Bab 18

57 6 1
                                    

POV Luna

Dia sedang melayan Amelia yang seronok berlari ke sana sini saat terasa getaran di bahagian dalam baju sut hitam nya.

Tidak memberi reaksi dan pamerkan riak wajah biasa kerana dia tahu, yang bergetar itu adalah burner phone nya. Tidak lain tidak bukan, panggilan daripada Via kerana tidak ada sesiapa pun yang tahu tentang kewujudan alat itu kecuali dia dan Via. Itu adalah medium komunikasi antara mereka berdua.

Dan, Via tidak pernah menelefon nya waktu-waktu begini jika bukan kerana ada perkara yang mendesak. Via tahu jadual nya. Via tahu yang dia sentiasa berada di samping Nathan dan memang mustahil untuk dia menjawab panggilan kerana bimbang Nathan bakal curiga andai lelaki itu tahu.

Sebarang komunikasi antara dia dan Via biasanya dia yang mulakan. Dia yang akan telefon Via kerana itu perjanjian mereka sejak dia mula bekerja dengan The Scarlet Alliance.

Memandangkan getaran itu masih belum berhenti walau sudah beberapa minit berlalu. Dia tahu, perkara yang Via bakal sampaikan, tentunya perkara yang amat penting.

Lihat sekeliling kawasan di dalam ruang rehat pejabat Endangwira. Beberapa orang pengawal masing-masing berdiri tidak jauh dari nya. Termasuk lah Ren.

Ren lagi lah penyibuk. Busy body. Bagaimana cara nya dia mahu hindarkan diri dari situasi itu buat sementara waktu? Tanpa mereka semua tahu?

Tambah pula, dia tahu di kawasan pejabat ini juga terdapat beberapa buah kamera litar tertutup yang di pasang di setiap sudut. Satu-satu nya tempat paling selamat dan tidak dirakam adalah di dalam tandas.

Dan bukan sesenang itu untuk ditinggal sendirian. Kalau salah seorang dari mereka hendak ke tandas, perlu ada yang menemani. Kerana itu adalah prosedur yang Agus tetapkan kepada mereka semua untuk mengelakkan berlakunya apa-apa bentuk pengkhianatan. Lebih-lebih lagi setelah kematian Tengku Noah dahulu yang diyakini adalah kerja orang dalam. Kerana itu juga, dia tidak pernah ke tandas sepanjang waktu bertugas.

Lagi pula, Nathan adalah underboss The Scarlet Alliance. Keselamatan lelaki itu adalah sangat ketat. Telefon bimbit mereka setiap hari akan di periksa. Sekiranya ada nombor, mesej atau panggilan keluar masuk yang mencurigakan, serta-merta digantung tugas. Lebih teruk lagi, ada yang kena buang pun. Tak cukup kena buang, kena seksa pula dengan Agus.

Disebabkan itu dia jarang bawa telefon pakai buang ini kemana-mana. Biasa dia tinggal sahaja. Tetapi, sejak beberapa bilik di compound pengawal di ceroboh beberapa minggu lepas, dia tidak boleh meninggalkan alat itu di bilik saja.

Andai ada yang jumpa nanti, boleh mendatangkan bahaya kepada dia dan Via. Silap-silap Golden Triangle pun akan terkesan sama. Jadi, untuk elak perkara tersebut berlaku, terpaksa lah dia kelek telefon pakai buang itu bersama nya setiap hari.

Getaran masih terasa. Dan sedaya upaya dia sembunyikan riak gelisah. Dia risaukan Via. Dia juga ingin tahu apa yang Via mahu sampaikan sehingga wanita itu tidak mampu menunggu.

Dalam keadaan mendesak dan terpaksa, dia seluk poket seluar dan sentuh sebuah alatan. Tekan button dan serta merta keadaan sekeliling jadi hingar-bingar.

Elektrik terpadam.

Suara-suara pekerja Endangwira mula kecoh bila monitor dan pc mereka mati secara tiba-tiba ketika masing-masing sedang bekerja. Pengawal-pengawal lain termasuk Ren masing-masing kelam-kabut memeriksa keadaan sekeliling.

Dia juga sama. Hampiri Amelia dan dukung tubuh si kecil bila anak itu seakan mahu menangis mendengarkan kekecohan tersebut.

Bukan ada apa-apa pun. Dia hanya gunakan mini jammer saja. Kesan gelombang nya pun kecil. Hanya setakat tingkat ini dan tidak lama pun. Hanya lima minit. Tetapi cukup masa untuk dia jawab panggilan Via sebentar. Kesempatan ketika masing-masing sedang kecoh itu digunakan sebaiknya.

Melangkah ke tempat yang tersorok sambil di peluk tubuh Amelia yang memaut leher nya erat dengan sebelah tangan sementara sebelah lagi seluk bahagian dalam sut nya.

Tekan butang hijau dan lekap ke telinga.

"I have 1 min max. Talk." Ujar nya pantas.

Dan bila telinga menangkap butir bicara Via yang laju dan deras, dia ketap bibir.

"So, what say you?" soal Via di akhir bicara.

"Do it." Balas nya ringkas. Dan dia yakin Via mengerti.



Nathan, 27

Dia pandang Agus dengan renungan tajam. Kalau lah renungan mampu membunuh, memang sudah mati lelaki itu di depan nya. Benda yang paling dia pantang adalah kecuaian. Dengan dia dan Raz masih sibuk berbincang dengan pelanggan utama Endangwira dari China, tiba-tiba seluruh bilik gelap.

Blackout.

Habis semua pembentangan hilang bila elektrik tidak ada.

Mujur lah Raz ada dan mampu mengawal situasi dan keadaan. Memohon maaf pada tetamu mereka. Dan mujur juga kejadian itu berlaku hanya sekejap.

Dia tinggal kan Raz dengan tetamu mereka sebentar sementara dia keluar mencari Agus. Dia tahu Raz juga bimbang. Dari riak wajah teman nya itu dia dapat mengagak yang Raz tentu risau kan si kecil Amelia. Tetapi Raz cuba tenangkan hati. Dan dia sendiri meminta lelaki itu untuk kekal di dalam bilik mesyuarat dan membiarkan dia yang pergi melihat keadaan Amelia di luar.

Sambil bertemu Agus.

Dan bayang kan lah betapa panas dan berasap tubuh dia bila Agus maklumkan ada gangguan teknikal yang menjadi penyebab segalanya berlaku.

"Technical issue?" soal nya sambil bercekak pinggang. Dia pandang situasi yang mula reda dari hingar-bingar. Kalau tidak tadi, dekat dalam bilik mesyuarat pun dia dapat dengar suara-suara kecoh dan kuat. Tak masuk lagi mereka yang panik sampai mengganggu konsentrasi.

"Ya. Ada sikit glitch tapi tak serius. Tak ada apa-apa effect selain gangguan elektrik sementara. Itu pun dah dipulihkan. Tapi aku akan siasat punca nya." Janji Agus itu tidak mampu meredakan ketegangan dalam diri nya.

"Kau tahu berapa aku bayar security dan maintenance service dalam bangunan ni, Agus?" melihat lelaki itu angguk kepala dan tunduk sedikit, dia sambung kata-kata lagi. "So, dengan duit yang aku keluarkan tu, this shit supposedly not happening even for a second! You understand that?"

"Maaf, bos. Aku akan siasat."

Dia lepas keluhan berat. Kalau ikut hati, dia dah mengamuk dekat sini. Tapi disebabkan masih ramai staf yang mampu melihat segalanya, dia tahan diri. Balik ke villa nanti, tahu lah apa yang dia akan lakukan.

"Emeriz?" soal nya tidak lama kemudian.

"Sana. Dengan anak tuan Raz." Agus tuding jari ke arah satu sudut sedikit jauh. Dia lihat Emeriz sedang mengusap belakang tubuh Amelia yang berada dalam dukungan sambil cuba memujuk Amelia yang mungkin ketakutan. Bukan main erat pelukan si kecil pada leher Emeriz.

"Keep an eye on her." Pesan nya ringkas sebelum melangkah kembali ke dalam bilik mesyuarat. Dia perlu maklum kan tentang Amelia pada Raz sebelum teman nya itu pula yang berubah cemas.

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now