18: Terbenamnya Suria

1.2K 13 0
                                    

Lamunan aku terganggu bila mendengar Aziq mundar-mandir di dalam bilik itu. Dia baru balik dari padang. Aku terus bangun memerhati dia, aku melihat jam di dinding dan merenung wajahnya. Dia sedar, menurut jadual yang aku buat, dia harus mandi pada saat itu dan terus ke bilik air sebelum aku sempat bersuara.

Aku keluar dari bilik dan terus ke dapur. Aku lihat duit 120 ringgit itu masih ada di atas meja, ditekan dengan botol sos supaya tidak terbang.

Aku menyingkap tudung saji meninjau baki lauk yang tinggal untuk makan malam. Melihat lauk yang kurang, aku bercadang membuat telur goreng bersambal untuk tambahan lauk malam itu. Emak juga masuk ke dapur memasak sedikit nasi takut-takut jika tidak cukup.

Ayah balik dari surau sebaik semuanya siap masak. Ayah duduk di meja makan, aku masih di dapur membancuh air.

 "Ila.. simpan lah duit ni.., kalau tak nak terima sebagai upah, terima lah sebagai pemberian ayah untuk simpanan Ila dan Aziq.." kata ayah dengan perlahan.

"Upah?... yayy.. Aziq nak beli raket...." Aziq tiba-tiba mencelah, aku segera menampar bahunya. Ayah dan emak hanya tergelak melihat telatah Aziq. Aku bersetuju menerima duit itu tapi meminta ayah membukakan akaun bank untuk aku. Aku memang sudah lama bercadang untuk memiliki akaun bank, tapi tidak kesampaian kerana ia memerlukan kebenaran dari ibubapa. Ayah bersetuju dengan cadangan ku.

Aku menonton TV hingga suasana malam itu sudah sunyi, aku masuk kebilik, Aziq sudah lama tertidur dia katilnya, dia memang jenis yang tidak pernah tidur siang walaupun sepenat mana, berbeza dengan aku. Seperti biasa, aku menarik tilam yang terlipat di bawah katilnya dan membentangkannya di lantai bersebelahan katil Aziq. 

Sebelum berbaring aku mengeluarkan sebuah dompet lusuh dari beg pakaian ku yang aku bawa dari rumah Mak Lang. Di dalam dompet itu berisi duit belanja sekolah yang aku kumpulkan sejak 7 tahun aku tinggal di rumah Mak Lang. 

Di dalam dompet itu terdapat satu lagi saku yang juga berisi duit. Duit itu sengaja aku asingkan kerana duit itu adalah pemberian dari Pak Lang setiap kali "bertemu" dengannya.

Aku mengeluarkan sekeping duit 20 ringgit yang sengaja aku lipat dari saku itu dan membeleknya. Tiada apa yang ganjil dengan duit itu, tapi itulah duit yang pertama aku terima dari Pak Lang selepas dia menyentuh dada ku buat pertama kali kira-kira hampir tiga tahun yang lalu. Jumlah yang dia beri tidak menentu, tapi tidak pernah kurang dari 20 ringgit. Jumlah itu menjadi semakin besar pada setiap kali pertemuan dan pada hari aku menyerahkan kewanitaanku, Pak Lang mula memberikan tidak kurang dari 200 ringgit pada setiap pertemuan.

Aku pernah cuba menolak dari menerima duit itu kerana ia membuat aku merasa seperti gadis murahan. Pak Lang beralasan bahawa dia tidak tahu lagi cara lain untuk membalas pengorbanan aku yang begitu besar untuk kebahagiaannya. Aku tidak tahu apa harus aku jawab, hanya itulah sebab naluri ku merasa perlu untuk mengasingkan duit itu dari duit simpanan yang lain dan aku tidak pernah mengira jumlahnya.

Aku mengeluarkan 300 ringgit dari duit simpanan sekolah untuk duit saku dan duit raket Aziq, lalu bakinya aku masukkan kedalam sebuah sampul surat panjang, dan di luarnya aku tuliskan jumlahnya: RM2,140. Aku akan menyimpan duit itu di bank bila ayah membawa ku membuka akaun.

Aku menyimpan kembali dompet yang kini hanya berisi duit pemberian Pak Lang itu ke dalam beg tanpa ada kepastian apa yang harus aku buat dengannya.

Ketika hampir tengah malam, telefon ku berdenting menerima pesanan, pastinya dari Mimi dengan ceritanya di Kundasang. Tapi dugaan ku salah, ia datang dari nombor yang aku tidak kenal.

* Hai Ziela... jomlah tengok sunset lagi...*

Hati aku berdebar bila menyedari siapa yang menghantar pesanan itu. Aku tidak menjawab pesanan itu, lalu terus menyimpan telefon itu ke dalam beg.

Empat BelasWhere stories live. Discover now