Hari yang dinantikan telah tiba. Alyssa hanya mengenakan baju kurung pahang berwarna navy blue bercorak bunga-bunga kecil bersama tudung shawl berwarna kelabu cair seperti cairnya para jejaka yang melihat keanggunan Alyssa.
Cewahhh perasan hang Alyssa oi.
Dia juga hanya mengenakan mekap yang simple sekadar blusher pink dan bibirnya dioles dengan liptint bagi menaikkan seri wajahnya yang sememangnya sudah cantik.
Alyssa tiba di hadapan sebuah syarikat yang tersergam indah di tengah-tengah bandar raya itu. Di kesibukan kota ini Alyssa ingin melintas jalan ke seberang.
'Bukk'
Tiba-tiba dia terlanggar satu susuk tubuh tegap yang juga sedang melintas jalan ketika itu. Agak kuat perlanggaran itu sehingga menyebabkan tubuhnya terjatuh dan fail serta sijil yang dipegang olehnya bertebaran di atas jalan.
"Hoi rabun ka? Aku punya besaq gajah depan ni hang langgaq. Lain kali jalan pakai mata bukan kepala lutut. Habis selerak fail-fail aku ni."
Alyssa membebel sambil tunduk mengutip segala fail-fail dan sijilnya.
"Excuse me?"
Celah Tengku Fayyadh sambil menolak cermin mata hitamnya ke bawah.
Alyssa melihat seorang jejaka tinggi lampai putih segak berbaju kemeja blue black bersama kot hitam diluar dan seluar slack hitam. Lagaknya seperti dari office.
"Kau yang main jalan tak tengok kiri kanan sebelum lintas aci redah je lepastu salahkan aku. Hell no. Lain kali pandang kiri kanan nak jalan bukan menonong je lepastu langgar orang. Entah dari mana kau ni muncul."
Bebel Tengku Fayyadh di tengah-tengah kesesakan orang ramai di situ.
"Eh pakcik saya dah usyar line clear dah jalan. Kiri kanan depan belakang saya tengok. Yang pakcik pakai cermin mata hitam pagi-pagi buta ni dah kenapa? Ka memang pakcik ni buta. Tapi saya tak nampak pulak tongkat pakcik. kalau sungguh pakcik buta saya minta maaf lah noh saya tak tau. Assalamualaikum."
Alyssa membebel panjang seraya berlalu pergi dari situ.
Dia sudah lambat untuk temuduga semuanya gara-gara lelaki yang digelarnya pakcik yang telah melanggarnya tadi.
"You call me what????"
Tempik Tengku Fayyadh apabila gadis yang dilanggarnya tadi memanggilnya dengan gelaran pakcik.
"Siap kau budak kalau aku jumpa kau lagi lepas ni. Aku tak kan lepaskan kau."
Tengku Fayyadh mengetap gigi menahan amarahnya.
"Good morning Tengku."
Sapaan lembut dari penyambut tetamu, Suhaila yang berada di lobi. Tengku Fayyadh hanya memerhati dan menayangkan riak bekunya sahaja.
"Err.. Tengku new staff yang datang untuk interview dah sampai." Sambung Suhaila.
"OK. Another 15 minutes suruh dia masuk ke office saya." Pinta Tengku Fayyadh.
Tengku Fayyadh memasuki lift tanpa memandang sekeliling sambil menatap telefon bimbitnya untuk melihat jadual mesyuarat yang telah disediakan oleh PA nya.
Ketika pintu lift terbuka, kelihatan seorang gadis yang agak rendah ketinggiannya sedang membelakanginya. Tengku Fayyadh hanya berlalu tanpa ingin mengetahui siapa gerangan gadis yang berada di tingkat officenya.
YOU ARE READING
Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]
De TodoNur Ayla Alyssa seorang gadis kampung yang berasal dari utara semenanjung. Mula berhijrah ke kota apabila diterima bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka di bandar. Tengku Fayyadh Alzaidan seorang jejaka beku yang workaholic dan "playboy". P...