The Present - Bab 17

89 11 5
                                    

"What cannot be changed must be endured..."


3 tahun kemudian...

POV Luna, 25

"Abang Iz!"

Bibir nya menguntum senyum tipis bila mendengar sapaan itu. Wajah si comel sedang tersengih-sengih sambil menghulurkan sebatang lollipop berwarna-warni ke arahnya.

"Bagi abang?" soal nya pada si kecil itu.

"Mel belikan untuk abang Iz sebab abang Iz kan boyfriend Mel!" bukan main kuat dan ceria suara itu. Sampai hampir keseluruhan staf di tingkat itu masing-masing menjenguk-jenguk dan buang pandang ke arah nya.

"Apa rahsia kau eh, Riz? Tak cukup Cik Nera dengan maid dekat villa tu, sampai ke budak kecik pun boleh terpikat dekat kau. Pelik betul." Suara Ren kedengaran di sebelah.

Mereka ketika ini berada di pejabat Endangwira yang baru siap hampir 2 bulan lepas. Sebelum ini, urusan Endangwira semuanya berpusat di apartment sewa milik Raz. Hampir 6 bulan juga sebelum Nathan buat keputusan untuk menyewa bangunan pejabat dua tingkat bila perniagaan mula berkembang.

Dan sambil itu Nathan juga sudah mencari tanah untuk membangunkan sebuah bangunan pejabat 15 tingkat. Jangkaan siap adalah 3 tahun. Tetapi bila masing-masing tahu yang tuan punya bangunan adalah Tengku Nathan, kerja panjang boleh jadi pendek.

Itu yang bangunan ini siap setahun lebih awal berbanding tarikh siap asal. Sejurus siap segala proses dan dapat sijil layak menduduki, terus ID (interior designer) pula sambung kerja-kerja mengubah suai dan menambah segala peralatan yang diperlukan.

Hasil nya, 4 tingkat teratas telah digunakan oleh Endangwira. Dan tingkat selebihnya di bawah di jadikan ruang untuk di sewa. Malah, tiada ruang yang kosong pun yang tertinggal. Semuanya sudah siap di huni. Termasuk lah beberapa buah restoran yang terletak di lantai lobi.

Sejak beroperasi enam bulan lepas, seminggu dua atau tiga kali Nathan akan jejak kaki ke sini untuk urusan penting. Selebihnya, Nathan banyak serahkan urusan rasmi Endangwira pada Raz.

Hari ini pun kebetulan kerana ada pelanggan dari China yang datang ke sini, jadi sebab itulah awal-awal pagi lagi mereka semua terpacak di sini.

"Mel, jangan kacau. Sini ikut papa." Raz menghampiri mereka sambil menghulurkan tangan kepada si comel Amelia yang sudah berusia hampir 4 tahun.

Dia dan beberapa orang pengawal lain yang berdiri di depan pintu pejabat Nathan masing-masing hanya tunduk kepala tanda hormat kepada Raz, yang juga merupakan sahabat baik Nathan sejak dulu.

"Tak nak! Mel nak ikut bang Iz!" Amelia sorokkan diri di belakang tubuh nya sambil pegang dan peluk lutut nya.

"Mel..." Raz mengeluh.

Dia tahu Raz terpaksa bawa Amelia ke pejabat hari ini kerana orang gaji warga Indonesia yang sepatutnya menjaga Amelia hari ini bercuti untuk beberapa hari kerana pulang ke kampung halaman.

"Tak apa, tuan Raz. Saya boleh teman dia." dia pelawa diri bila melihat wajah kacak Raz mula berkedut sana-sini kerana kebuntuan.

"Are you sure?" soal Raz ragu-ragu. Dia tengok rambut Raz pun macam tak sempat bersikat. Tali leher dah tak rupa simpulan padahal masih awal pagi lagi. Kasihan pula.

Dia tahu kisah hidup Raz. Dia tahu susah payah lelaki itu bergelar bapa tunggal. Yang dia tak faham, kenapa lah bekas isteri Raz begitu bodoh meninggalkan lelaki itu.

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now