Bab 7

78 9 1
                                    

POV Luna

"Are you sure you want to do this, Luna?"

Dia tidak melarikan anak mata dari pandangan di depan nya meski pun soalan itu menyapa telinga. Dia masih kekal menghadap laptop dan fail-fail yang berselerakan di atas meja makan.

"You want me to stop?" soal nya tanpa berpaling. Kepingan-kepingan gambar dia susun rapi mengikut tarikh dan waktu yang tercatat di atas nya. Juga helaian-helaian maklumat yang selama ini dia kumpulkan. Dan yang baru Via bawa kan bersama kedatangan wanita itu beberapa hari yang lepas.

Demam nya sudah kebah. Dan kebetulan sekarang sedang cuti study week selama seminggu sebelum dia akan menduduki peperiksaan akhir untuk semester kelima nya.

Tahun akhir bererti hanya tinggal satu semester lagi yang perlu dia lalui. Dan itu pun sepenuhnya latihan praktikal. Dia sudah mencari beberapa tempat yang memenuhi kehendak dan sesuai dengan bidang yang dia pelajari.

Lagipun, untuk kursus diploma in medical laboratory technology ini, nanti dia cari saja mana-mana syarikat yang ada makmal tersendiri. Banyak rasa nya dalam Malaysia ini. Dia sudah buat kajian terlebih dahulu soal itu.

"It's not that I want you to stop, Luna. I know you need this. But, I'm worried about you. The Scarlet Alliance is not easy to penetrate." Suara Via bernada bimbang.

Tidak perlu Via khabarkan pun dia tahu. Dia terlebih dahulu siasat semua nya tentang TSA sebelum dia membuat keputusan untuk menyertai kumpulan itu. Dia tahu dan sedar akan risiko nya. Kerana itu lah, dia di sini sejak tiga tahun lalu. Mengumpul maklumat dan mencipta pergerakan.

Dia pasti, saat dia masuk ke dalam TSA nanti, segalanya tentang sejarah hidup dia akan di siasat.

Tetapi dia tidak risau tentang itu. Dia sudah palsukan segala maklumat sejak dari awal kelahiran hingga ke hari ini. Mereka tidak akan dapat kesan kisah sebenar. Mereka hanya akan tahu segala apa cerita rekaan yang telah dia cipta.

"I know what to do, Via." Ujar nya tidak mahu berbicara lebih lanjut. Via pun tahu, andai dia sudah tekad dan bulat hati, dia tak akan dengar apa-apa bantahan lagi. Kalau hitam kata dia, maka dia akan pastikan hitam kejadian nya.

"Maybe we should do another way? Plan another. I still think you should be back with me to Golden Triangle." Sudah beberapa kali Via memujuk. Bukan baru sekarang, malah semenjak dia khabarkan yang dia mahu ke sini tiga tahun dulu lagi Via seboleh-boleh nya melarang.

Dan dia juga tahu, semenjak Som Chai Lung mati, Via telah pun mengambil alih kedudukan lelaki itu. Menjadi orang terkuat dan ketua di Golden Triangle. Dan amanah mendiang adalah untuk dia sama-sama membantu Via menguruskan organisasi itu.

Malah, Som Chai Lung sendiri pernah menyuarakan hasrat untuk memberikan organisasi itu sepenuhnya kepada dia, dengan melantik dia menjadi ketua, menidakkan kedudukan Via sebagai cucu lelaki itu sendiri.

Tetapi dia menolak. Dia enggan. Kerana itu bukan tempat nya. Dan itu bukan tujuan nya.

Tujuan dia hanya dua.

Lucifer.

Dan The Red Circle.

Dia mahu hancurkan kedua-duanya.

"I can't turn back now, Via. I want to do it my way. This is the way." Ujar nya lagi dengan nada tenang walaupun di dalam diri terkandung seribu satu perasaan. Yang hanya dia mengerti.

Via sendiri tahu dia tak mungkin akan berganjak dari keputusan nya. Via sendiri maklum yang dia akan lakukan apa saja untuk pastikan hasrat nya tercapai. Untuk berpatah balik, itu adalah mustahil sama sekali. Melainkan kematian yang terlebih dahulu menjemputnya.

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now