Thank you for 7k reads, korang! Dah baca tu, vote and comment sekali tau hshs.
~
TIDAK seperti hari kebiasaan, hari ini Hafiq singgah di Meribella Bakery Café agak lambat. Tak, bukan agak lambat, tetapi memang lambat kerana beberapa minit lagi jarum jam akan menginjak ke angka 5. Iaitu waktu yang Hafiq sendiri tahu Meribella Bakery Café akan ditutup untuk pelanggan. Walaupun begitu, dia tetap datang seperti hal tersebut sudah menjadi rutin baharu dalam kehidupannya.
Tidak juga hari-hari Hafiq datang ke sini, tetapi jika ada masa dan kesempatan, kadang-kadang dia singgah la untuk tapaukan apa-apa buat Puan Elysha. Setiap kali Hafiq bawa pulang makanan dari bakeri kafe Naaila, mamanya itu mesti senang sekali. Siap disuruh lagi beli pelbagai jenis pencuci mulut dan pastri untuk dicuba. Tidak la berlaku pembaziran sekiranya tak habis kalau Hafiq beli semua sekaligus. Menu di kafe Naaila ini juga bukan sikit, tetapi boleh tahan banyak.
Dan, hari ini Hafiq beli pula cookies variasi perisa berbentuk bulat, hati, reben dan bunga. Semua cookies itu berwarna pastel dan didatangkan bersama dekorasi yang berbeza di atas permukan cookies. Membuatkan keistimewaan tersebut menarik perhatian Hafiq agar membelinya.
Selesai makanan tersebut dibungkus berserta iced starlight lemon tea siap dibancuh, Hafiq melabuhkan duduk di sebuah meja yang berada di tempat paling ceruk. Sudut yang dia selesa duduki dan selalu menjadi pilihan setiap kali ke sini.
Mungkin kerana kehadiran Hafiq yang sudah tidak asing lagi di situ, tiada seorang pun staf hadapan bakeri yang menegah mahupun menghalau dia keluar, malah mereka hanya membiarkan sambil mengemas apa yang patut untuk closing bakeri. Barangkali juga, mereka berteka-teki sesama sendiri bahawa Hafiq dan si lady boss itu mempunyai hubungan rahsia.
Masakan tidak, kalau dah setiap kali Hafiq mampir ke Meribella Bakery Café pasti dia akan menyapa Naaila. Jika Naaila tidak sibuk ketika itu, mereka turut akan berbual ringkas sebelum Hafiq pulang ke rumah. Setiap kali itu jugalah Naaila akan kirim salam kepada Puan Elysha melalui Hafiq memandangkan mereka tidak saling ketemu dengan kerap akhir-akhir ini.
Sambil menghirup air yang telah dibeli, Hafiq buka WhatsApp seketika apabila ada beberapa mesej masuk daripada Noah. Tak lama kemudian, dia angkat kepala semula dari kaca telefon apabila bunyi geseran kerusi mengalihkan perhatiannya.
"Lewat singgah hari ni. Busy ke?"
"Kenapa? Kau tertunggu-tunggu aku datang ke?"
Naaila mendecit dengan bibir menjongket apabila Hafiq membalas dengan usikan nakal. Tak habis-habis! Pantang ada poin, ada saja benda yang dia nak bagi Naaila jengkel.
"Haah, aku tertunggu-tunggu kau sumbang jualan untuk bakeri aku. Dapat duit, hati pun senang." Selamba Naaila membidas dengan riang. Seraya itu, apron yang tersarung di tubuhnya ditanggalkan.
"Oh, selama ni kau suka aku datang sebab duit la?" Sengaja Hafiq ingin berjenaka.
"Apa pula?" Berkerut muka Naaila. "Aku suka duit, tapi aku tak materialistik, eh. Kau pun dapat makan pastry dan dessert yang sedap hasil bakeri aku. So, fair and square la, kan?"
"Hmm, okey la. Fair and square. Dapat tengok orang cantik juga." Dari memandang bekas air untuk mengangkatnya, anak mata Hafiq kini lurus ke wajah Naaila. Beberapa sedutan dilakukan sebelum air lemon tea itu diletakkan kembali di atas meja, bersebelahan dengan bungkusan kotak kecil berisi cookies.
Sebaik sahaja Hafiq menuturkan itu, mata Naaila automatik melilau ke arah setiap staf perempuannya di ruangan hadapan bakeri. Tak semena-mena bibir herot-berot. Huh, dasar lelaki! Sama saja. Pandang rupa. Tahulah semua staf Naaila itu elok-elok belaka. Bila Naaila melarikan bebola mata kepada Hafiq semula, lelaki itu sedang memandangnya dengan sengihan seakan sedang terhibur.
YOU ARE READING
Love, In Action! | ON-GOING
Romance𝐇𝐀𝐅𝐈𝐐 𝐈𝐐𝐌𝐀𝐋 ✦ 𝐍𝐀𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐈𝐒𝐒𝐀 Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si tem...