Bab 23

69 10 8
                                    

*TRIGGER WARNING*



POV Nathan

Pandang kejadian di depan mata sebelum alih anak mata ke sekeliling kawasan.

Sekali lagi dia terlambat kali ini bila melihat tubuh lelaki yang sudah mati tersandar di kerusi dengan kepala terdongak ke atas.

Wajah lelaki itu lebam dan berdarah dengan kesan lubang-lubang dan luka pada wajah yang masih bersisa darah kering.

Mulut lelaki itu ternganga. Juga penuh dengan darah. Dia tahu yang ianya begitu menyeksakan bila melihat potongan lidah yang terletak kemas di atas meja.

Bukan itu saja. Ada beberapa potongan jari tangan dan kaki, kepingan telinga, dan juga alat sulit yang turut tersusun di permukaan meja tersebut, termasuk dengan kepingan kad-kad.

Melihat susunan 'royal flush' di tengah meja membuatkan bibir Nathan tersengih sikit. Dia seperti nya tahu permainan yang telah dimainkan ini dan kesan kekalahan nya.

Tidak syak lagi, memang ini angkara Ghost. Tambah lagi bila melihat hasil tulisan di atas meja itu. Tertera perkataan 'you are next' yang ditulis menggunakan darah si mati.

Agus menghampiri nya. Namun, sebelum sempat lelaki itu berkata-kata, dia bersuara terlebih dahulu.

"No clue." Duganya sendiri dan Agus balas dengan anggukan.

"Bagusnya kali ini, kita berjaya sampai sini dulu sebelum orang lain." Tambah nya lagi. Kerana sebelum ini, dia tiba di tempat kejadian setelah ianya di temui oleh pihak berkuasa. Tetapi kali ini, mereka berpeluang menyiasat segalanya sebelum pihak polis sampai.

Nyata masih tidak bertemu sebarang petunjuk mengenai Ghost.

"Ada sesiapa tahu tentang plan kita?" soalnya pada Agus. Kerana mereka memang merancang untuk menyerbu lokasi ini pagi ini sepatutnya setelah Agus mendapat kepastian tentang lokasi Venom yang tepat.

"Tak. Aku yakin hanya kita berdua yang tahu." Ujar Agus menjawab pertanyaan nya. Dia buang pandang lagi ke sekeliling.

Anak mata bertembung dengan Emeriz yang berdiri tidak jauh daripadanya. Bibir tersenyum sendiri bila cepat-cepat Emeriz larikan pandangan. Mungkin masih malu terhadap perlakuan nya di dalam kereta tadi.

"Kau pasti?" soal nya lagi. Kerana dia ingin tahu andai rancangan mereka dihidu oleh pihak lain. Ini sudah kali kedua setelah kes Cobra dahulu. Dia sudah buat perancangan namun ada yang terlebih awal mendahuluinya. Dan jarak rancangan nya dengan kematian mereka pun tidak jauh. Seperti Ghost itu tahu yang dia bakal laksanakan rancangan nya, jadi lelaki itu cepat-cepat bertindak sebelum dia.

"Pasti, boss. Memang kita bincang berdua saja kan." Ujar Agus lagi. Dan sekali lagi mata dia beralih kepada Emeriz yang sedang memerhati permukaan meja dengan pandangan yang tenang. Seperti tidak langsung terkesan dengan kekejaman dan seksaan yang berlaku.

Agus mungkin lupa yang mereka tidak hanya berdua. Emeriz sentiasa ada. Hanya saja kerana mereka berbicara dalam bahasa asing, maka itu mereka yakin Emeriz tidak tahu dan faham perancangan mereka.

"Ada sesiapa yang keluar secara sembunyi dari villa malam semalam?" soal nya lagi.

"Ada few staff yang memang off day. Aku akan siasat lokasi mereka." Ujar Agus menjawab pertanyaan nya.

"Emeriz?" tiba-tiba dia bertanya. Dia lihat Agus juga tersentak sebelum mereka sama-sama buang pandang ke arah Emeriz yang sedang berjalan-jalan melihat persekitaran dan sekeliling ruang ini.

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now