Bab 22

82 10 7
                                    

POV Luna

"Good shot!" dia berpaling bila mendengar pujian itu. Tunduk kepala sedikit bila melihat Darius memandang nya bersama senyuman ramah. Sesekali lelaki itu melihat ke arah papan yang jarak nya hampir 70 meter dari tempat mereka berdiri.

Untung nya ada kawasan rumah yang besar dan luas seperti Villa Kasturi ini, ada tanah lapang di belakang kawasan rumah yang boleh dijadikan tapak latihan menembak. Tidak lah begitu luas seperti di lapang sasar, tetapi boleh lah di gunakan untuk memantapkan skill mereka semua yang bekerja dengan TSA.

"Terima kasih, tuan." Ucap nya ringkas dengan wajah yang masih tenang tanpa sebarang riak. Lihat lelaki yang sudah menjejak ke usia 40 tahun itu kini sudah bersiap-siap dengan peralatan sendiri sebelum mengambil tempat kembali di sebelahnya.

"Let's see who's better." Ujar lelaki itu lagi sebelum menarik picu. Berdas-das tembakan di lepaskan dan dia melihat dari jauh hasil nya. Tidak begitu tepat pada tujuan kerana tembakan lelaki itu sedikit tersasar untuk kesemua enam das peluru.

"Nampak nya skill tuan dah berkarat sikit." Ujar nya selamba. Dan dia dengar Darius ketawa.

"Dah lama tak practice. Sejak jadi consigliere ni, busy dengan kerja. Hal-hal lapangan dah tak ambil tahu sangat." Cerita lelaki itu tanpa di pinta.

"Bila tuan jadi consigliere?" soal nya ingin tahu. Alang-alang lelaki itu sudah buka hikayat, dia cuba lah bertanya dan dapatkan maklumat sebanyak yang mungkin.

"Lebih kurang sepuluh tahun lepas. Awal-awal tu, memang susah arwah Noah nak percaya pada aku. Iyalah, masa muda dulu banyak main-main. Tapi lama-lama dia tengok aku dah start serius, dia bagi kepercayaan. Sampai lah sekarang." Cerita lelaki itu sambil tanggalkan earmuffs.

"Tuan masih rasa layak jadi consigliere ke?" terus lelaki itu menoleh mendengar pertanyaan nya. Kening Darius berkerut hebat.

"Kau rasa aku dah tak layak?"

"Bukan itu maksud saya. Kalau tuan terasa, maaf." Ucap nya ringkas. Namun dia lihat Darius hanya pamer riak biasa. Tidak terkesan dengan kata-kata nya. Sebaliknya hanya tayang senyuman ramah.

"Tak perlu bertuan-tuan dengan aku, Riz. Kan aku kata panggil saja Darius. Aku lebih selesa kau tak begitu formal dengan aku." Ujar lelaki itu sambil tepuk bahu nya beberapa kali.

"No wonder Nathan gelar kau Phoenix. Your skill in fighting was too good. In shooting too." Puji lelaki itu dengan tangan yang masih lagi masih menyentuh tubuhnya.

Dia hanya mampu tahan diri dengan penumbuk yang digenggam bila sentuhan itu singgah di bahu kerana dia sungguh tidak selesa. Sekalipun dah lama tinggal di Villa Kasturi ini, sudah lama bersama-sama TSA, hanya ada beberapa sentuhan yang dia boleh terima.

Nera, Raz dan Amelia.

Serta Nathan.

Hanya mereka. Tidak yang lain.

Dan sentuhan Darius kali ini membangkitkan satu rasa yang meluap-luap dan terpendam dalam diri nya. Kuat perasaan itu hingga dia hampir pulas pergelangan tangan Darius kalau bukan suara Nathan mematikan segala perancangan nya.

Mereka sama-sama menoleh dan lihat Nathan sedang berjalan menghampiri. Bersama Agus, Ren dan beberapa orang pengawal lagi yang dia tidak pernah ambil tahu nama-nama mereka. Selama ini pun dia hanya angguk saja bila menyapa masing-masing. Tak pernah berbual jauh sekali berborak mesra. Dia yang had kan pergaulan dengan kesemuanya. Lebih selesa bersendiri.

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now