Sebelum sekolah bermula, aku pastikan rumah emak ku kemas dan teratur, terutama bilik Aziq. Kami sekeluarga keluar makan bersama-sama menaiki van pasar malam Haji Hussin yang ayah pinjam. Kemudian pergi ke kedai perabot, aku membelikan sebuah meja dan lampu belajar untuk Aziq.
Aku balik ke rumah Mak Lang dengan hati yang senang. Percutian ku di rumah emak membuahkan banyak perubahan yang baik.
Aku memikirkan kemungkinan untuk pindah semula ke rumah emak. Aku tahu Mak Lang dan nenek pasti akan keberatan kerana mereka masih beranggapan keadaan keluarga ku yang masih berantakan seperti dulu. Aku tidak pernah menceritakan kepada mereka akan perubahan yang berlaku, terutama perubahan pada ayah. Dia adalah kunci segala-galanya.
* Hai sayangg......... * Mimi mesaj aku ketika di dalam tren. Aku dapat rasakan yang dia berasa bersalah.
* Apa sayang sayang ! * balas ku, sengaja mengambil kesempatan menganggu perasaannya.
* Jangan lah marah aku Ziela. Nanti esok aku belanja engkau cendol Raju pagi sampai petang... * balas Mimi, aku hampir tergelak.
* Pagi-pagi mana ada Raju jual cendol, dia meniaga tengahari sampai petang aje.. bengong..* balas ku, sambil ketawa sendirian.
* Tak apa, nanti aku talipon dia suruh datang pagi esok khas untuk engkau.. * balasnya, mula membuat lawak.
* Mmhh.. pandai la engkau, nak dapat kasut, aku kau tak peduli...." balas aku, menyindir.
* Ala.. sori la sayang..., kasut tu cantik duhh.." balas Mimi. Kemudian dia menghantar gambar sepasang kasut Nike Air berwarna biru laut. Ya memang cantik kasut itu, tapi bila mengingat kembali kejadian pada hari itu, fikiran jahat ku mula datang...
* Aku tak nak cendol, aku nak benda lain..... " balas ku, sambil mengetap bibir.
* Abis kau nak apa, kau nak Raju....? * balas Mimi melawak lagi. Tapi aku tahu, dia benar-benar hairan kerana aku memang suka dengan cendol Raju yang meniaga di luar pagar sekolah itu, masakan aku menolak.
Yang aku inginkan adalah jawapan tentang kecurigaan ku terhadap Mimi dan Abang Rosli pada hari itu. Jika ia benar seperti yang aku sangkakan, ceritanya pasti menarik untuk aku dengar.
* Aku nak kau cerita masa pergi apartment Abang Rosli, hari tu..... * balas ku.
* Ohh, ok no problem.. *
* Ok see you tomorrow, muah... muah.... * balas Mimi pantas. Aku sedikit kecewa, dia langsung tidak teragak-agak, berjanji untuk menceritakan pada ku. Mungkin apa yang aku syaki tidak berlaku, atau mungkin dia terlupa apa yang dia lakukan pada hari itu. Entah lah.
Malam itu ketika waktu makan, aku sudah merancang untuk menceritakan sedikit suasana di rumah emak ku, tentang emak yang sudah ada pendapatan, hasil menjaga anak-anak jiran, perubahan ayah yang tekun bekerja, rajin ke surau dan semua hal positif yang berlaku selama ini dengan harapan pencerahan itu membolehkan niat aku untuk berpindah balik dipertimbangkan.
Namun malam itu Mak Lang membuat pengumuman bahawa Rizal, anak keduanya, akan balik bercuti pada awal bulan depan. Perbualan di meja makan malam itu hanya berkisar tentang Rizal dan kepulangannya. Niat ku itu terpaksa aku pendamkan.
Kepulangan Rizal bererti aku harus pindah semula ke bilik nenek di tingkat bawah kerana selama ini bilik yang aku diami itu memang asalnya bilik bang Rizal. Dia tidak keberatan membenarkan aku mendiami biliknya selama dia tiada dan aku boleh memberi lebih tumpuan pada peperiksaan.
Pembukaan penggal ketiga persekolahan bermula dengan kesibukan sukan tahunan yang akan berlangsung dua minggu lagi. Murid sesi pagi diarah hadir pada waktu petang menjalani latihan dan saringan untuk penyertaan sukan.
YOU ARE READING
Empat Belas
RomansaKisah seorang gadis yang melalui detik kekeliruan di dalam hidupnya. Desakan naluri dan nafsu membelah jiwanya menjadi dua personaliti yang bertentangan yang harus mengharungi hidup dengan konfik jiwa yang sukar. Kemampuannya bertahan teruji setiap...