Setelah dia bercuti untuk melangsungkan majlis pertunangannya kini Alyssa kembali untuk memulakan kerjanya.
Pertama kali dia ingin bersua dengan boss aka encik tunangnya setelah mereka rasmi menjadi tunangan. Tiada sesiapa yang tahu dalam kalangan staf-staf di situ termasuk lah PA Tengku Fayyadh, Indah.
Entah apa reaksi mereka jika mereka dapat tahu tentang pertunangannya lebih-lebih lagi tunangnya itu boss mereka. Tetapi Alyssa tidak merancang untuk memberitahu mereka tentang statusnya kini.
Tengku Fayyadh juga baru tiba dan melintasi meja Alyssa dan Indah. Dia mengenyitkan matanya kepada Alyssa dan secara tidak sengaja Indah terpandangkan sketsa itu tadi.
Mulutnya melopong apabila melihat aksi bossnya itu.
"Buang tabiat ke orang tua ni."
Indah mula bersuara sendiri dan mengerling Alyssa di sebelahnya. Dia perasan muka Alyssa tiba-tiba merona merah.
"Dia orang ni ada apa-apa ke? Pelik dua orang ni."
Indah mula berspekulasi.
Tiba-tiba telefon bimbit milik Alyssa berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Dikerlingnya untuk melihat siapa gerangan yang menghantar pesanan awal-awal pagi untuknya.
'Encik Boss Muka Ketat' yang muncul di skrin telefonnya. Itu nama Tengku Fayyadh yang disimpan dalam contact nya.
"Come to my office. Now"
Arahan yang diterima dari Tengku Fayyadh melalui pesanan ringkas Whatsapp. Alyssa memandang cermin yang menghadang bilik Tengku Fayyadh dengannya dengan muka sebal.
"Ish dia ni kalau staf lain nampak naiya ni." Alyssa mengomel. Tiba-tiba masuk lagi pesanan.
"Nak saya pergi jemput kat depan ke sweety?" Tengku Fayyadh sudah berkira-kira ingin bangun tetapi Alyssa lebih pantas bingkas bangun dan menuju ke biliknya.
Pintu diketuk dan dikuak dari luar. "Ada apa Tengku nak jumpa saya?" Laju sahaja Alyssa menyoal kerana bimbang ada mata-mata staf yang memandang mereka.
"Come in. You nak buka pintu tu seluas-luasnya ke?" Sinis tengku Fayyadh menyoal. Alyssa masuk dengan muka menyampah ditayangkan kepada tunangnya itu.
"Dah pandai buat muka ye sekarang. Baru hari first you jumpa I since kita tunang tau."
Dia memeluk tubuh bersandar ke kerusi kerjanya sambil menyilangkan kaki. Alyssa menghempas punggungnya di sofa dan menjulingkan matanya.
"Fineee."
Tengku Fayyadh senyum simpul lantas mendekatkan tubuhnya ke meja.
"And you perlu tukar panggilan I. Asyik Tengku-Tengku. You're my Fiancee now not my staff."
"What??!! Tengku pecat saya ka ni? Mana boleh macam tu Tengku. Tengku dah meminang saya terkejut tergempaq tiba-tiba nak pecat saya mana aci. Saya nak kerja lagi. Please jangan pecat saya tengku." Ujar Alyssa separa merayu.
"Siapa cakap you dipecat. You dinaikkan pangkat." Ujar Tengku Fayyadh tanpa reaksi.
"Huh?" Alyssa terperanjat.
"Sungguh ka? Tak dak angin tak dak ribut awat Tengku naikkan pangkat saya?" Soalnya.
"And please stop calling me that. I'm your fiance now Ayla Alyssa." Tegas Tengku Fayyadh apabila Alyssa masih membahasakan dirinya sebagai 'Tengku'.
"Tapi kita di office kan. Supposely we need to be professional right." Alyssa masih membangkang.
"Just the two of us in this room sweety. No need too be formal. You can call me abang if you want or sayang, honey pun boleh. Baby also cute for me right."
Mata dikenyitkan. Suka betul dia melihat muka Alyssa yang memerah.
"Oksigen..oksigen.. Mana oksigen ni rasa tak boleh bernafas dalam ni."
Alyssa mengibas-ngibas mukanya yang terasa membahang dek penangan Tengku Fayyadh tadi.
"Boleh saya tau kenapa saya dinaikkan pangkat?"
Soal Alyssa bagi menghilangkan rasa malunya dan mengelakkan situasi janggal itu berlarutan.
"Nothing" Balas Tengku Fayyadh bersahaja.
Berkerut dahi Alyssa mendengarkan jawapan yang tidak masuk akal baginya.
"So tempat you pun akan berubah mulai esok. You dah boleh start pindah masuk barang-barang you." Arah Tengku Fayyadh tersenyum senget.
"Wait..What?? Pindah masuk? What do you mean by pindah masuk?"
Alyssa bingung dengan arahan si tunang.
"This is your new office." Menayangkan sengih kerang busuknya.
Sambil menunjukkan meja kerja yang terletak bersebelahan dengan meja kerjanya.
Muka Alyssa dah macam tapai basi malah lebih teruk rasanya mengalahkan jeruk. Dari tiada siapa yang akan tahu pasal mereka alih-alih kantoi begitu sahaja.
Alyssa menjeling Tengku Fayyadh yang sedang Mengarahkan beberapa pekerjanya mengalihkan mejanya supaya menghadap ke arah antara satu sama lain. Dia mengeluh panjang.
"Why? Anything else?"
Soal Tengku Fayyadh apabila mendengar keluhan panjang yang terbit dari mulut tunang kesayangannya.
Alyssa menggelengkan kepala lantas keluar untuk memunggah barangannya untuk pindah masuk ke ruang pejabat Tengku Fayyadh.
YOU ARE READING
Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]
De TodoNur Ayla Alyssa seorang gadis kampung yang berasal dari utara semenanjung. Mula berhijrah ke kota apabila diterima bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka di bandar. Tengku Fayyadh Alzaidan seorang jejaka beku yang workaholic dan "playboy". P...