Bab 10

49 9 0
                                    

POV Nathan

Dia duduk bersandar di tempat duduk belakang. Pejam kan mata dan adakala urut pelipis. Kepala yang sedia pening bertambah pusing.

Baru mendarat dari Itali tadi setelah sebulan lebih di sana, mewakili papa nya menguruskan mesyuarat dan hal penting. Tengku Noah bakal bersara beberapa bulan lagi, jadi perlahan-lahan dia sudah mula mengambil alih tugasan penting lelaki itu sejak setahun yang lalu.

Sepatutnya, dia pulang ke sini minggu hadapan. Tetapi memandangkan segalanya selesai cepat, dia tidak mahu berlama-lama. Rimas bila capo-capo di sana tak habis-habis hendak menjodohkan anak dara masing-masing dengan diri nya.

Tolong lah!

Usia dia baru nak menginjak ke 24 tahun. Masih terlalu awal untuk dia menamatkan zaman bujang sedangkan waktu ini, yang paling penting adalah urusan pengambil alihan TSA.

Dia juga faham, mereka semua memang mencari-cari peluang untuk menjadikan dia sebagai menantu. Iyalah, kumpulan dia adalah salah satu kumpulan yang berpengaruh, jadi kalau bergabung dengan mereka, sudah pasti akan menjadi kumpulan digeruni.

Dia tidak suka.

Tidak selesa orang-orang tua itu semuanya mementingkan kuasa semata-mata. Dia percaya, kalau ada yang lebih sikit daripada yang lain nanti, pasti akan berlaku perang dunia.

Ini pun dia sudah dengar bau-bau ada yang tidak puas hati dengan kepimpinan kumpulan masing-masing. Dia tidak mahu campur selagi mana tidak melibatkan TSA. Lagipun, papa nya lebih suka mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Itu juga lah yang akan dia lakukan.

Darius juga tidak menggalakkan mereka mencipta pertelingkahan. Biarkan saja. Andai keadaan memaksa, baru lah mereka akan buat keputusan sama ada untuk campur tangan atau pun tidak.

Dia perlu ambil kira kata-kata lelaki itu. Nanti jikalau Tengku Noah sudah bersara dan dia menjadi underboss, Darius masih akan kekal sebagai consigliere nya.

Tetapi sekarang ini, bukan perkara itu yang menjadi punca kepala dia pusing. Ada perkara lain yang lebih mengganggu-gugat ketenangan.

Sejak setahun yang lepas, dia sering menerima anonymous tip tentang sebuah organisasi yang di gelar sebagai The Red Circle.

Bermula dengan sekeping gambar beberapa orang kanak-kanak yang terperangkap di dalam kontena. Dengan mata dan mulut mereka terikat. Masing-masing dengan wajah ketakutan, kurus kering dan terdapat kesan lebam pada tubuh masing-masing.

Pada mula nya, dia sangka kan itu hanya lah sekadar gambar biasa. Mungkin tersalah hantar.

Tetapi dua minggu kemudian dia sekali lagi menerima sampul berisi beberapa keping gambar. Isi nya lebih kurang sama. Hanya saja cap masa yang berbeza. Bererti kejadian seperti itu tidak berlaku hanya sekali tetapi berkali-kali. Tambah lagi bila rupa kanak-kanak di dalam gambar-gambar itu semuanya berlainan sama sekali.

Dia jadi hairan sendiri.

Mengapa gambar ini di hantar kepada nya? Apa tujuan penghantar tersebut? Dan siapa kanak-kanak di dalam semua gambar itu? Mengapa mereka dalam keadaan begitu?

Persoalan demi persoalan itu membuatkan dia secara senyap-senyap menyuruh Agus menyiasat tentang semuanya tanpa pengetahuan Tengku Noah. Dia yakin, tentu ada sebab mengapa gambar-gambar ini di hantar kepada nya tetapi bukan kepada papa nya. Pasti ada tujuan dan penjelasan di sebaliknya.

Berbulan-bulan dia ambil masa untuk kumpulkan segala maklumat.

Sehingga lah muncul nya nama The Red Circle pada suatu hari. Dan masih banyak yang tidak dia ketahui tentang organisasi itu.

Apa yang dia tahu, The Red Circle merupakan satu organisasi pemerdagangan manusia. Lebih tepat lagi kanak-kanak. Mereka menculik kanak-kanak sekitar usia 7 hingga 12 tahun dan seludup mereka ke beberapa buah negara untuk dijadikan hamba dan pelayan seks bagi golongan pedofilia.

Itu yang buat dia dan Agus baran. Sejahat-jahat dia, seteruk-teruk perniagaan dia, dia tidak pernah gunakan kekerasan terhadap orang yang tidak bersalah. Apatah lagi terhadap kanak-kanak.

Dan apa yang dilakukan oleh The Red Circle begitu melampaui batas. Agus juga bersetuju dengan pendapatnya.

Kerana itu, mereka buat keputusan untuk siasat lebih terperinci dan mendalam tentang The Red Circle.

Bagaimanapun, begitu sulit untuk dia kumpulkan maklumat. Terutama tentang ahli-ahli tertinggi di dalam organisasi itu. Setiap siasatan mereka menemui jalan buntu. The Red Circle begitu bijak menutup segala kegiatan mereka.

Hanya saja dia masih tertanya-tanya. Bagaimana gambar sebegini boleh ditangkap dan di hantar kepadanya. Lebih-lebih lagi, siapa yang bertanggungjawab mendapatkan gambar tersebut?

Semua nya masih lagi rahsia.

"Masih tak dapat maklumat lagi ke Agus?" soal nya dan dia tahu lelaki itu mengerti akan maksud pertanyaan nya. Dia tidak mahu membincangkan lebih-lebih ketika mereka berada dalam kenderaan ini kerana masih ada pemandu di depan.

"Belum. Aku tengah cuba korek lagi." Balas lelaki itu. Dia tahu, Agus juga kesal bila mereka gagal dapat maklumat dengan cepat. Kerana kebiasaannya, hal-hal sebegini, tak sampai sebulan Agus dapat selesaikan.

"Good. Ada apa-apa benda baru yang aku patut tahu ke?" soalnya lagi.

"Ada few staff yang baru start kerja dekat Villa Kasturi as guards. Fail-fail mereka ada aku letak situ." Beritahu Agus lagi sambil menuding ke arah tempat duduk sebelah nya yang bertimbun fail coklat.

Picit pangkal hidung bila melihat timbunan itu.

Ah, kepala dia tengah serabut sekarang ni. Nanti lah dia semak. Biarkan saja di sebelah tidak berusik.

Dan saat kereta berhenti di halaman pun, dia hanya membiarkan fail-fail tersebut tanpa ada niat untuk mengambil nya.

Nanti pandai-pandai lah Agus letak di atas meja kerjanya.

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now