Sistur kasi bertubi-tubi ok kali ni. Silalah baca. Semoga korang terhibur. Vote la ye sekali dua lurve. ❤❤❤
Hari ni hari pertama percubaan SPM. Aku sebenarnya agak gementar. Aku sudah call mak untuk minta mereka doakan aku supaya aku dapat menjawab dengan hati yang tenang. Semoga saja aku sedia nanti. Semoga saja aku dapat harungi minggu ni dengan hati yang kuat. Segala masa yang aku guna untuk mengulangkaji akan aku guna saat ini walaupun ianya hanya ujian percubaan sahaja.
Pagi ni aku berjalan dengan Azim ke dewan utama dimana tempat perperiksaan berlangsung. "Da sedia ke Wan?"tanya Azim. "Aku pasrah je Azim. Aku da study apa yg patut da. Kau pun nampak kan...hehe"kataku. "Aku tau...aku doakan kan kau berjaya ok"kata Azim. "Kau patut doakan kita sama-sama berjaya Ajim bukan aku sorang je"balasku sambil tersenyum melihat dia. "Hehe...ye la....aku doa kan semoga kita dapat jawab sebaik mungkin ye sayang"katanya tersenyum juga melihat aku. Kami melangkah ke dalam dewan dan mengambil tempat duduk masing-masing. Guru bertugas akan memulakan perperiksaan sebentar lagi dan para pelajar di minta untuk bertenang. Semoga semuanya berjalan lancar. Hari2 mencabar menghadapi percubaan SPM bermula.
*hari terakhir perperiksaan percubaan SPM
"Alhamdulillah...abis jugak exam ni...tenang sikit hidup"kata Mad. "A ah Mad...ringan sikit kepala otak ni"kataku yang berjalan bersama Mad. Yen dan Dhail berdua berjalan di belakang bersama Emy. Bukan aku tidak mahu menegur mereka tp fikirkan apa yang telah berlaku baik aku diamkan diri saja. Sampai saja di kediaman, aku ternampak Shahrul di pagar aspura. "Ok la Mad aku naik dlu ye"kataku. "Sayangggggg...rindu nye baby kat sayang...penat tau baby jawab exam td"kata Emy. "Ye ke baby...kesian nye baby sayang ni...nanti sayang urutkan ye"kata Shahrul. Mendengarkan mereka saja cukup buat aku menyampah tp tipu aku cakap yg aku tak rindukan kemesraan kami dahulu. Hati ini masih mengharap ke? Hati ini masih menagih ke? No! Aku masih ingat lagi saat kata2 yang keluar dari mulut dia...tidak akan aku berpaling kembali. Tuhan...kuatkanlah hati aku. Tabahkanlah perasaan aku.
Baru sahaja aku meletakkan beg aku dia atas katil, Azim pun melangkah masuk ke dalam bilik. "Macam mana?ok tak?"tanya azim. "Alhamdulillah...innshallah ok la kot...da sehabis baik aku buat Ajim...kau ok ke jawab?"tanyaku pula. "Boleh2 la...hehe"katanya sambil menghempaskan badannya ke atas katil. Aku turut baring di atas katil aku juga melegakan diri setelah berjuang di dewan perperiksaan. "Ajimm...aku ingat nak g kedai kak Pia petang nanti...kau nak ikut tak?"kataku. "Hmmm...kau pergi sendiri bole? Aku nak tido la"jawab Azim. "Boleh je...nanti aku belikan kau apa2 ok"kataku. "Ok...thank you sayang"balas azim. Aku da jadi biasa bila Azim memanggil aku dengan panggilan 'sayang'. Aku tahu itu hanya panggilan mesra saja. Betuah siapa yang dapat Azim ni. Pakej lengkap. Harap hubungan aku dengan azim ni kekal sampai bila-bila.
"Assalamualaikum..."kataku setelah sampai ke kedai kak Pia. "Waalaikumsalam..haaa macam mana exam?"tanya kak pia. "Boleh la kak...Wan da buat habis baik da"balasku. "Ye la kan...kita serah je la"kata kak Pia. "Wan...tolong akk hari ni bole? Akk tak cukup tangan la"pinta kak Pia. "Bole je kakak ku...hehe"balasku. Aku da biasa tolong kedai kek kak pia ni. Suka pulak aku jumpa menghadap orang2 ni tambah2 budak-budak yang semestinya suka benda manis-manis ni macam aku. "Selamat datang!"kataku. "Dik...akk datang nak ambil tempahan kek akk"kata pelanggan. "Owh...kejap ye akk...nama akk apa ye?"tanyaku. "Nama akk Zana"balasnya. Aku ke peti ais untuk mengambil tempahan akk Zana ni. "Ok akk...ni kek tempahan akk...red velvet cream cheese 1 kg...semua sekali rm55"kataku sambil menunjukkan kek kepadanya. "Whaaaa...cantik nya...nahhh rm60 baki simpan ye"katanya. "Terima kasih kak...smoga d murahkan rezeki akk ye"kataku sambil tersenyum kepadanya melihat dia berlalu pergi. Setelah itu ramai juga yang datang melihat dan membeli jualan kedai kak Pia ni. "Selamat da...tang"kataku terhenti. "Urghhhh...apa dia ni buat kat sini"kata Emy. Emy mengepit lengan Shahrul sambil mengheret dia ke sekeliling kedai. Macam-macam diambilnya dan akhirnya mereka ke kaunter untuk membayar. "Kira laaa...yang tengok-tengok ni da kenapa"kata Shahrul. "Ape benda la kedai ni amek pekerja yg jijik mcm ni"tambah Emy. "Semua sekali rm45"kataku. Shahrul mengambil duit da melemparkan duit di atas kaunter lalu pergi keluar dari kedai kak Pia. Emy hanya memandang sinis kepada aku.
YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
DiversosJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.