Bab 12

74 7 3
                                    

POV Nathan

Dia perhati gambar dan dosir maklumat yang ada di atas meja. Silih berganti sebelum jemari mencapai salah satu gambar yang bersusun di atas meja.

Riak si lelaki nampak serius tanpa perasaan sedangkan si gadis sedang tersenyum manis mendakap tubuh si lelaki erat. Tiada balasan. Cinta bertepuk sebelah tangan, mungkin?

Ketukan di muka pintu mematikan segala apa yang berada dalam fikiran. Dia biar segala nya bertaburan di atas meja sebelum mengisyaratkan figura di luar untuk masuk.

Dia tahu siapa yang berada di situ.

Dan Agus kekal berdiri di sisi mejanya.

Sandar tubuh ke kerusi pejabat dan silang kaki meskipun tubuh yang baru muncul itu tidak mampu melihat nya.

Berpeluk tubuh, dia perhatikan figura yang sedang berdiri tegap tidak jauh dari meja nya.

Bagus. Disiplin.

Nyata lelaki itu tahu kehendak nya. Jarak lelaki itu dengan nya ketika ini adalah lebih kurang dua meter seperti yang dia kehendaki.

Anak mata lelaki itu pandang sekilas ke atas meja nya yang berselerak dengan kepingan-kepingan gambar. Dia tahu lelaki itu dapat melihat isi nya dari jarak sebegitu. Namun, lelaki itu hanya tenang tanpa memberi sebarang reaksi.

"Siapa nama kau?" soal nya walaupun dia sudah tahu lewat dosir maklumat yang ada di atas meja.

"Emeriz." Sepatah di jawab.

Suara itu serak basah. Tidak garau, tidak juga lembut. Wajah itu walaupun serius tetapi tidak terlihat kejantanannya. Nampak keperempuanan. Muka jambu dan baby face.

"Just Emeriz?" duga nya lagi. Meskipun dia sudah baca berkali-kali maklumat di dalam dosir, tetapi dia tetap ingin bertanya. Lagi pula, dia rasa seperti curiga dengan setiap isi kandungan dosir itu. Semuanya seperti terlalu sempurna.

"Emeriz Abdullah." Balas lelaki itu kembali. Dan dia angguk saja.

"Kau tahu kenapa aku panggil kau ke sini?" dia bangkit dari kerusi. Berjalan menuju ke meja dan bertenggek di situ. Mendekatkan jarak antara mereka.

Tetapi lelaki di hadapan nya ini terlalu tenang. Tidak memberi sebarang reaksi melainkan terus menerus menentang pandangan mata nya. Sesekali anak mata hitam kelabu itu menjeling ke arah permukaan meja di belakang nya sebelum memandang kepada dia kembali. Bagai menjawab pertanyaan nya dalam bahasa bisu.

"Bagus lah kalau kau tahu. Nera tu adik kesayangan aku. Puteri terhormat dalam keluarga ni. Dan kau bukan gandingan yang sesuai untuk dia." tidak mahu berbasa-basi, dia terus kepada tujuan. Lagipun, bermukadimah bagai bukan lah cara dia.

Dia lihat lelaki itu seperti mahu berkata sesuatu sebelum buat keputusan untuk mendiamkan diri.

"It's okay. You can talk." Dia memberi kebenaran. Peluk tubuh merenung sambil jungkit sebelah kening.

"Tuan kena beritahu sendiri pada Cik Nera tentang hal itu. Saya hanya ikut arahan boss supaya temankan dan jaga keselamatan dia. Apa-apa yang Cik Nera buat, selagi tidak membahayakan, itu atas kehendak dia dan di luar kuasa saya."

Dia terdiam memandang wajah tanpa perasaan itu. Dan sempat dia tahan langkah Agus yang mahu menuju ke arah figura yang tenang berdiri di tengah bilik. Agus memang pantang kalau ada yang menjawab begitu pada dia. Seolah-olah seperti kurang hormat.

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now