Bab 25

50 10 2
                                    

POV Nathan

Nathan perhati dengan ekor mata wajah pucat Emeriz yang sedang tegak berdiri tidak jauh dari sisi nya. Sejak pagi bila Emeriz muncul, dia dapat rasakan bahang dari tubuh itu bila berada dekat dengan nya.

Bila di tanya, Emeriz kata tidak apa-apa. Bukan saja dia, malah si adik Nera pun sibuk risaukan keadaan Emeriz di meja makan.

Apa yang dia perasan, sejak beberapa tahun Emeriz bekerja untuk nya, dia tidak pernah lihat Emeriz makan atau minum di hadapannya. Sarapan yang disediakan pun Emeriz tidak pernah jamah.

Dia hanya pernah lihat Emeriz beli air kopi di dalam botol di kedai serbaneka saja. Bila dia keluar minum dengan Raz, bila Raz pelawa semua pengawal nya untuk minum sekali pun Emeriz akan tolak.

Dia masih tidak mengerti apa sebabnya. Tidak pula dia bertanya. Dia sekadar lihat dan perhati. Yakin, lambat laun akan ketahuan juga. Dan dia tidak akan siasat sendiri. Hal itu, dia mahu Emeriz sendiri ceritakan kepadanya satu hari nanti.

Dan tengahari ini, dia sedang berada di café Hotel de Palma, menantikan kehadiran sosok tubuh yang telah dia hubungi beberapa hari lepas.

Setelah kegagalan menemui sebarang petunjuk tentang Ghost, dia semakin buntu sendiri. Menurut siasatan Agus, pekerja mereka yang tidak bekerja sewaktu hari pembunuhan Venom semuanya disahkan alibi dan keberadaan masing-masing.

Namun ada satu perkara yang menjadi tanda tanya. Kata Agus, cctv menangkap Darius keluar dari Villa Kasturi jam 11 malam dan balik semula pada jam 7 pagi. Melalui pintu belakang. Dia belum berpeluang bertanya sendiri pada Darius dan pada nya, gerak-geri lelaki itu agak mencurigakan.

Mungkin kah Darius adalah Ghost yang mereka cari?

Dia tidak pasti. Rasa nya buat masa ini, dia perlu memikirkan kemungkinan yang semua orang adalah Ghost selagi belum terbukti mereka bukan Ghost.

Dan, selepas syak wasangka Kyle terhadap Viara, atas permintaan dan rancangan lelaki itu, dia telefon Viara secara peribadi dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan wanita itu. Viara bersetuju untuk datang menemui nya di sini hari ini.

Dia bangkit dari duduk dan betul kan kot hitam yang tersarung di tubuh bila melihat Viara melangkah penuh yakin bersama beberapa orang lelaki yang menjadi pengiring wanita itu.

Berdetak bunyi heels Viara setiap kali wanita itu melangkah. Membuat banyak mata-mata yang memandang dengan mulut dan mata masing-masing yang terbuka luas.

Dia akui, Viara memang cantik. Lebih cantik dari apa yang ada di dalam gambar. Seksi dengan kemeja putih tipis dan skirt pendek wanita itu. Siap dengan sunglass hitam lagi.

Tetapi belum cukup untuk menghantar debar ke dalam dada nya. Bukan itu yang dia cari. Sebaliknya, dia jeling pada tubuh di sisi sesaat sebelum kembali memandang Viara.

"Lady Viara." Dia hulurkan tangan dan wanita itu senyum tipis dan sambut hormat. Genggaman Viara kuat. Bagai menyampaikan amaran. Dia tahu, Viara bukan calang-calang perempuan.

"Tengku Nathan." Sapaan nya di balas sebelum dia pelawa Viara untuk duduk di sofa bertentang dengan nya.

Tidak jauh dari belakang Viara, dia lihat wajah Kyle sedang duduk seakan cuba menyembunyikan diri walaupun dia yakin ketahuan. Dia jungkit kening bersama senyuman.

"Tak sangka you gunakan khidmat polis sebagai pengiring." Sengaja dia menegur sambil capai kopi pekat di depan mata. Teguk sekilas.

Via senyum. "He's FBI. And kinda like obsess with me for these past few years. Just ignore him." Ujar Viara sambil tanggal cermin mata hitam dan letak di atas meja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 18 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now