Bab 14

70 11 2
                                    

POV Luna

Suasana di tanah perkuburan itu begitu sunyi meskipun dihadiri ramai manusia yang menonton dan menyaksikan saat-saat jasad Tengku Noah yang sudah di kafan, di timbus di dalam tanah.

Sesungguhnya kematian itu adalah pasti.

Dia hanya berdiri tegak penuh hormat dari awal sehingga selesai segalanya. Tidak begitu dekat dengan kawasan tanah merah yang sudah di pacak sebatang kayu bertanda itu kerana masih ramai lagi ahli kenalan terdekat arwah Tengku Noah yang lebih layak berdiri dekat. Memberikan penghormatan terakhir untuk lelaki itu.

Dari jarak lima meter ini, dia dapat melihat wajah merah dan sembap milik Nera. Sejak kejadian pengeboman di Restoran Selera Warisan dua hari lepas, Nera tidak henti-henti menangis dan meratap walaupun puas di tenangkan.

Dia mengerti.

Tak akan ada mana-mana orang yang gembira bila melihat orang yang tersayang pergi untuk selamanya. Apatah lagi dalam keadaan yang dia kira agak tragis.

Nathan dia lihat masih dengan riak wajah yang sama seperti sebelum-sebelum ini. Dari pandangan mata kasar, ianya kelihatan seolah-olah seperti Nathan langsung tidak terkesan.

Tetapi di sebaliknya, dia tahu lelaki itu turut menanggung sedih yang bukan sedikit. Hanya saja Nathan bijak sorokkan segala jenis emosi dari pengetahuan dan pandangan orang lain. Tambah-tambah lagi bila ada ramai ketua-ketua Pakatan dari negara luar sama-sama hadir bagi menyaksikan pengkebumian Tengku Noah pagi ini.

Di sisi lelaki itu, Darius juga dia lihat hanya menunduk. Bersama mata yang merah. Dia tahu lelaki itu juga turut menangisi pemergian abang tersayang. Iyalah, berpuluh tahun Darius berkhidmat bersama Tengku Noah. Sudah pasti kehilangan lelaki itu memberi kesan yang besar buat Darius.

"Kau tak sedih?" dia tersentak seketika bila ada suara yang seakan berbisik di tepi telinga. Toleh ke kanan, sepasang tubuh lelaki yang tinggi dan tegap sedang berdiri dengan posisi sama sepertinya.

Dia kenal lelaki ini. Dia selalu ternampak di Villa Kasturi. Salah seorang pengawal sama sepertinya. Hanya saja tidak sempat mereka berkenalan walaupun sering saling membalas sapaan ketika terserempak.

"Aku tak kenal sangat. So kalau aku sedih lebih-lebih, nampak pelik pula." Balas nya tenang dan ringkas.

"Hmm, logik. By the way, aku Ren." Lelaki itu hulur tangan hendak bersalam.

"Riz." Dia tak sambut huluran tangan. Sebaliknya dia lagakan penumbuk di lengan lelaki itu yang berlapik sut hitam.

"Cool, bro. Kau kira baru lah kan?"

"Ya. Almost 3 bulan." Dia menjawab pertanyaan Ren.

"Tapi hebat sebab dah jadi orang kepercayaan Tuan Nathan. Aku admire." Puji lelaki itu lagi. Dia tidak pasti niat Ren, sama ada lelaki itu ikhlas atau sekadar menyindir. Maka itu, dia tidak respon penyataan lelaki itu.

"Jangan salah faham, aku ikhlas. Aku just nak berkawan dengan kau." Sekali lagi Ren senggol tubuh dia. Haih, lelaki ini lupa ke di mana mereka berada ketika ini. Tak sesuai rasa nya nak bergurau di tempat-tempat begini. Apa kata orang yang melihat nanti?

Tidak memberi reaksi pada kata-kata Ren, dia hanya kekal dengan posisi yang sama sambil menghadap ke depan. Tegak tubuh bila dia lihat semua mula beransur setelah Nathan mengatur langkah pertama meninggalkan tanah perkuburan yang masih merah itu bersama Nera yang masih tersedu-sedan di sebelah lelaki itu.

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now