12: Rahsia 2

1.7K 6 0
                                    

Mimi: * Jawab sekarang, siapa tu..!! *

Aku: * Gambar kau memang gila Mi.., stim gila aku..! *

Mimi: * Kau stim ke..? Tu, dah ada jantan tu apa lagi... *

Aku: * Itu cousin aku la Mi, dia baru balik minggu lepas.. *

Mimi: * Seriously Ziela..? Kau tak cakap pun dengan aku dia hensem..! *

Aku:  * Hensem ke ? Di mata kau dia hensem, di mata aku, biasa aje..heheh *

Mimi: * Oo, itu yang nama Faizal ke..? *

Aku: * ..Rizal lah, bukan Faizal.... *

Mimi: * Weii... kenalkan lah aku dengan dia... *

Aku: * Alahh.., dia tu jenis lembut sikit la Mi, jenis budak baik, kau mesti tak suka... *

Mimi: * Lembut ?.., meh aku keraskan.. hahaha... *

Aku: * Siot kau...! semua benda kau nak keraskan... *

Chat aku dengan Mimi berakhir tanpa ada apa-apa lagi janji yang perlu penuhi. Perbualan beralih kepada perhubungan intim dia dan Abang Rosli. Chat itu berakhir bila aku mengingatkan Mimi akan risiko dia menjadi hamil jika tidak berhati-hati. Mimi seperti biasa dengan yakinnya menidakkan kemungkinan itu, namun aku tetap bimbang kerana sifat sembrononya bila melakukan sesuatu. 

Aku cuma berharap Abang Rosli faham akan kemungkinan itu dan mengambil langkah sewajarnya. Melihat dari karakternya, dia seperti orang yang akan bertanggung-jawab jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Senyap-senyap aku merasa cemburu dengan "thrill" yang dia lalui bersama Mimi itu.

Semua gambar yang Mimi hantar sudah aku padamkan dari telefon aku, tapi gambaran Mimi yang sedang menikmati batang Abang Rosli dengan penuh ghairah, masih melekat di fikiran ku. Sudah terlalu banyak hal yang perlu aku fikirkan setakat ini, namun anehnya aku masih tetap cuba menambah beban, iaitu mencari jalan untuk "menjamah" sedikit kenikmatan milik Mimi. 

Pada hujung minggu itu Mak Lang dan Pak Lang sudah merancang akan bercuti ke Langkawi bersama bang Rizal dan nenek selama beberapa hari. Nenek, walaupun dalam keadaan tidak berapa kuat itu, menjadi bersemangat dan teruja dengan rancangan percutian itu. Aku pastinya tidak akan diajak bersama kerana bersekolah, dan aku merancang untuk balik ke Melati.

Pada satu petang sehari sebelum Mak Lang dan keluarganya berangkat , rumah Mak Lang didatangi oleh Mak Cik Shimah. Kunjungannya tanpa memberitahu terlebih dahulu menyebabkan sedikit keriuhan. Aku hampir terlelap ketika menghadap TV ketika loceng pintu pagar berbunyi, Mak Lang membuka pintu dan terkejut dengan kemunculan Mak Cik Shimah.

Dia datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan singgah sebentar untuk menziarahi nenek. Seingat aku sudah dua tahun aku tidak bertemu dengan Mak Cik Shimah kerana setiap kali dia singgah aku tiada di rumah.

Aku sentiasa terpesona bila berhadapan dengan sosok Mak Cik Shimah, bagi aku dia sungguh anggun dan cantik. Personalitinya penuh berkarisma. Pertuturannya sangat teratur dan sopan. Percakapannya dengan Mak Lang selalu diselangi dengan bahasa Inggeris dan ada kedengaran sedikit slank British dalam sebutannya. Memang wajarlah kerana dia menuntut dan bekerja dengan firma antarabangsa sudah puluhan tahun. 

Bagi aku, di antara tiga anak perempuan nenek, dia lah yang paling cantik walaupun sudah mencecah 40an. Aku tidak dapat mengawal diri mengamati Mak Cik Shimah dari atas hingga ke bawah. Cara dia berpakaian nampak elegen walaupun santai dan simple. Personalitinya mengingatkan aku kepada Tengku Permaisuri Selangor. 

Mulut ku hampir ternganga bila dia menegurku..

"Awak apa khabar Ziela, dah lama Mak Cik tak jumpa awak, dah berapa kali Mak Cik singgah, tak dapat jumpa awak.." suaranya yang lunak itu membuat aku kelu lidah. Aku menyambut dan mencium tangannya. Dia memeluk aku, perfume lembut yang dipakainya meresap ke deria ku. Aku segera mengenali perfume itu, sama seperti yang dipakai oleh Cikgu Sarah. Itu perfume Vanderbilt, kata Mimi.

Empat BelasWhere stories live. Discover now