Bab 3

99 12 0
                                    

POV Luna

"Hai Riz!" dia tersentak bila mendengar sapaan itu. Cuba sembunyikan rasa terkejut bila ada tubuh lain yang tiba-tiba labuh duduk di sebelah.

"Sorry I kacau you. I dah lama sebenarnya nak tegur tapi segan."

Dia tarik nafas dalam bila mendengar kata-kata itu. Nampak nya sekali lagi ada hati yang bakal dia kecewakan kali ini.

"You ingat I kan? Kita beberapa kali jumpa dekat kuliah Prof Eidress? I selalu duduk selang beberapa kerusi daripada you." Cerita si gadis lagi. Dan dia perasan ada beberapa pasang mata lain yang sudah memandang ke arah mereka.

Dia paling tidak gemar mencuri pandangan orang apatah lagi menjadi perhatian. Kalau boleh, dia tidak mahu orang hiraukan diri dia langsung. Dia lebih selesa sendiri dalam dunia nya.

Kerana itu dia memang tidak punya kawan di sini. Dia yang memilih untuk tidak bergaul dengan sesiapa atas beberapa sebab. Yang pertama, dia tidak bersedia. Yang kedua, dia tidak selesa. Dan yang ketiga...

Yang ketiga biar lah menjadi rahsia peribadi diri nya. Yang pasti, dia tidak mahu dekat dengan sesiapa sebab dia tidak ingin mereka tahu identiti dia yang sebenarnya.

Tetapi dia juga tahu, 'the less you reveal, the more people will wonder.'

Dengan personaliti dia yang begini, semakin dia mahu menyepikan diri, semakin banyak mata-mata yang memerhati. Dan ini bukan lah pertama kali dia di dekati. Sudah beberapa kali juga dia menolak.

"Sorry, I tak ingat." Balas nya perlahan. Tidak mahu memberi sebarang harapan. Harapan akan membawa kepada kemungkinan, dan kemungkinan akan membawa kepada peluang.

Sedangkan segala semua itu adalah tidak mungkin dan mustahil!

"Oh, really? I ada tegur you few times juga." Ujar gadis itu lagi.

Sekali lagi dia diam lama. Cuba mencari alasan untuk mengekang semua ini dari berlaku. Dia tahu. Dia cam wajah gadis ini. Dan dia akui, memang beberapa kali pernah gadis itu menyapa nya sewaktu di dalam dewan kuliah.

Tetapi mengakui nya bererti dia memberi bayangan bahawa dia mengingati. Dan semua itu akan mendorong kepada satu bentuk pengharapan yang tidak mungkin akan tertunai.

Mereka sama-sama perempuan!

Mustahil.

"I tak ingat, sorry. Ada apa-apa ke?"

"I hanya nak berkenalan dengan you. Boleh ke kita jadi kawan? I..."

Dia tertunggu bicara seterusnya. Tetapi tolong lah bukan seperti apa yang ada dalam fikiran dia sekarang. Kerana dia akan sekali lagi menanggung rasa bersalah nanti.

"Biar lah I berterus-terang. I sebenarnya suka kan you. Dari hari pertama I nampak you lagi I dah jatuh hati. I betul-betul serius suka pada you, Riz."

'Shit.'

Dia menyumpah sendiri. Sudah dia agak. Dan sekali lagi dia terpaksa kecewakan hati orang.

"You..."

"Liana."

"Okay, Liana. I minta maaf kalau apa yang I cakap buat you kecewa. Tapi, I tak pernah berniat untuk bercinta dengan sesiapa. I harap you faham." Bunyi macam ayat kasanova tetapi itu lah ayat yang sama dia beri pada beberapa orang gadis lain sejak dia sambung pengajian di sini setahun yang lepas bila masing-masing luahkan perasaan.

"I faham sebab kita tak kenal. Tapi tak boleh ke kita kawan dulu, Riz? Tak bercinta pun tak apa asalkan you sudi terima I jadi kawan you." Sekali lagi Liana bersuara.

Dia bukan apa, dia hargai sungguh keberanian Liana dan beberapa gadis lain yang pernah luah perasaan pada nya walaupun dia tidak tahu apa punca yang buat mereka boleh tertarik kepada dia. Dia tak pernah bergaul, tak pernah balas teguran, tak pernah senyum pun. Dia buat hal dia sendiri tetapi mereka boleh tertarik?

Dia pelik.

Namun, dalam kekaguman itu terselit jua perasaan kesal. Bagaimana mereka boleh sewenang-wenang dan semudah itu serahkan hati dan perasaan pada orang yang mereka tidak kenal? Tak tahu kah bahaya zaman kini dengan pelbagai jenis manusia yang bertopengkan syaitan?

Dia mungkin tidak memaksudkan tentang kejahatan diri sendiri, tetapi dia pernah mengalami dan melalui kekejaman sebegitu yang sehingga hari ini pun masih memberi kesan. Sehingga ke saat ini dia masih gagal lupakan kejadian hitam itu. Dan kejadian itu lah yang mencorak siapa dia hari ini.

Lelaki hanya akan menyakiti perempuan yang lemah. Tanpa mengira pangkat, darjat mahupun usia. Kerana itu dia ubah penampilan. Dia tidak mahu kelihatan seperti perempuan kerana enggan diri nya di sangka lemah. Dia tidak suka pandangan mata-mata lelaki helang yang sering merenung perempuan atas ke bawah.

Pandangan yang membawa beribu maksud.

Dia pernah lihat sendiri dan dia pernah alami.

Jadi dia tidak mahu kejadian sama berulang lagi.

Once is enough!

"Maaf, I tak berminat. Tapi I nak pesan, jangan senang-senang percayakan lelaki. You tak tahu apa yang ada dalam kepala mereka. Jaga diri you supaya you tak menyesal belakang hari." Tegas suara nya lantas dia capai beg galas di sebelah.

Tadi nya dia sekadar duduk berehat di kawasan ini kerana dia lihat ianya meriah dengan pelajar lain. Dia tidak suka suasana terlampau sunyi kerana dia bimbang akan bahaya yang mendatang. Penjenayah sukar bertindak di tempat tumpuan kerana banyak saksi yang melihat.

Kerana itu dia selesa dengan keadaan begitu.

Kalau sunyi pun, biar hanya dia sendirian tanpa ada sesiapa.

Sepi?

Tipu lah andai dia tidak merasakan semua itu.

Sebelum dia ke sini dulu, di Golden Triangle dia ada juga teman berbual. Dan Via tak akan biarkan dia sekali-kali pun sendiri. Kemana pun dia pergi, wanita itu akan sentiasa menjadi peneman.

Dan sekarang? Dia hanya seorang diri di sini.

Tidak dapat tidak, dia rindu juga pada wanita itu.

Tetapi ini adalah pilihan nya. Dia ke sini kerana satu tujuan.

Dan dia akan pastikan tujuan itu terlaksana.

Bibir yang tidak pernah mengukir senyum akhirnya merekah bila mata dia temui apa yang selama ini dia cari.

Kesabaran nya berbuah.

Penantian nya berakhir.

Sebentar lagi segala yang dia rencanakan akan berjalan mudah.

Kaki tenang mengatur langkah sambil betulkan hoodie di kepala sementara ekor mata terus merenung beberapa pasang tubuh yang semakin menjauh.




Author note:

Camne? Dah ada teori masing-masing or masih awal lagi? hehehe

Jangan lupa vote, komen and share.

Thank you.

Lots of Love,

fhyuri 

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now