15: Secebis rahsia

1.5K 9 0
                                    

Aku sampai ke sekolah lebih cepat dari biasa. Aku tersedar pukul 3 pagi dan selepas itu aku tak boleh tidur lagi. Aku mengemas rumah supaya bila Mak Lang sampai ke rumah nanti, semua dalam keadaan teratur.

Di sekolah, ketika loceng berbunyi, semua murid bangkit lalu menuju ke medan perhimpunan. Aku cuba mencari-cari Mimi jika dia ada di perhimpunan itu. Selepas selesai menyanyikan lagu Negara Ku, aku baru sedar Mimi berdiri di sebelah ku. Dia tersenyum melihat aku terkejut lalu menyentuh tangan ku, aku membalas dengan mengenggam tangannya.

Guru besar sedang menyampaikan ucapannya ketika aku dan Mimi berpandangan mata. Tanpa sebab yang nyata aku dan Mimi tersenyum dan hampir ketawa sambil berpegangan tangan. Mungkin sebab pengalaman semalam yang mendebarkan membuat aku dan Mimi hampir ketawa bersama. 

Aku menyingkap tudung yang menutup leher Mimi dan cuba menunjukkan kepada pelajar lain dengan keadaan leher Mimi yang penuh dengan lebam-lebam itu. Mimi cepat-cepat menepis tangan ku dengan marah. Aku ketawa berdekah-dekah tanpa suara..

Keakraban aku dengan Mimi yang terjalin hingga hari itu menjadi semakin mendalam dengan apa yang aku dia lalui semalam.

Aku menganggap kejadian semalam sebagai percubaan mendebarkan yang gagal namun tetap menghiburkan.

Secara tidak sedar aku terbeban menjaga nama baik Mimi, namun dia tidak terkesan dengan hakikat itu, dan menganggap keadaan akan sentiasa kekal sedemikian. Begitulah kepercayaan yang dia curahkan kepadaku walaupun aku bersikap sebaliknya terhadap dia kerana naluri ku yang agak susah mempercayai sesiapa.

Ketika pulang dari sekolah, rumah Mak Lang sudah kembali riuh. Kepulangan mereka setelah seminggu bercuti di Langkawi mengembalikan suasana biasa. Pak Lang mengeluarkan sebuah kerusi roda dari MPV yang mereka gunakan untuk perjalanan itu.

"Nenek punya ke tu ?" tanya ku pada Pak Lang.

"Ya, siapa lagi.. " jawab Pak Lang.

"Nenek sihat ke ?" tanya ku pula.

"Nenek ok.. , kerusi roda ni untuk mempercepatkan pergerakan nenek masa di Langkawi..." jawab Pak Lang.

Aku masuk ke bilik untuk bertemu nenek, tapi dia sedang tidur, mungkin terlalu letih. Aku cepat-cepat menukar pakaian dan masuk ke dapur. Mak Lang sedang mengendalikan mesin basuh di pantri luar.

"Macamana cuti di Langkawi Mak Lang..?" tanya ku.

"Oo seronok.., sekarang dah lain dah, macam-macam ada sekarang...." kata Mak Lang.

"Nenek sihat ke kat sana? "

"Oo, nenek la yang paling seronok sekali, apalagi ada Rizal tolong tolak kerusi roda dia.."

Mak Lang kelihatannya sungguh berpuas hati dengan percutian itu. Dia akan mula bekerja semula pada minggu berikutnya. Mak Lang memberitahu bahawa dia telah mengupah seorang pembantu rumah mulai minggu dia bekerja untuk menemani nenek pada waktu siang. 

Pergerakan nenek memang semakin terbatas kerana lututnya yang tidak mengizinkan dia bergerak jauh tanpa bantuan tongkat atau kerusi roda. Dia tidak lagi boleh berdiri lama untuk memasak seperti dulu.

Bang Razif menghabiskan baki 2 minggu percutiannya keluar bersama kawan-kawan lamanya. Dia sudah merancang untuk melancong ke Spain sebelum kembali ke UK pada bulan depan.

Aku tidak balik ke Melati pada Ahad berikutnya kerana persekolahan hanya tinggal 2 minggu saja lagi sebelum cuti penggal hujung tahun. Pada pagi itu pembantu itu datang untuk berkenalan dan mempelajari tugas yang perlu untuk keperluan nenek. Dia seorang warga Indonesia berumur awal 30an. Mak Lang menerangkan beberapa keperluan nenek dan aku pula mengajar beliau bagaimana memasang alat dialisis jika nenek memerlukannya. 

Empat BelasWhere stories live. Discover now