Alyssa mundar-mandir di hadapan pintu tandas sejak lima minit yang lalu. Hari ini dia tidak masuk kerja kerana badannya berasa tidak sedap. Tengku fayyadh telah dimaklumkan terlebih dahulu tadi sebelum suaminya berangkat ke kerja.
"Are you ok sayang? Sure tak nak pergi klinik ni? Abang hantarkan sayang ke klinik nak?"
Jelas terpancar kerisauan di riak wajah Tengku Fayyadh ketika diberitahu tentang keadaannya tadi.
Dia berniat ingin mengambil cuti juga hari ini untuk temankan isterinya tetapi dihalang oleh Alyssa lagi pula dia perlu menghadiri mesyuarat penting. Terpaksa juga lah dia masuk ke pejabat.
"I'm ok abang. Don't worry ok. Sat lagi kan mama dengan Sya nak mai rumah jugak."
Tengku Fayyadh meminta ibu dan adiknya ke rumah untuk menemani sang isteri dek kerisauannya yang terlampau.
"Kalau macam tu ok lah. If anything cepat-cepat call abang ok. Berdesup abang sampai ke sayang." Seloroh Tengku Fayyadh ketika dia sedang memakai kasut.
Dia ketawa kecil.
"Ya lah kalau abang tak sampai berdesup siap abang."
Alyssa menyalami tangan Tengku Fayyadh dan dahinya dicium sebelum suaminya bergerak ke garaj di mana keretanya diletakkan.
"Nanti balik abang belikan asam boi boleh? Rasa melugai tekak macam nak makan asam ja. Macam nak demam pun ada."
Adu Alyssa sambil meletakkan tangan di dahi untuk merasa suhu badannya sendiri .
Sempat lagi dia berpesan sebelum suaminya beredar.
"Ajak pergi klinik tak nak. Ye lah nanti balik abang carikan ok. Take care apa-apa terus call abang tau." Pesannya lagi untuk keberapa kali dah.
"Sayang dengaq abang. Cepat lah pi sat lagi lambat pulak masuk office." Sempat lagi bebel tu.
Alyssa keluar ke farmasi berdekatan rumahnya berseorangan untuk membeli sesuatu.
Setelah pulang Alyssa terus ke bilik air untuk menguji alat yang baru dibelinya tadi. Dia menilik alat yang ditangannya itu. Bagaikan tidak percaya apa yang ditayangkan.
Sebenarnya sudah seminggu dia lewat datang bulan dengan tiba-tiba rasa tidak sedap badan. Itu yang membuatkan dia nekad untuk cek 'UPT' dan hasilnya membuatkan dia rasa ingin rebah.
'Double line!'
Otaknya seperti masih memproses apa yang dilihat dihadapannya itu.
Ketika dia masih di dalam bilik air ibu mertua dan adik iparnya sudah sampai.
"Assalamualaikum. Lyssa mana kamu ni? ok tak tu? Haih risau lah mama dengan pintu tak berkunci. Dibuatnya perompak ke masuk macam mana."
Laung Puan Zahirah dari ruang tamu mencari menantunya itu. Dia merebahkan tubuh di atas sofa bagi menghilangkan lelah sekejap.
"Kak Lyssa ada dalam toilet kot mama. Macam dengar air paip dari sana."
Tengku Aleesya mengatur langkah ke arah tandas. Langkahnya terhenti apabila melihat pintu tandas dikuak dari dalam.
Terpancul wajah Alyssa dengan pucat lesi bersama alat ujian kehamilan di tangan. Tiba-tiba dia merasakan dunia berpusing sebelum tubuhnya menyembah bumi.
"Akak! Kenapa ni? Mama tolong Kak Lyssa pengsan ni." Laung Tengku Aleesya memanggil ibunya untuk membantu mengangkat kakak iparnya itu. Dia memangku kepala Alyssa.
"Ya Allah Lyssa sayang kenapa ni?" Soal Puan Zahirah cemas.
Sempat dikerling alat di tangan Alyssa membuatkan dia tersenyum lebar.
"Mama ni akak pengsan pun sempat lagi nak sengih-sengih." Keluh Tengku Aleesya.
"Ni.. Tengok ni." Arah Puan Zahirah kepada anak daranya itu sambil menunjukkan alat yang dipegang oleh Alyssa dari tadi.
Melihatkan double line yang tertera Tengku Aleesya terjerit kecil.
"Betul ke mama? Adik nak jadi aunty dah." Tengku Aleesya menekup mulutnya terharu.
Puan Zahirah hanya mampu menganggukkan kepalanya menahan sebak.
"And mama akan jadi nenek." Mereka berpelukan di samping Alyssa yang masih berbaring di atas katilnya.
Puan Zahirah telah menelefon doktor peribadi keluarganya datang ke rumah Tengku Fayyadh untuk merawat Alyssa. Dia juga telah memberitahu keadaan Alyssa kepada Tengku Fayyadh.
"So far Puan Alyssa baik-baik saja. Cuma after this make sure dia tak buat kerja-kerja berat lah memandangkan kandungan dia masih baru. And jangan lupa bawa dia ke klinik for further treatment bila dia dah stable nanti. Saya mintak diri dulu."
"Thank you so much Dr. Taufik." Setelah bersalaman dengan Tengku Ziddan doktor peribadi mereka meminta diri.
Seketika,
'Bang'
Bunyi pintu dihempas. Muncul Tengku Fayyadh dengan wajah cemasnya apabila mendapat panggilan dari ibunya tadi.
"Isteri Yad macam mana mama?"
Digenggam erat tangan sang isteri dicium tangan dan dahi Alyssa dengan penuh kasih sayang.
"Maafkan abang sayang kalau abang tahu sayang tak sihat sampai tahap ni abang tak kan masuk office hari ni."
Bergenang tubit matanya melihat wajah pucat lesi isterinya.
"Lepas ni Yad kena bawak Alyssa pergi klinik jumpa doktor untuk scan confirmation."
Arah Puan Zahirah kepada anaknya. Sejurus Tengku Fayyadh mengangkat wajah memandang ibunya dengan pandangan yang sukar ditafsir.
"Scan confirmation? Untuk apa ma?" Soal Tengku Fayyadh masih bingung.
Ditunjuk alat ujian kehamilan milik Alyssa tadi kepada Tengku fayyadh.
"Yad akan jadi daddy ke mama?" Bersinar matanya memandang Puan Zahirah.
Tangannya naik mengusap perut Alyssa yang masih kempis tidak kelihatan bentuknya lagi.
Puan Zahirah mengangguk mengalirkan air matanya. Air mata kegembiraan dan kebahagiaan.
"Alhamdulillah." Lafaz Tengku Fayyadh seraya sujud syukur.
Sekali lagi dicium dan diusap tangan Alyssa.
"Thank you sayang. Terima kasih sudi kandungkan zuriat abang." Bisiknya bersama mata yang berkaca.
YOU ARE READING
Mrs. Tengku Fayyadh Alzaidan [COMPLETE]
RandomNur Ayla Alyssa seorang gadis kampung yang berasal dari utara semenanjung. Mula berhijrah ke kota apabila diterima bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka di bandar. Tengku Fayyadh Alzaidan seorang jejaka beku yang workaholic dan "playboy". P...