19: Yang Kedua

1.4K 11 1
                                    

Aku menyusuri laluan yang aku lalui bersama Mimi tempoh hari menuju ke padang YMCA. Dari jauh sudah kedengaran jerit pekik dan wisel orang bermain bola. Aku duduk di sebuah bangku simen di tepi padang. Mata ku tajam meneliti setiap pemain jika ada di antaranya Abang Rosli.

"Di sini padang bola, bukan gelanggan badminton...." ada suara yang menegurku dari belakang, aku menoleh, mendapati Abang Rosli sedang ketawa sambil menunjuk kepada sarung raket yang aku sandang.

"Beli untuk adik...." jawab ku. Abang Rosli berpakaian sama seperti orang yang sedang bermain bola.

 "Tak main ke?....."

"Baru saja keluar, orang lain ganti.. Abang berpeluh lagi ni...." katanya, cuba duduk sejauh yang boleh di hujung bangku. Tapi aroma peluh bercampur sedikit perfume dari tubuh Abang Rosli tetap sampai ke hidung ku lalu membangkitkan satu perasaan.

"Semua kawan abang ke tu..?" tanya ku sambil menunjuk ke tengah padang.

"Takk.... ada yang tak kenal pun, kat sini siapa-siapa pun boleh main...." katanya. Dia menerangkan bahawa permainan bola itu bukan pertandingan tapi hanya bertujuan supaya peserta itu dapat bersukan dan mengeluarkan peluh.

"Ziela nak makan ke dulu tak, atau nak minum aje?.."

"Boleh juga, kalau ada kedai yang dekat...."

"Yang dekat, mamak aje.."

"Mamak pun boleh.." jawab ku. 

Di kedai mamak, aku makan roti telur dan teh-O ais sementara Abang Rosli order mee goreng dan Nescafe ais.

"Mimi cakap apa kat Abang..? " tanya ku sambil tersenyum. Abang Rosli hanya tergelak.

"Oh, dia gi Kundasang kan..?, tiba-tiba aje pergi jalan..." kata Abang Rosli.

"Itulah, dengan Ziela pun dia tak cakap....." 

"Dia cakap apa kat abang...?" tanya ku sekali lagi. Abang Rosli hanya tersenyum, dia berfikir untuk menjawab pertanyaan ku..

"..tak ada apa... dia kata dia gi Sabah.... Ziela tak ada kawan kat sini.. kalau abang free dia suruh abang temankan Ziela...." katanya sambil tersenyum. Aku tergelak.

"Dah terbalik ni... Ziela pulak yang datang temankan abang..." balas ku, tapi hati ku mula mempertikaikan tindakan aku petang itu, apakah aku harus meneruskan niat aku ? Adakah abang Rosli juga berniat sama seperti aku?

Telefon aku berdenting menerima pesanan. Ia dari Pak Lang. Aku turunkan telefon ku ke riba, terlindung dari pandangan abang Rosli.

*..baru habis meeting, Ziela di mana? * aku cuba memikirkan satu jawapan..

* dah balik Melati... *

* Oh ok...., esok boleh ? *

* esok Ziela tolong ayah meniaga... nanti Ziela bagitau bila...*

* Ok, see you later..*

Matahari sudah berlindung di sebalik bangunan-bangunan ketika aku dan Abang Rosli berjalan perlahan menuju ke apartmennya. Aku merasa sudah tidak ada peluang untuk berpatah balik. Jiwa ku sudah pasrah menerima apa saja yang akan berlaku..

Sebaik saja masuk ke apartmennya, abang Rosli menarik langsir tingkap, ruang tamu itu serta merta dilimpahi cahaya. Dia memasang TV supaya tidak terlalu sunyi.

Aku terus menghampiri tingkap, matahari masih jauh untuk mencecah ufuk. Namun begitu pemandangan itu tetap mempersonakan. Bagi ku setiap pemandangan dari tempat tiinggi seperti itu sentiasa mempersonakan aku. Aku boleh berdiri berjam-jam meneliti setiap pergerakan kecil dan kelipan cahaya yang mula muncul sedikit demi sedikit.

Empat BelasWhere stories live. Discover now