Prolog

350 28 2
                                    

POV Jun, 10

Dia berlari laju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia berlari laju.

Bermati-matian.

Sekalipun tubuh lemah dan kehilangan tenaga kerana tidak menjamah air atau makanan. Entah berapa lama dia tidak makan atau minum pun dia tidak tahu. Dia kehilangan jejak waktu.

Dan dia juga sudah tidak tahu berapa lama dia di kurung di dalam bilik gelap di tengah hutan belantara itu. Mungkin sebulan, mungkin dua bulan, mungkin lebih.

Dia tidak tahu bila hari baru bermula kerana ketiadaan sebarang cahaya. Tidak sekalipun dia berpeluang menghirup udara luar sejak dia di campak ke situ dulu.

Kadang-kala mereka di beri makan. Kadang-kala terpaksa berlapar. Semua nya bergantung kepada kehendak lelaki-lelaki yang menjaga mereka. Mengikut arahan ketua mereka yang digelar Lucifer.

Lelaki kejam dan tidak berperikemanusiaan itu!

Saat tubuh nya di tarik masuk ke dalam van putih dulu, tak ada hari berlalu yang mana dia tidak menyesal. Kalau lah dia tidak ingkar arahan ibu dan abah. Kalau lah dia tidak keluar ke taman permainan, pasti semua ini tidak akan berlaku. Pasti dia masih lagi hidup tenang bersama keluarga tersayang.

Namun, segalanya bermula dengan kalau. Dan sekalipun dia menyesal, nasi sudah menjadi bubur.

Dan setelah sekian lama dia terkurung di ruang gelap itu, diperlakukan sesuka hati oleh lelaki durjana bergelar Lucifer itu, dia tekad mahu larikan diri. Tidak peduli apa saja rintangan. Dia lebih rela mati dari terus menjadi habuan lelaki tak guna di sana. Apatah lagi bila dia dengar yang mereka akan di jual dan diperdagangkan sebagai pemuas nafsu golongan pedofilia.

Ya. Mereka.

Bukan hanya dia, malah ada hampir 10 orang lagi kanak-kanak sekitar usianya yang bakal menerima nasib sama. Mereka dikurung berasingan tetapi telinga dia masih belum pekak untuk mendengar jerit pekik dan tangisan kesemuanya.

Hingga buat dia tekad.

Dia cuba mengumpul dan cari alat untuk mempertahankan diri. Pecahkan cermin kaca di dalam tandas dan simpan serpihan nya. Saat kesempatan terbuka, dia tanpa teragak-agak menikam tubuh lelaki yang bertindak sebagai pengawal itu.

Sekelip mata suasana riuh-rendah. 

Namun, mungkin kerana pertolongan Tuhan, atau berkat doa ibu dan abah yang menanti dia kembali dengan selamat, dia berjaya loloskan diri dari 'penjara' itu.

Namun, itu tidak bererti dia sudah bebas dan aman. Masih ada yang mengejar di belakang tetapi mengalah bukan pilihan!

Dia harus kuat!

Berlari dan terus berlari. Pastikan dia tidak akan tertangkap dan diheret kembali ke penjara itu meskipun dia terpaksa bergadai nyawa.

Dan saat kaki tiba di tebing, langkahnya terhenti.

            Di belakang, suara-suara yang mengejar semakin lama semakin menghampiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di belakang, suara-suara yang mengejar semakin lama semakin menghampiri. Sedang dia kini buntu di jalan mati.

Andai ini memang takdirnya, dia tidak akan kesal. Tuhan Maha Mengetahui. Dan sekiranya ini adalah detik terakhir, dia ingin hadapi nya dengan tabah.

"Ibu... abah... maafkan Jun..."

Dia pejam mata dan terjun.

            Dia pejam mata dan terjun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Author note:

Hai semuaaaaa!!

New story begins... So, siapa yang menunggu Abe Nathan selama ni, sila lah baca dan follow cerita ni. Disclaimer, genre ni lain dari Raz so mungkin agak susah nak jumpa sweet-sweet moments. It's more serious, dark and quite slow burn. Tapi teruskan baca tau. Hehehe

I akan upload first and second chapter lepas ni sebab prolog ni agak pendek.

Jangan lupa komen, vote and share.

Thank you.

Lots of Love,

fhyuri

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now