Ketika aku sampai di kaunter untuk membayar buku-buku yang aku beli, Mimi menunggu di eskalator sambil memerhati aku. Bila selesai membayar aku menghampiri Mimi.
"Mi..! buku-buku ni kau tak payah beli lagi...., kalau kau nak pakai, kau mintak aje dengan aku... kita share.. kalau kau nak beli, kau beli subjek sejarah aje....." kataku menunjukkan buku-buku itu kepadanya, Mimi mengangguk.
"..engkau ni Ziela.., aku tengok, duit sentiasa aje ada... tak macam aku....." Mimi mengeluh. Aku tidak menyangka dia memerhati aku sejak tadi sambil memikirkan soal kewangan aku, atau mungkin dia sudah memerhati sejak dulu.
"Mmm.. bab duit ni Mi.., setakat nak belanja hari-hari, aku memang tak ada masalah, soal belanja aku, Mak Lang aku memang tak kedekut, malah aku rasa berlebihan pulak.., aku pernah cakap kat dia, Mak Lang.., duit belanja Ziela, 4-5 ringgit sehari cukup dah...., dia kata, kalau lebih simpan aje..., abis aku nak kata apa, dia dah nak bagi.... "
"..abis berapa dia bagi kau sehari..?"
"Sejak form 4 itu hari..., dia bagi seratus seminggu, padahal aku pakai tak sampai pun 30 ringgit seminggu..., nak belanja apa sangat pun..., pergi sekolah balik sekolah hari-hari, lebih aku simpan aje laa..."
"Kau patut bersyukur Ziela ada mak saudara macam dia...."
"Engkau jangan la cakap macam arwah nenek aku pulak..., engkau tau tak, Mak Lang aku tu, dia suka cakap dengan orang, yang aku ni anak dia.. "
"Ya ke...?"
"..Iya...., bila aku tanya nenek aku kenapa Mak Lang suka mengaku macam tu.., dia kata tak apalah... bersyukur aje lah.., bersyukur aje lah... Aku memang lah sangat bersyukur, tapi aku tak suka dengar dia mengaku aku ni anak dia....."
"..bagi aku aje lah ganti tempat kau Ziela..." Mimi cuba membuat lawak bila suara aku makin tinggi.
"..arwah nenek aku pernah cakap kat aku.., Mak Lang aku tu memang dari dulu inginkan anak perempuan, tapi tak dapat.., tak ada rezeki dia kata nenek aku..."
"..patut la dia suka mengaku macam tu.., dia dah anggap kau anak kandung dia..."
"..engkau tau tak, budak-budak kelas aku ingat aku ni anak orang kaya, tau tak..., cikgu-cikgu pun ingat macam tu...sebab apa tau?...sebab dengar aku duduk Bukit Gasing, situ kan semua rumah besar-besar... lepas tu kadang-kadang kalau hujan, Mak Lang aku selalu drop aku kat sekolah dengan BMW dia tu.., tu yang dia orang ingat aku anak orang kaya....., aku kata lantak korang lah nak fikir apa....
...sampai, ada satu kali tu, masa aku tolong ayah aku meniaga kat Ukay, aku jumpa Cikgu Sarah, dia datang dengan mak dia beli sayur, dia terkejut tengok aku jual sayur, aku explain lah, ni ayah aku, cuti sekolah aku tolong-tolong....kelakar betul tengok dia terkejut,... rupanya cuti sekolah dia balik rumah parent dia kat Ukay.., aku cakap dengan dia, kat Bukit Gasing tu, mak saudara aku.. " kata ku menamatkan sedikit lagi luahan hati.
"mm... bersyukur aje lah Ziela....." kata Mimi sambil ketawa, aku lantas menampar bahunya dengan rasa geram.
Aku dan Mimi berjalan turun ke tingkat GF.
"Mi..! tengok phone kau, pukul berapa sekarang..?"
"5:15..."
"Jom kita duduk kat park pulak,..tengok orang lalu-lalang,... sebelum tu kita turun bawah kejap, kita beli ais-krim dulu, aku belanja kau lagi,.... baru best duduk kat park.."
"Bolehhhh..jom..."
Aku dan Mimi kemudian pergi ke Cold Storage di tingkat bawah membeli semangkuk ais-krim bersaiz 250ml kemudian keluar semula menuju ke seberang kolam KLCC park, menghadap ke Suria.
YOU ARE READING
Empat Belas
Storie d'amoreKisah seorang gadis yang melalui detik kekeliruan di dalam hidupnya. Desakan naluri dan nafsu membelah jiwanya menjadi dua personaliti yang bertentangan yang harus mengharungi hidup dengan konfik jiwa yang sukar. Kemampuannya bertahan teruji setiap...