Ayah, emak dan Aziq sampai ke rumah Mak Lang ketika langit sudah mula cerah. Aku memeluk emak, air mata ku mengalir lagi saat itu.
Menjelang jam 8 pagi, aku mula menyedari ada banyak perkara yang perlu dibuat untuk persiapan pengurusan jenazah nenek. Aku masuk ke bilik menukar pakaian ku. Mak Lang dan beberapa orang dari masjid sedang berbincang tentang langkah seterusnya, aku hanya memerhati dari jauh, menunggu jika dia memanggil aku.
Ayah, Pak Lang dan beberapa orang lagi sedang mengangkat sofa keluar, semua kereta juga sudah diparking di luar. Jiran Mak Lang di pintu pagar bertentangan, dengan sukarela menyediakan sarapan ringan untuk keluarga Mak Lang dan petugas masjid yang datang. Aku mengajak Aziq pergi ke rumah itu untuk makan sedikit sarapan.
Aku, Kak Diyah dan Aziq kemudian mengemas ruang tamu dan mengangkat barang-barang kecil naik ke tingkat atas. Ruang tamu itu perlu dikosongkan untuk meletak jenazah nenek di situ dan memberi ruangan kepada orang yang datang menziarah untuk duduk atau membaca Yassin.
Beberapa ketika kemudian, Mak Cik Shimah juga tiba dari Johor Baharu. Pak Uda Zainal tiba dari kampung dengan keluarganya, dia berjalan dengan sebatang tongkat. Aku segera memperkenalkan diri bila mereka mereka menunjukkan wajah tertanya-tanya.
"Saya Nurul Azziela anak Sofiah...., ni adik saya Haziq Abidin..." kata ku, di ikuti dengan pelukan dan air mata. Kali terakhir aku bertemu mereka ketika aku masih di sekolah rendah.
Aku hanya duduk di luar kerana tidak mahu lagi mendengar esak-tangis bila mereka berhadapan dengan tubuh nenek yang terkujur di ruang tamu itu. Semakin ramai orang yang datang memenuhi perkarangan rumah samada di ruang tamu dan di halaman, aku cuba mengenali setiap orang tanpa apa-apa tujuan sementara menunggu masa jenazah nenek dimandikan.
Ramai di antara mereka datang dari pejabat Mak Lang. Aku mengenali mereka melalui cara berpakaian atau kenderaan yang berlogo kementerian yang mereka naiki. Mak Lang berjawatan tinggi, jadi tentu ramai anak buahnya yang merasa harus hadir membantu pengurusan atau sekadar memberi penghormatan.
Kemudian datang lagi sebuah kereta bertulis RS Engineering berhenti di luar pagar dan keluar beberapa orang dari kereta itu. Salah seorang darinya adalah seorang perempuan yang aku rasa pernah lihat sebelum ini, tapi aku tidak ingat bila dan dimana. RS Engineering adalah syarikat pembinaan yang di miliki oleh Pak Lang.
Bila jam menghampiri pukul 10 aku terdengar perbualan Pak Lang dengan orang yang datang bahawa jenazah nenek akan dikebumikan selepas zohor di Tanah Perkuburan Kampung Medan. Jenazah nenek kemudian dimandikan di koridor sebelah taman yang sudah dibuatkan kepungan dan sambungan bekalan air. Solat jenazah dibuat di ruang tamu dan diimamkan oleh ayah.
Aku pergi ke tanah perkuburan menaiki van bersama ayah, emak dan Aziq. Aku menceritakan kepada emak saat ketika terjaga dipanggil nenek sebelum dia meninggal. Aku juga menyampaikan pesan nenek supaya jangan pecah-pecah kerana ayat itu yang paling melekat di kepala ku.
"Ghani tu nama arwah Pak Long ke mak ? " tanya ku.
"Ya.."
"Khamsiah tu siapa pulak ?" tanya ku lagi.
"Khamsiah tu bawah Pak Long, meninggal sebab demam panas masa umur 4 tahun..., mana Ila tahu nama-nama tu... ?" tanya mak pula, kehairanan.
"nenek yang sebut..,nenek suruh sampaikan salam pada semua anak-anak dia, sebab dia dah nak balik kata dia......" kata ku dengan nada sebak.
"dengan atok Baharom pun dia suruh kirim salam... , dia asik cakap jangan pecah-pecah, jangan pecah-pecah, itu aje dia ulang-ulang....lepas tu dia cakap apa, Ila dah tak paham.." kata ku, emak dan ayah terpegun mendengar cerita aku kerana aku adalah orang yang terakhir mendengar suara dari nenek.
Malam itu, diadakan pula majlis bacaan Yassin dan tahlil di rumah Mak Lang. Pemergian nenek mempersatukan keluarga besar ku pada hari itu, dan itulah petama kali aku melihat emak duduk bersama-sama adik beradiknya yang lain. Aku juga dapat berkenalan dengan sepupu-sepupu ku, anak Pak Uda Zainal yang tinggal di kampung.
Isteri Pak Uda Zainal adalah seorang yang peramah, personalitinya seperti tidak terkesan dengan kesedihan pemergian nenek seperti orang lain. Dia memberitahu ku bahawa aku berpangkat emak saudara kepada cucunya, aku terpegun memikirkan sudah menjadi emak saudara kepada seseorang.
Emak dan Mak Cik Shimah menarik perhatian ku ketika mereka sedang menyediakan jamuan di meja luar. Dari raut wajah, sesiapa pun pasti dapat meneka mereka adalah adik beradik kerana bentuk tubuh dan ketinggian yang tak jauh beza. Mak Cik Shimah memanggil emak dengan nama penuh, Sofiah, tidak seperti orang lain yang kebiasaannya hanya memanggil dengan singkatan Piah.
Aku malah sempat membayangkan jika emak didandan mengikut gaya Mak Cik Shimah, dia juga pasti akan kelihatan cantik, membuat aku tersenyum sendirian.
Ya, pada ketika itu aku merasa amat disayangkan bahawa betapa asingnya hubungan aku dengan ahli keluarga lain yang tinggal di kampung. Mungkinkah itulah pesanan yang cuba nenek sampaikan kepada aku sebelum dia menghembuskan nafasnya buat terakhir kali.
Dua hari berlalu, ketika semua saudara mara sudah meninggalkan rumah Mak Lang, barulah aku merasa betapa sunyinya rumah itu dengan ketiadaan nenek. Pagi itu, hati aku tiba-tiba merasa sebak dengan suasana hening itu. Aku bagaimana pun sudah merancang untuk balik ke Melati, menghabiskan baki cuti sekolah bersama keluarga ku di Melati. Aku meninggalkan rumah itu ketika Mak Lang sedang mengemas almari yang mengisi pakaian dan barang-barang nenek, di bantu oleh Kak Diyah.
Aku menumpang Pak Lang untuk ke stesen LRT, perjalanan selama 5 minit itu berlalu tanpa banyak perbualan dan kali ini dia betul-betul menurunkan aku di stesen Pantai.
Di dalam tren, aku meneliti 'perkembangan' yang berlaku di telefon ku, yang sejak pemergian nenek, aku mengabaikannya. Seperti biasa, ku memadam pesanan-pesanan romantik dari abang Rosli dan membalas dengan perkembangan yang aku lalui minggu itu.
Aku membalas mesej dari Mimi memberitahunya yang nenek sudah meninggal, dia terkejut. Aku tidak memberitahunya kerana aku tahu pada cuti kali ini, dia mengikut keluarganya balik ke kampungnya. Seperti biasa, chat dengan Mimi sentiasa menjadi berlarut-larutan. Akhirnya aku bercadang untuk memberitahu Mimi..
Aku: * Aku ada cerita nak cerita dengan engkau..*
Mimi: * cerita apa..? cerita lah...*
Aku: * tak boleh cerita kat sini, cerita ni panjang...*
Mimi: *...tunggu, aku call engkau....*
Aku: *cerita dalam phone pun tak boleh..., tak best..., tunggu la bila jumpa nanti.. *
Mimi: *engkau ni..... suka buat aku gila tauuu....*
Aku: *nanti jumpa, aku cerita.. ok bye....* balas ku sambil tersenyum.
Ketika tiba di stesen Dato' Keramat aku terlihat di koach bahagian belakang, seorang perempuan yang aku kenal, kakak yang menegur aku ketika balik ke Melati dalam keadaan demam, lalu terdetik di fikiran ku, dia juga orang yang sama datang ke rumah Mak Lang pada hari nenek meninggal, cuma saja pada hari itu dia memakai tudung, membuat aku tidak dapat mengecamnya. Baru aku sedar dia adalah pekerja di syarikat Pak Lang!
Kakak itu keluar bila tiba di stesen Jelatek.
Aku cepat-cepat keluar bila pintu tren hampir tertutup, aku cuba mengejarnya dengan niat dapat berkenalan atau setidak-tidaknya berterima kasih atas keperihatinannya tempoh hari.
Ketika keluar dari tren, dia sudah menuruni eskalator, dan bila aku sampai di hujung eskalator, dia sudah pun melepasi mesin tiket, aku cepat-cepat mencari-cari kad aku sambil memanjangkan leher memerhati arah dia berjalan.
Sebaik saja aku keluar dari stesen itu, langkah aku tiba-tiba terhenti kerana kakak itu sudah masuk ke sebuah kereta.
Aku terpegun kaku, kerana mendapati kereta itu adalah kereta Pak Lang.
YOU ARE READING
Empat Belas
RomanceBudak pintar yang melalui pengalaman seks pada usia yang terlalu awal. Hidup di kalangan manusia yang kelihatannya normal, tapi tidak dipagari dengan nilai-nilai agama malah dibelenggu pula dengan nafsu. Kisah seorang gadis yang melalui detik kekeli...