The Before : Bab 1

148 20 0
                                    

'You are free to choose, but you are not free from the consequences of your choice...'


POV Nathan, 22

Nathan jeling dan beri isyarat pada beberapa orang anak buah yang sejak tadi terhendap-hendap dari jauh.

"Kau pandang apa?" dia geleng kepala saja bila di tanya soalan itu. Tambah lagi bila figura di depan nya sudah tertoleh-toleh ke arah tempat yang dia pandang tadi.

"Nothing." Balas nya ringkas. Tidak mahu berbicara lebih lanjut.

Satu nya, kerana dia belum betul-betul percaya siapa lelaki di hadapan nya ini. Mereka baru mula berkawan.

Dan yang keduanya, dia masih belum bersedia andai lelaki itu bertindak memutuskan perhubungan sekiranya teman baru nya itu tahu, siapa dia yang sebenarnya.

Dia cuma mahu berteman secara normal. Dengan orang biasa tanpa ditemani pangkat, status dan harta yang dia ada.

"Sure?" soal lelaki itu lagi. Lelaki yang bernama Benjamin Arrazzi. Mesra dipanggil Raz.

Dia kenal Raz saat terserempak dengan lelaki itu beberapa kali di dewan kuliah. Pada mulanya, dia lihat Raz hanya sendirian meskipun beberapa pasang mata gadis-gadis menyorot pandang ke wajah itu.

Raz boleh dikategori sebagai lelaki yang kacak dan tampan. Kerana itu banyak mata-mata yang memandang. Tak kurang juga gadis-gadis yang sentiasa menghulurkan salam perkenalan.

Namun semua nya di tolak sopan kerana Raz khabarkan yang lelaki itu sudah berkahwin.

Jangan kan mereka, dia pun pertama kali terkejut mendengarnya. Tak sangka Raz sudah bergelar suami di usia lelaki itu yang baru menginjak ke angka 19.

Dan lagi, Raz kata isteri lelaki itu sedang hamil. Dua kali ganda rasa terkejut nya. Padan lah dia tengok Raz betul-betul bersungguh buat kerja sampingan.

Habis kelas, terus ke kedai serbaneka 7-Eleven, bekerja dia sana sehingga lah lewat malam. Kadang-kadang tu sampai ke pagi. Dan balik bilik sewa sekejap, mandi-mandi terus pergi kelas semula.

Dia pun tidak tahu macam mana Raz mampu lalui semua itu. 

Dia? Nak bangun pagi pergi ke kelas pun dah rasa berat sangat.

Nathan tidak pernah berjumpa dengan isteri Raz. Kata nya, pelajar juga cuma bukan di kolej ini. Tetapi katanya juga, sudah tangguh belajar kerana alahan mengandung yang teruk.

Raz hanya pernah sekali tunjuk gambar kahwin. Dia cam lah wajah itu cuma tak berkesempatan terserempak di mana-mana.

Lagipun untuk apa?

Tak ada kerja nya dia nak mencari bini orang.

"Petang ni kau kerja lagi?" tanya dia mengalih topik perbualan. Tidak mahu Raz bertanya lagi tentang tadi.

"Kerja. Hari ni syif aku sampai tengah malam. Dalam pukul 12 gitu balik lah. Lagipun, aku risau bini dekat rumah tu. Lagi-lagi dah masuk 6 bulan ni. Kesian pula kalau tinggal sendiri." Jawab Raz sambil suap mihun goreng ke dalam mulut.

Kebetulan mereka ada waktu lapang selepas kelas tadi, jadi dia ajak Raz teman dia makan di cafeteria. Kalau tidak, memang Raz lagi suka menunggu di dewan kuliah saja.

"Bagus lah tu. Asyik kerja je hari-hari, sesekali luang lah masa dengan bini kau pulak. Kang dia bosan, cari lain baru tahu." Gertak nya dalam gurauan. Dan dia lihat Raz ketawa.

"Tak adalah. Aku kenal Mar tu dah lama lah. Kami bercinta sejak dari zaman sekolah lagi. Tak ada nya dia nak cari lain. Lagipun kami dah nak ada anak kut." Balas Raz masih dalam sisa tawa sedang dia hanya jungkit bahu.

Tidak mahu mengiya atau menidakkan. Bukan apa, mereka tidak boleh baca hati dan perasaan orang. Dulu duduk dekat kampung, iyalah. Mungkin tak banyak pilihan. Sekarang ni dekat bandar, macam-macam jenis ada. Dia cuma tidak mahu orang sebaik Raz dikecewakan.

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now