Bab 8

58 10 0
                                    

Author note:

Since chapter ni agak short, I akan upload another chapter after this. Enjoy!!

Jangan lupa vote, komen and share.

Thank you.

Lots of Love,

fhyuri


POV Nathan

"Kau macam mana? Okay ke?" dia bertanya pada Raz bila melihat teman nya itu sedang menggendong bayi kecil di tangan.

Bea Amelia binti Ahmad Benjamin Arrazzi.

Comel betul nama si kecil itu. Malah bukan nama saja, tuan punya nama pun comel belaka. Walaupun baru berusia enam bulan, tapi dah nampak dah wajah Amelia begitu mirip dengan Raz.

"Macam ini saja lah. Busy study, kerja, jaga anak." Ujar Raz sambil senyum mendodoi si kecil dalam gendongan.

Dia tahu begitu susah-payah Raz membahagikan masa untuk kesemuanya. Pagi sebelum ke kuliah, hantar Amelia ke taska. Setelah habis kuliah, berkejar buat kerja separuh masa. Petang jam 5, ambil anak balik dari taska. Kemudian tinggal di bilik sewa siapkan assignment.

Sejak Amelia lahir beberapa bulan lepas, Raz dah ubah sedikit jadual harian. Daripada kerja sampai ke lewat malam, lelaki itu memilih untuk kerja dari tengahari sampai ke petang saja.

Satu nya, sebab Raz tidak mahu tinggalkan si kecil terlalu lama dalam jagaan pihak taska. Dan yang keduanya, Raz mahu meluangkan lebih banyak masa dengan Amelia. Waktu-waktu begini, si kecil perlukan perhatian Raz. Sudah lah tak ada emak, kalau Raz pun abaikan Amelia, entah apa lah jadi dengan si kecil tu agaknya.

Dia pernah lah tanya, kenapa Raz tak hantar Amelia ke kampung. Minta tolong mak lelaki itu jagakan sementara. Bukan selamanya tak jumpa, hujung minggu boleh lah balik menjenguk sekejap.

Tetapi Raz tidak mahu. Kata Raz, dia tidak mahu menyusahkan mak sendiri. Lagipun, dia malas mendengar macam-macam orang kampung mengata. Ini pun berita Raz kahwin awal dan kemudian bercerai dah cukup heboh sekampung. Tidak mahu lagi menambah bebanan mak nya yang terpaksa hadap semua itu seorang diri. Sebab itu, Raz lebih rela menjaga Amelia sendirian di sini.

Kerana itu juga lah dia datang hari ini. Dia ada tawaran menarik yang hendak di berikan kepada Raz. Dia tidak tahu Raz akan terima atau tidak andai lelaki itu tahu tentang siapa dia sebenarnya. Tetapi dia berharap benar Raz sudi. Dia hanya nak bantu Raz dan si kecil yang sudah dia anggap seperti anak sendiri juga itu.

"Aku ada benda nak bincang dengan kau ni." Dia mulakan mukadimah. Labuh duduk di lantai bilik sewa tersebut. Kasihan juga dia tengok keadaan Raz terpaksa menyewa dalam bilik kecil ini bersama Amelia. Dia rasa, persekitaran sebegini adalah sangat tidak sihat untuk tumbesaran si kecil itu.

"Apa dia?"

"Aku nak set up satu business, aku nak offer kau jadi partner."

Terus Raz pandang muka dia. Berkerut-kerut dahi lelaki itu.

"Business apa? Aku ni bukan ada duit nak mula business bagai, Nath. Belajar pun tak habis lagi."

"Jangan risau pasal modal semua tu. Semua aku akan uruskan. Kau cuma pinjamkan nama untuk jadi partner saja. Gaji bulan-bulan aku akan bayar sampai company stabil. Customer semua aku cari, kau cuma tolong-tolong prepare dokumen saja. Yang lain aku settle. Lagipun, kerja ni kau boleh buat dari rumah saja. Lebih banyak masa kau boleh spend dengan anak kau." Panjang lebar dia menjawab.

Dan sekali lagi Raz renung wajah dia. Lama dan dia hanya biarkan. Tenang balas pandangan teman nya itu. Dia nak Raz tahu, niat dia baik hanya untuk menolong lelaki itu.

"Real business ke?"

Tersentak dia sekejap mendengar pertanyaan itu. Sepertinya ada sesuatu yang tersirat di sebalik nya. Dan rasanya, dia mengerti soalan Raz.

"Kau dah tahu." Ujar nya ringkas. Dan riak wajah Raz masih lagi sama. Tidak berubah.

"Bila?" soalnya lagi.

"Dari awal. Aku perasan ada tiga empat orang lelaki selalu follow kau. Dan aku ada search juga pasal kau. Dari situ aku tahu siapa kau sebenarnya." Suara Raz juga tenang. Langsung tiada prejudis.

"Kau tak kisah?"

"Apa yang kau buat dalam hidup kau, itu hak kau, Nath. I can't change who you are." Balas Raz lagi menjawab pertanyaan nya.

"Sebab tu ke kau selalu tolak pertolongan aku?" dia menduga. Kerana dia sudah acap kali menawarkan bantuan dari segi wang ringgit kepada Raz selama ini. Namun, setiap kali juga lelaki itu menolak. Mungkin sebab Raz dah tahu siapa dia, jadi Raz takut termakan segala harta dan duit haram dia?

"Jangan salah faham, Nath. Aku tolak sebab aku tak mahu menyusahkan sesiapa. Sekalipun kau kata nak tolong, tapi aku anggap itu semua pinjaman. Adat meminjam ni, aku kena pulang semula. Aku bimbang kalau tak dapat nak penuhi semua tu. Dan aku tak mahu jadi kebiasaan. Dah senang meminjam, nanti asyik nak meminjam saja. Aku nak usaha sendiri dengan cara aku. Tapi, kalau kau kata nak buka business baru, asal kan halal dan legal, insha-Allah aku akan bantu." Panjang lebar Raz bersuara.

Dia tidak berkecil hati. Dia mengerti pendirian Raz. Tambah lagi, lelaki itu ada anak kecil. Jadi, mestilah Raz nak suap anak dengan rezeki yang halal. Bukan datang daripada hasil dan sumber yang haram.

"Don't worry, Raz. Tak semua business keluarga aku illegal." Dan dia lihat Raz angguk kepala.

"So, apa business plan kau?" soalan Raz dia balas dengan senyuman. Lega kerana dia tahu, itu bererti yang Raz setuju dengan cadangan nya. Seperti yang dia katakan, dia sudah ada perancangan sejak mula kenal Raz lagi. Ini adalah waktu yang tepat untuk melaksanakan nya.

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now