Bab 13

88 7 2
                                    

POV Luna

Luna duduk tenang di tempat duduk sebelah pemandu. Sesekali mata menjeling kepada Black yang sedang santai memandu.

Mereka baru sampai dari China tadi, dan terus di jemput oleh tiga buah Range Rover hitam matte milik Nathan.

Dia di depan sementara Agus dan Nathan duduk di kerusi belakang. Satu kereta di hadapan mereka dan satu lagi di belakang.

Masing-masing menuju ke Restoran Selera Warisan. Mengikut jadual Nathan, malam ini lelaki itu akan makan malam bersama Tengku Noah dan Tengku Nera di restoran tersebut.

Seminggu dia bersama beberapa orang pengawal peribadi Nathan mengiringi lelaki itu untuk urusan perniagaan di China. Apa yang dia tahu, perniagaan ini adalah perniagaan baru yang sah, hasil usahasama Nathan dan teman baik lelaki itu, Raz.

Sepanjang seminggu juga, dia menjadi salah seorang pengawal yang sentiasa mengiringi lelaki itu ke mana saja. Yang lain, adalah juga bertukar-tukar syif dan saling berganti.

Tetapi dia dan Agus langsung tidak ada rehat. Jika Nathan berjaga, dia dan Agus juga perlu berjaga. Berada di sisi lelaki itu dengan jarak satu meter.

Jika Nathan berada dalam kamar mandi, dia perlu menanti bersama Agus di depan pintu. Dan andai Nathan sedang tidur, pun dia kena berjaga bersama Agus di depan pintu.

Pendek kata, Agus sentiasa ada di sebelah pada setiap saat dan ketika. Hanya saja lelaki itu tak ikut dia masuk ke kamar mandi saja untuk bersihkan diri. Yang lain, kalau boleh Agus nak mengekor.

Sebab itu, dia kurangkan makan, kurangkan minum. Tidak mahu ke tandas terlalu kerap. Bahaya bila Agus teman dia masuk sampai ke dalam bilik air untuk membuang. Nanti terbongkar lah rahsia dia.

Tak payah cerita lah macam mana keadaan mata dia sekarang. Paksa celik walaupun bawah mata dah hitam dan lebam bahana tidak cukup tidur.

Apa tidak nya, dia tidak boleh berbaring langsung kerana dia hanya dapat duduk berehat di kerusi keras dalam bilik hotel yang menjadi tempat Nathan menginap. Dia tidak kisah langsung soal itu. Dia kalau boleh pun tak mahu tidur langsung bila pergerakan dia sentiasa di awasi. Dia bimbang andai mereka tahu tentang mimpi ngeri yang masih menghantuinya. Dia pasti, Nathan akan soal siasat dalam-dalam andai lelaki itu tahu.

Dan itu, bukan lah sesuatu yang dia mahu lelaki itu tahu.

Kekalkan posisi tubuh yang duduk tegak bila telefon bimbit nya bergetar. Tanda dia menerima pesanan ringkas.

Dia keluarkan telefon pintar itu dari poket bahagian dalam sut nya dan lihat skrin. Nama Nera muncul bersama mesej yang tertera di situ.

-I baru gerak dari shopping mall. Otw pergi restoran. Tak sabar nak jumpa you. Rindu!

Dia lepaskan keluhan saat mata membaca bait-bait perkataan itu.

Sepanjang seminggu dia berada di China, setiap hari dia terima pesanan ringkas dari Nera. Ucapan selamat dari pagi hingga ke petang, membawa ke malam. Dan pasti ada ungkapan rindu di hujung ayat. Satu pun dia tak balas. Tetapi Nera sepertinya tidak mengenal erti putus asa.

"Adik aku?" soalan itu memecah keheningan.

"Ya, tuan. Dia beritahu dia on the way." Meski tersentak, dia cuba tenang kan hati dan jawab soalan itu tanpa jeda.

"Dia masih tak putus asa?" sekali lagi Nathan bertanya. Luna yakin, Nathan tahu yang Nera hantar mesej pada nya setiap masa. Mujur juga nada lelaki itu tidak kedengaran seperti tidak senang. Hanya tenang semata-mata.

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now