Bab 6

75 10 1
                                    

POV Luna

Keluar dari dewan kuliah, dia terus atur langkah laju. Memandangkan tadi adalah kelas terakhirnya untuk hari ini, dia bercadang hendak terus pulang dan berehat di rumah saja.

Kepala nya terasa pusing dan tubuh begitu lemah tidak bermaya. Sepanjang kelas tadi pun dia sedaya-upaya celikkan mata, tahan diri agar tidak rebah.

Seluruh tubuh terasa seram-sejuk. Bangkit dari katil pagi tadi, dengan terhuyung-hayang dia melangkah membersihkan diri di kamar mandi.

Mimpi ngeri bukan lah satu perkara yang menyeronokkan. Setiap malam dia dihantui oleh mimpi yang sama hingga kadang kala buat dia takut untuk lelapkan mata. Kerana setiap kali lena nya mahu bertamu, mimpi itu pasti datang menjengah. Mengingatkan yang segalanya seperti baru semalam berlaku.

Kerana itu dia sukar untuk tidur. Dan bila terjaga, mata dia sukar untuk lelap. Mata memaksa diri untuk melayan lena, tetapi akal fikiran enggan membenarkan kerana perasaan bimbang nya akan mimpi itu.

Dan akhirnya, dia hanya terkebil-kebil sendiri di atas katil. Merenung siling dengan pelbagai bayangan. Salah satu nya adalah untuk mencari lelaki-lelaki yang bertindak menculik nya dahulu. Dan juga lelaki yang bertanggungjawab merosakkan diri nya.

Lucifer.

Menyebut nama itu pun cukup untuk buat sekujur tubuh nya menggeletar.

Amarah. Kesakitan. Dendam. Semuanya berhimpun menjadi satu.

Dan matlamat nya, tidak lain tidak bukan, dia mahu pastikan Lucifer mati dengan cara yang paling keji. Cara yang paling kejam sebagaimana kejam nya lelaki itu terhadap diri nya dahulu.

"Riz, you tak sihat ke?" ada suara menegur sebelum kaki dia sempat mencecah anak tangga terakhir. Toleh ke sisi dan dia lihat wajah gadis itu semakin dekat di sebelah nya. Bersama riak wajah yang berkerut seribu sambil pandang diri nya atas ke bawah.

"No, I okay." Dalih nya lantas ingin berlalu. Tidak mahu berlama-lama di sini. Satu nya, dia bimbang dia akan rebah kerana tubuh nya semakin melemah. Dan yang kedua, dia tidak rela ada tangan-tangan yang tidak dikenali menyentuh tubuhnya sesuka hati andai dia pengsan di sini.

Bilik sewa nya adalah tempat selamat nya buat ketika ini.

"Tapi muka you pucat." Gadis bernama Liana itu berkata lagi. Sambil tangan itu sudah terangkat menyentuh siku nya yang berlapik kan sweater tebal.

"No. I'm fine." Cepat-cepat dia tarik tangan. Tidak selesa dengan sentuhan walaupun daripada seorang gadis. Setelah kejadian hitam itu dulu, hanya beberapa orang yang dia benarkan menyentuh diri nya.

Som Chai Lung dan Viara atau Via.

Itu pun ambil masa hampir dua tahun untuk dia menerima sentuhan mereka. Dan bermula dengan hanya sentuhan biasa di hujung jari.

Dia masih lagi tidak membenarkan mana-mana sentuhan lain. Kerana itu dia kerap sarung sweater tebal ini. Untuk mengurangkan rasa sentuhan andai terpaksa berlaga dengan orang. Dan dia lebih selesa berjalan kaki ke mana-mana kerana tidak gemar tubuh bersesak-sesak dan terperangkap dalam himpunan orang ramai sekiranya menaiki pengangkutan awam.

Dan tahap percaya pada orang luar adalah di skala negatif andai dia hendak menggunakan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi atau grab.

"Riz..."

"I'm fine, Liana. Sorry, I kena pergi." Dia cepat-cepat potong kata gadis itu. Tidak mahu berlama-lama lagi. Tidak mahu Liana semakin berharap walhal dia dah jelaskan segalanya sejak Liana luah perasaan beberapa bulan dulu.

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now