Get ready! >< Vote and comment sekali tau hshs. By the way, saya minta maaf kalau ada banyak kekurangan tau dalam cerita ni dari segi penulisan atau apa. Sebab kebanyakan bab saya edit ala kadar je, ada yang raw. Lepas dah tamat and ada masa sikit baru nak edit betul-betul ;)
~
DARI bersandar pada badan kereta sambil bersilang tangan, kini tubuh Hafiq semerta tegak. Dia bergerak setapak ke hadapan apabila Naaila mula menghampiri usai menamatkan panggilan telefon bersama si kawan baik, Qistina. Kaca mata gelap yang tergantung di pangkal hidung, Hafiq cabut dengan sebelah tangan lalu diletakkan di atas kepala yang berambut messy style.
"Macam mana?" soal Hafiq, menaikkan kening sekali.
"Qis tak dapat join juga. Ada hal family," balas Naaila bernada tak puas hati. Geram dengan Qistina yang awalnya bersetuju untuk ikut turut serta ke pantai bersamanya tiba-tiba ada pelan lain.
Tak dapat tidak, Hafiq senang mendengarnya. Terukir senyuman nipis di bibir. Dia tidak menjangkakan hal ini, tetapi nampaknya rencana lain tersusun dengan sendiri, membuka ruang untuk mereka meluangkan waktu cuma berdua hari.
Noah pula baru beritahu Hafiq pagi tadi yang dia kena keluar dengan Firsya. Ada krisis hubungan yang perlu diselesaikan katanya. Entah-entah, sebenarnya Firsya yang cemburu dan tak bagi izin Noah ikut Hafiq sebab ada perempuan. Dah tu, apa lagi Hafiq nak buat? Dia cubalah faham yang Noah itu ada teman wanita.
"Nampak gayanya tak jadi la squad trip kita. Tapi, jadi..." Sambil membalas, Hafiq membuka pintu kereta untuk Naaila, alang-alang memang dia dah berdiri di sini. "Beach date." Apabila perkataan itu keluar, Naaila yang memang sedang keliru dengan perlakuan Hafiq terus memberi pandangan yang meragukan.
"Beach date? Ingat kita pasangan kekasih ke nak beach date bagai?" Naaila dan defensifnya berpisah tiada. Seperti biasa, dia tidak akan 'makan' bicara manis Hafiq. Walau hatinya cuba diutuhkan untuk tidak terusik walau sedikit, Naaila juga bimbang jika ia berlaku sebaliknya.
"Tapi, title pasangan kekasih looks perfect on us today, isn't it?" Mata Hafiq sedikit sempit memandang Naaila dengan maksud tertentu.
Faham dengan apa yang dimaksudkan, Naaila hanya menjongket kecil sebelah bibir. Jengkel, dan dalam masa yang sama hatinya terusik dengan gurauan tersebut. Tubuh di antara celahan pintu yang ditahan Hafiq itu kemudiannya menyelit ke dalam perut kereta tanpa membazir masa lebih lagi. Pintu ditutup Hafiq setelahnya.
"Hafiq. Kau memang berkawan dengan semua perempuan macam ni, eh?" Sudah beberapa kali Naaila tertanya sebenarnya, tetapi kali ini baru terluah di bibir.
"Macam ni macam mana? Cuba bagitahu." Hafiq berlagak selamba, padahal dalam diam terhibur dengan soalan tersebut. Tangan sempat menarik seatbelt dan melaraskan aircond, sengaja bermain tarik tali dengan Naaila.
"Kau sendiri tahu."
"Ya ke?" Mata Hafiq fokus pada Naaila. "Kalau kau pernah tengok video aku dengan artis lain dalam interviu ke, belakang set ke, kau mesti boleh nampak yang I am this playful, and I don't fake that kalau aku selesa dengan seseorang. Tapi..." Kini, sepasang mata berwarna dark brown itu memicing.
"Kalau kau maksudkan playful with flirty, nah, I don't do that to just anyone. Melainkan, it's scripted for job purposes."
Kalau tanya Hafiq, kenapa dengan Naaila dia jadi begini, dia juga masih menggali dan mencari tahu. Oh, mungkin kurang tepat. Barangkali, Hafiq dapat rasa isi hatinya sedikit demi sedikit. Namun apa yang dia tahu kini, Naaila menghadirkan dia rasa yang berbeza berbanding perempuan lain. Kehadiran Naaila memberi Hafiq pengalaman yang seronok sepanjang dia berada di samping gadis itu. Harinya bercorak indah dan detiknya bersama Naaila terasa amat selesa.
Dan semua itu, hanya ada pada Naaila. Kerana karakter gadis itu sendiri merupakan salah satu aspek utama yang mendorong Hafiq untuk rasa apa yang dia rasa sekarang.
Keunikan dan keistimewaan dalam diri seorang Naaila Maissa.
"Aku pun termasuk dalam salah satu anyone yang kau maksudkan. Tapi, kau..." Naaila tak sempat menghabiskan bicaranya apabila Hafiq mencantas laju.
"It just happens when I'm with you, Naaila. Perhaps, I can't even control it because of you. You are the one that makes this version of myself come out." Hafiq tak tahu adakah ini luahan suka atau cinta, tetapi inilah apa yang hati dia rasa sekarang. Dan, semua ini keluar dari ulas bibirnya secara sendiri tanpa dia rancang.
Lub dub. Lub dub. Lub dub.
Entah mengapa, ada debaran dalam diri Naaila tatkala Hafiq bertutur dengan serius seperti itu.
"Hafiq..." Akibat rasa tergugat dengan situasi tersebut, Naaila menyeru perlahan.
"Kau ingat lagi kan apa yang kita deal sebelum ni? Boleh tak kalau..."
"Kalau apa?"
"Kalau kau layan aku macam biasa."
Permintaan itu membuatkan Hafiq berfikir sejenak.
Naaila tak kesah pun sebenarnya jika Hafiq nak bergurau ke apa. Biasalah gurau dan senda bila berkawan. Dan bila difikirkan semula, Naaila rasa, ketika awal-awal Hafiq flirt dengan dia dulu pun, dia tak rasa Hafiq sama seperti sekarang. Ada perbezaan yang Naaila tak tahu apa. Adakah dia saja yang overthinking? Bagaimana jika Hafiq hanya mempermainkannya saja?
"Biasa sebagai kawan?" Air muka Hafiq sedari tadi serupa saja. Tenang. Tetapi, dalamannya sudah kacau. Belum apa-apa lagi, dia dah kena friendzone ke?
Naaila angguk. Walau wajahnya cuba dikeraskan seperti tidak terkesan, bebola matanya yang sekejap-sekejap dilarikan ke arah lain itu tidak bisa menipu.
"Kenapa? Tak boleh ke kalau aku layan lebih? Kau tak suka ke, tak selesa ke, atau... takut terminat aku?" Riak muka Hafiq berubah nakal. Sengaja hendak tengok reaksi Naaila. Mengenali gadis itu setakat ini, Hafiq tahu Naaila suka tunjuk keras. Usaha Naaila untuk tepis kata-kata manisnya dan menunjukkan bahawa dia tidak meminati Hafiq seperti gadis lain membuatkan Hafiq terhibur.
Naaila mendecit apabila Hafiq kembali menjadi dirinya yang sediakala. Duduk semerta dibetulkan kerana gementar. Melayan Hafiq ini, bilanya dia orang nak gerak ke pantai? Kereta yang berpendingin hawa pun tiba-tiba tak terasa sejuknya di anggota badan. Membahang seluruh tubuh Naaila. Lebih-lebih lagi tatkala dia tahu Hafiq berada di sebelah dan sedang memandangnya dengan renungan entah apa.
Ergh! Tiba-tiba jadi janggal pula dah kenapa? Sebelum ini, elok saja.
"Kau ni kan. Kenapa obses sangat tanya aku minat kau ke tak? Kau tak perlukan pun validation daripada aku sebab kau memang dah ramai peminat. Hence, I do acknowledge your charms as an actor, okay?" Sengaja Naaila kaitkan dengan perkara itu. Nak lari dari soalan Hafiq.
Hafiq menyeringai manis. "Aku tahu. Tapi, macam mana kalau aku tetap nak validation tu daripada kau? You know what, Naaila? You are different. And, the more you despise it, the more I want to make it happen." Kemudian, Hafiq jeda. Kepala ditelengkan sedikit dengan mata yang bercahaya seakan mentol. Seperti sedang terfikirkan sesuatu.
Membuatkan Naaila juga bingung dan tertanya.
"Naaila. Alang-alang dah jadi beach date ni, nak try jadi girlfriend aku untuk sehari? Then, you'll see more charms from me... not just Hafiq as an actor, but also the real me."
Membulat terus mata Naaila. Terkejut, tersentak dan ter-apa sajalah. "Merepek apa kau ni?"
"Aku serius. Let's call it a trial of being Hafiq's girlfriend?"
"Kalau kau nak main-main dengan aku, lupakan je la. Aku tak berminat." Naaila putar bebola matanya ke atas.
"Aku tak main-main dengan kau, Naaila. What I'm trying to do right now is figure out our feelings. Let's just have fun, at least for today." Hafiq angkat kening.
Manakala Naaila...
Lub dub. Lub dub. Lub dub.
"Kalau aku terima..."
"Apa yang akan jadi lepas hari ni, we go with the flow." Hafiq memberi keyakinan akhir.
YOU ARE READING
Love, In Action! | ON-GOING
Romance𝐇𝐀𝐅𝐈𝐐 𝐈𝐐𝐌𝐀𝐋 ✦ 𝐍𝐀𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐈𝐒𝐒𝐀 Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si tem...