Bab 15

45 9 3
                                    

2 tahun lepas...

POV Ghost 

Dia pandang pada tubuh yang terikat di kerusi besi di hadapan nya itu. Sudah dua puluh minit dia menanti lelaki itu sedarkan diri tetapi sampai sekarang masih terlentok lena lagi.

Tak mengapa.

Dia masih mampu bersabar.

Kemaskan seluar dan jaket kulit berwarna hitam yang tersarung di tubuh. Sesekali dia betulkan sarung tangan kulit warna sama yang membalut kedua permukaan tangan.

Bersandar dan bertenggek di atas meja yang sedikit terlindung dari cahaya sambil memerhati ke arah tubuh yang mula berkutik tidak jauh dari nya.

Dan-dan bibir mengukir senyum bila dia melihat mata yang tadi terpejam rapat itu mula celik. Beberapa saat lelaki itu terkebil-kebil sebelum meronta-ronta bila sedar diri telah terikat dan tidak mampu lari.

Tambahan pula, awal-awal dia dah salotape mulut lelaki itu beberapa lapis.

"Bangun dah sleeping beauty?" lelaki itu tertoleh ke kanan dan kiri bila mendengar suara dia. Akhirnya, dia ambil keputusan untuk muncul kan diri.

"Urghh... urghh..." dia senyum lagi bila melihat lelaki itu terus meronta. Mulut berkata sesuatu tetapi tidak jelas patah bicaranya. Hanya kedengaran seperti menggumam kerana tertutup oleh lapisan salotape.

Dia berjalan mundar-mandir di ruang bilik sempit yang kotor dan tidak terurus itu. Sengaja membiarkan derap kaki kasut but nya berdetak-detak di lantai simen. Mengundang ketakutan mangsanya.

Tuju ke meja besi yang mana permukaan nya sudah bersusun segala jenis alatan yang bakal dia gunakan ke atas tubuh lelaki itu sebentar saja lagi.

Pisau bowie.

Stiletto.

Dagger.

Brass knuckle.

Glock 19 dan revolver.

Hmmm, banyak pilihan. Dia mungkin tidak sempat untuk gunakan semua nya. Tetapi dia pasti akan gunakan sekurang-kurang dua daripada senjata tersebut ke atas mangsa hari ini.

"Iron... itu codename kau kan?" dia bertanya lagi sambil jemari mencapai pisau bowie. Melangkah ke arah tubuh yang terikat itu sambil melayang-layangkan senjata tersebut. Dan hanya ketawa kecil bila melihat wajah lelaki itu sudah lencun dengan peluh.

Malah, bukan itu saja. Bahagian celah kelengkang turut basah dan mengalir ke lantai. Mengeluarkan satu bau yang kurang enak. Tetapi, dia tidak terkesan langsung.

"Aku ingat kau hebat. Tapi baru segini dah terkencing dalam seluar. Hebat pada nama saja rupanya." Dia ketawakan tubuh yang sedang menggigil ketakutan itu.

Lelaki seperti Iron ini hanya mampu mempamerkan lagak kuat bila berdepan dengan mangsa yang tidak berdaya sahaja. Bila di cabar dan di lawan, lelaki itu sebenarnya pengecut dan penakut!

Meskipun Iron bukan lah ahli penting dan tinggi dalam organisasi Red Circle, tetapi tetap tidak menghalang segala yang bakal dia lakukan. Kerana lelaki itu adalah orang yang bertanggungjawab sebagai 'scout', mencari dan menyelidik setiap yang bakal menjadi mangsa.

Kerana itu, tahap kesalahan lelaki itu sama sahaja seperti ahli tertinggi Red Circle. Dan darah lelaki seperti Iron, halal untuk ditumpahkan.

"So, Iron ke apa entah nama kau. Tell me. Are you afraid of Ghost?" soal nya sebelum beberapa minit kemudian hanya suara jeritan yang tertimbus memecah suasana hening.

Tiga jam kemudian, dia kemas segala barang-barang. Pasti kan dia tidak tinggal sebarang bukti mahupun kesan. Toleh kepada tubuh yang sudah bermandi darah hingga banjir warna merah pekat itu ke lantai simen yang berdebu ini.

Dia masih mampu lihat helaan nafas di dada itu yang semakin lama semakin lemah. Semakin hilang. Mengikut jangkaan nya, lebih kurang sepuluh minit lagi, lelaki itu bakal menghembuskan nafas yang terakhir.

Bibir nya melorek senyuman.

Six down.

Many more to go!



Author note:

Chapter ni short sikit. So I akan upload another chapter sekejap lagi.

Jangan lupa vote, komen and share.

Thank you.

Lots of Love,

fhyuri

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now