Bab 9

72 8 2
                                    

POV Luna

9 bulan kemudian...

Dia selit glock di belakang pinggang. Betulkan t-shirt dan jaket kulit yang membalut tubuh. Sarung kasut boot dan ikat kemas.

Melangkah keluar dari bilik itu, dia biarkan lampu terbuka. Supaya bila dia balik malam nanti, dia tidak berada dalam kegelapan. Malah, sejak dulu pun dia tidak pernah tidur tutup lampu. Lagi terang, lagi dia selesa.

Kerana dia benci akan kegelapan.

Keadaan itu membawa dia kembali ke kejadian hitam yang pernah berlaku dulu. Dan itu adalah perkara yang dia sangat-sangat mahu elak.

Keluar dari bilik, kunci pintu dan rapatkan. Pandang ke sebelah-sebelah, masih lagi sunyi sepi. Sama ada memang tak ada penghuni, atau penghuni nya sedang gasak tidur.

Dia melangkah ke bangunan utama dan terus menuju ke dewan makan. Sekali dia tolak pintu, meriah sungguh bunyi suara orang berbual dan dentingan sudu garfu berlaga dengan pinggan.

"Hai, Riz! Morning." Luna angguk mendengar sapaan itu. Kena lah hormat sebab yang menyapa dia itu anak kepada pemilik rumah agam ini. Dan pemilik compound yang dia duduk sekarang. Anak pemilik Villa Kasturi.

Tengku Nera Dahlia D'Russo.

Sudah sebulan dia di sini, dan sejak hari pertama dia mula bekerja sebagai pengawal di The Scarlet Alliance, Nera lah orang pertama yang menegur nya. Alasan Nera, kerana wajah dia kurang menggerunkan. Yang lain-lain semua nampak ganas, sedangkan wajah dia kelihatan jambu.

Iyalah... dia kan perempuan...

Dia ke sini kerana ada beberapa tujuan.

Untuk mencari perkaitan antara TSA dengan The Red Circle. Dia mahu tahu apakah underboss TSA terlibat secara langsung dengan The Red Circle.

Dan dia juga ingin mencari tahu tentang siapa Lucifer di antara ratusan ahli di sini. Bukan kerja yang mudah, tetapi dia akan pastikan tujuan nya tercapai.

'Pelan-pelan kayuh.'

Dan sepanjang dia berada di sini, dia tidak jumpa lagi dengan lelaki muda itu. Anak sulung Tengku Noah. Abang kepada Nera. Bakal pewaris TSA menggantikan tempat Tengku Noah andai lelaki itu bersara nanti.

Apa yang dia tahu, lelaki itu ketika ini sedang berada di Itali, menyelesaikan urusan di sana sejak sebulan yang lalu.

Dan kerana maklumat itu lah, dia terus menuju ke sini sebaik saja dia tahu lelaki itu sudah berangkat. Kerana dari apa yang dia siasat, Nathan sangat teliti dan sangat cerewet tentang pemilihan pekerja berbanding Tengku Noah. Andai lelaki itu ada, pasti sulit untuk dia menyusup masuk ke TSA. Apatah lagi berada dalam rumah agam dan kawasan sekitar ini.

Kesempatan atas ketiadaan lelaki itu, diguna sebaik nya. Dan tekad nya, dia akan cuba mengelak semampu yang boleh andai lelaki itu pulang nanti. Tidak silap dia, mungkin dua minggu akan datang.

Lagipun, kerja dia di sini bukan susah. Sekadar berkawal di sekitar kawasan. Pengalaman berada di Golden Triangle dia guna sebaik-baiknya. Ada faedah nya dia menyertai Via dalam sesi pertahanan diri. Muay Thai, Judo, Silat dan juga latihan menembak.

Kerana itu juga dia lulus dengan mudah untuk masuk ke sini.

Dan orang kedua yang perlu dia elak adalah Agus. Pembantu paling rapat dengan Nathan. Lelaki itu sentiasa akan berada di sisi Nathan setiap saat dan setiap masa. Dan bila keduanya bergabung, sangat bahaya. Silap-silap, sekelip mata identiti nya boleh terbongkar jikalau kedua manusia itu curiga.

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now