Bab 19

55 9 2
                                    

POV Luna

Dia berjalan di belakang Nathan bila mereka keluar dari kereta.

Namun, saat baru hendak melangkah masuk ke pintu utama Villa Kasturi, terlebih dahulu ada tubuh lain yang menerpa dengan pantas. Dan terus mendakap leher Nathan erat.

Sehingga kan dia, Ren dan beberapa orang pengawal lain terpaksa berundur sedikit. Termasuk lah Agus.

"Nathan, darling!" bukan main seksi lagi perempuan yang sedang galak memeluk tubuh Nathan. Dengan dress bertali halus separas peha berwarna merah, rambut blonde panjang mencecah pinggang dan aksesori mewah tersarung di tubuh perempuan itu.

"Chiara?" suara Nathan kedengaran. Tetapi Luna lihat Nathan langsung tidak berusaha untuk melepaskan diri dari pelukan perempuan bernama Chiara itu. Dia pula yang rasa rimas. Macam hendak saja dia tarik perempuan gedik itu menjauh dari melekap ke tubuh Nathan.

"What are you doing here?"

"Sono venuta a trovarti. Mi manchi."

"Please, Chiara. Behave yourself. This is not your turf!" baru lah dia lihat Nathan leraikan pautan Chiara. Dalam hati dia dah mencebik sendiri. Menggedik saja perempuan tu. Ingat meliuk lentok macam gitu boleh buat orang terpikat agaknya. Menyampah!

"Come on, Tesoro. You know me. We have been together for so long..."

Bulat mata Luna tetapi dia cuba sembunyikan. Nathan dengan perempuan ni? Ada hubungan? Nathan dah buta agaknya. Bukan nya cantik sangat pun! Cemuh nya sendiri di dalam hati.

"Cazzate! Don't talk rubbish, Chiara. We have nothing with each other." Nathan mula atur langkah menuju ke bahagian ruang tamu. Mujur lah lelaki itu terus labuh duduk ke sofa berangkai satu. Kalau tidak, rasanya sudah pasti Chiara akan menghimpit di sebelah Nathan.

"Tesoro, don't you miss me? It's been too long since we met each other." Luna julingkan mata ke atas bila mendengar suara rengekan perempuan gedik itu sambil duduk bertenggek di pemegang sofa. Rapat dengan Nathan.

Dia pusing dan pandang sikit pada Ren. Dia tengok lelaki itu bukan main tenung tubuh Chiara dari atas ke bawah. Dan pengawal lain juga turut memerhatikan ke arah perempuan itu. Gaya macam masing-masing tak pernah nampak perempuan pun ada.

Macam tu pun boleh pandang lama-lama? Bukan nya cantik pun!

Alih pandang kepada Agus pula, dia lihat lelaki itu hanya selamba. Dia tahu, Agus bukan jenis yang ambil kisah hal-hal begitu. Lelaki itu memang cuma peduli hal kerja saja. Itu yang buat dia suka perangai Agus. Tetapi yang dia tak berapa gemar sekarang ni, Agus hanya buat tidak tahu melihat perlakuan Chiara. Tak ada tanda-tanda Agus nak menghalang dan jauhkan tubuh Chiara dari Nathan. Itu yang buat dia tidak puas hati.

"What do you actually want, Chiara. Just straight to the point. If you came here with intention to get married with me, per you father's order, then tell him that I am not interested!" tegas suara Nathan buat dia simpan senyum.

"Nath, darling please..."

Buntang biji mata dia bila tengok Chiara selamba labuh punggung di riba Nathan. Kuat dia genggam penumbuk dan tarik hembus nafas beberapa kali. Meredakan perasaan membara yang berkumpul dalam dada dia. Tajam dia lihat gerak-geri jemari Chiara yang liar menyentuh dada Nathan yang sudah sebahagian nya terdedah.

Kalau tak disabarkan hati, memang lunyai dia kerjakan Chiara dekat sini. Kuku tu dia akan cabut terus. Dan jari perempuan itu dia akan ketuk dengan penukul. Biar Chiara kesakitan kerana sewenang-wenangnya menyentuh tubuh Nathan!

Kejap..., dia cemburu ke?!

Luna tertanya sendiri.

Dan bila dia lihat bibir Chiara semakin hampir ke pipi Nathan, dia sengaja berdehem dan batuk kuat. Sampai semua orang berpaling dan memandang ke arahnya.

Dia tepuk dada sendiri perlahan sambil terus berdehem. Konon nya melegakan tekak yang gatal. Serentak juga mata nya bersabung pandang dengan anak mata coklat hazel milik Nathan.

Dia lihat hujung bibir lelaki itu sedikit tersungging dengan senyuman.



Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now