Bab 16

68 11 2
                                    

*TRIGGER WARNING*


POV Nathan

"Eh, encik tak boleh masuk ke sini!" suara lelaki yang lengkap dengan PPE menghalang tubuh nya untuk maju ke depan.

Agus dan Emeriz masing-masing sudah bertindak berdiri di depan nya. Menghalang tangan pegawai itu dari menyentuh tubuh nya.

"Aku cakap sekali je, ke tepi." Agus bersuara tegas bersama riak wajah yang menggerunkan sesiapa yang melihatnya. Dia lihat Emeriz juga sudah mula selak sut yang membalut tubuh, menayang glock yang terselit di belakang pinggang. Dan-dan dia lihat pegawai lelaki tersebut telan liur.

"Ta...ta..pi..."

'Bang!'

Satu tembakan terlepas ke udara. Semua yang berada di situ masing-masing berhenti dari kerja masing-masing. Dia nak ketawa tapi dia simpan senyum bila tengok wajah kesemuanya pucat semacam. Tak faham dia kenapa ada anggota polis yang perlu takut dengan tindakan Agus.

Boleh saja mereka semua melawan kerana masing-masing ada kuasa. Atau pun mereka semua takut melihat wajah ganas dan berparut milik orang kanan nya itu?

Entah. Dia tidak peduli.

"Aku nak tengok kawasan ni lima minit saja. Lepas tu kau orang boleh sambung kerja." Ujar dia setelah masing-masing diam membisu. Macam patung cendana masing-masing tak bergerak langsung.

Dan dia melangkah masuk selamba.

Melihat ke arah sekelilling bangunan itu. Usang, kotor dan berbau. Pandang ke arah lantai dan dinding yang berhabuk dan berdebu.

Seterusnya dia maju dan pergi tempat mayat sedang di baringkan. Memang ngeri seperti apa yang Agus pernah ceritakan.

Bahagian mata lopong dan masih berdarah. Biji mata nya dia tidak tahu ke mana. Mungkin sudah di ambil oleh pihak yang menyiasat.

Wajah itu hancur dan koyak teruk. Dia syak di pukul dan di tumbuk oleh alat yang tajam. Mungkin brass knuckle?

Tubuh telanjang dan tidak berbalut sehelai pun benang. Penuh kesan calar dan torehan di sekitar badan lelaki itu. Belakang dia tak pasti pula sebab mayat lelaki itu dibaring terlentang.

Dan yang mengilukan, alat sulit nya telah di kerat. Melihat mulut mayat yang berjahit, dia rasa mungkin sisa keratan itu berada dalam mulut si mati. Seperti yang pernah Agus khabarkan kepada nya sebelum ini.

Killing statement Ghost.

Dia tertanya-tanya bagaimana Ghost tahu begitu banyak benda. Dan mengapa semuanya terjadi begitu kebetulan?

Saat dia berjaya jejaki Cobra dan berhasrat untuk menangkap lelaki itu, terlebih dahulu Ghost jalankan kerja. Seperti lelaki itu tahu setiap perancangan nya. Sentiasa satu langkah di depan nya.

Dia pandang Emeriz di sebelah. Dia sangka Emeriz akan tayang wajah ngeri kerana ini boleh dikatakan pengalaman pertama Emeriz. Sebelum ini dia tahu Emeriz hanya bertugas menjaga perimeter Villa Kasturi sahaja.

Tetapi dia lihat Emeriz hanya tenang. Tidak pamer sebarang reaksi. Namun dia masih nampak genggaman tangan yang Emeriz cuba sorokkan di belakang tubuh.

Hampiri Emeriz dia tepuk bahu sekilas. Bagaikan memujuk dan menyalurkan kekuatan. Terangkat bahu Emeriz dan cepat-cepat Emeriz toleh kepadanya. Ambil satu langkah ke belakang. Buat dia hairan sendiri.

Nathan - Kali Pertama [OG]Where stories live. Discover now