
Perli Tengku Fayyadh lalu menyuap sesudu ke dalam mulut adiknya yang banyak cakap. Seketika.
"werkkk.."
"Sedap tak?" Sindir Tengku Fayyadh.
Tengku Aleesya memuntahkan kembali puding itu lalu berlari mencari air di peti sejuk bagi menghilangkan rasa yang sangat masin di dalam mulutnya.
"Aku tersilap masukkan garam lah dalam puding tu." Tengku Aleesya menyuakan air kepada abangnya.
Terletus tawa Tengku Ziddan dan Puan Zahirah melihat keletah adik beradik itu. Suasana rumah mereka kembali meriah sejak puteri bongsunya itu kembali ke Malaysia setelah hampir 2 tahun melanjutkan pengajian di luar negara.
Sepanjang Tengku Aleesya di luar negara, jarang sekali Tengku Fayyadh menjejakkan kaki ke rumah ibu bapanya. Dia lebih gemar menghabiskan masanya di kondo sendiri. Begitulah kehidupannya yang dilalui hari-hari.
YOU ARE READING
Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]
RandomNur Ayla Alyssa seorang gadis kampung yang berasal dari utara semenanjung. Mula berhijrah ke kota apabila diterima bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka di bandar. Tengku Fayyadh Alzaidan seorang jejaka beku yang workaholic dan "playboy". P...