SAYANG S2 : JANJI CHAPTER 43

110 7 1
                                        


NAHHHH...SATU LG CHAPTER BARU UNTUK KORANG BUAT MENGISI RINDU PADA IOLLS. CHEWAHHHHH...ACTUALLY IOLLS TGH SAMBUNG NEW STORY TAPI IDEA TU KURANG SIKIT LA SKANG NI. TERPAKSA LA SLOW2 BUAT STORY NYE. HARAP STORY TU NANTI KORANG DAPAT TERIMA LA YE. LURVEEE UOLLS 😘








   Hari ini keputusan percubaan SPM keluar. Semalam aku sudah menghubungi keluarga aku memberitahu tentang keputusan yang akan keluar hari ini. Mereka semua mendoakan aku dan memberitahu agar tidak perlu risau sangat akan apa2 keputusan yang keluar. Aku cukup bertuah kerena memiliki keluarga yang begitu supportive yang setiasa ada dibelakang aku. Ini lagi membuatkan untuk aku membanggakan mereka kerana aku tidak mahu menghampakan segala harapan yang mereka berikan kepada aku. Keluarga aku adalah segalanya buat aku.

   Hari ini seluruh pelajar tingkatan 5 diberikan kelonggaran pulang awal untuk melihat kepuutusan kami semua di dewan utama. Aku siap2 mengemas segala buku aku untuk segera ke dewan. Aku nampak Iman ada diluar kelas aku dan aku menuju ke arah dia. "Man...cari Mad ke?"tanya aku. "Tak la kecik...aku tunggu kau la...jom la g dewan"kata Iman dan aku hanya tersenyum kepadanya. "Man...jom singgah kantin jap...dahaga la"pintaku dan Iman turuti saja. "Lama kita tak jalan sama2 macam ni kan"kata Iman. "Hehe...a ah la...rindu pulak kat korang"balasku. "Kau ok ke Wan?"tanyanya. "Aku ok je...knpe Man?"balasku. "Saja tanya...Shahrul hari2 datang bilik lepak dengan emy...aku pulak naik menyampah tengok"kata Iman. "Owh...bia la...bukan masalah aku da sekarang...ntah la apa yang Emy kata kat dia pasal aku sampai dia kata aku ni jual badan satu sekolah tahun lepas...aku malas nak bertekak...kalau itu yang dia nak percaya"kataku.

   "Habis tu tak kan kau tak terangkan apa2 kat Shahrul tu? Kau nak bia je?"tanyanya. "Man...aku da cuba dah Man tapi dia tetap nak percaya pada Emy juga...apa lagi aku nak buat...dah la Man aku malas la nak sembang pasal dorang...kalau kau kawan aku tolong la jangan sebut nama dorang depan aku ni lagi"kataku kepada Iman dan Iman hanya membalas dengan mulut yang tertutup.

   Kami berdua sampai ke dewan setelah singgah sebentar di kantin. Aku melihat ramai juga guru2 yang ada disini. Mungkin juga untuk memantau keputusan anak2 murid mereka. "Man...aku g tgk keputusan aku dulu ye...nanti kita jumpa balik"kataku kepada Iman dan aku melangkah ke arah rakan2 kelasku berkumpul dan begitu juga Iman. Sesampai aku disitu,rakan2 yang lain mengucapkan tahniah kepada aku dan aku hanya tersenyum pelik kepada mereka. Segera aku melihat keputusan aku. 5A,3A- dan 2B. Nope...keputusan itu bagi aku tidak cukup bagus untuk aku walaupun ianya keputusan paling baik dalam kelas aku. Aku harus memberikan lebih untuk subjek kimia dan matematik tambahan dimana kedua-duanya adalah B. Aku sedikit hampa dengan keputusan tersebut. Aku sempat juga melihat keputusan Emy dan ternyata keputusannya adalah lebih teruk dari aku. "Wan...tahniah la dpt result gempak siak"kata mad. "Kau pun apa kurangnya Mad...innshallah kita bole study sama2 lagi untuk perbaiki lagi keputusan kita"kataku dan Mad bersetuju.

   "Macam mana result?"kata suara dibelakang aku. Aku memandang ke arah suara berkenaan. "Ehhh...assalamualaikum cikgu"kataku dan semua yang disitu. "Ok2 je cikgu". "Boleh la cikgu". Alhamdulillah lulus semua cikgu". Kata rakan2 kelas aku semua. "Tak kan kamu semua puas hati sampai situ je kot...study lagi lepas ni untuk jawab yang real punya...ini je peluang kamu ada...faham"kata cikgu Aidil. "Faham cikgu!'kata mereka beramai-ramai. Aku hanya mampu senyum saja. "Kamu pulak macam mana Hazwan?"tanyanya. "Innshallah saya boleh buat lagi baik cikgu"balasku sambil tersenyum dan cikgu Aidil berlalu pergi setelah mendengar kata2 dari aku.

   "Weiiii...hensem nye cikgu ni". "Cair kita rasa wakkkk". "Dah kahwin ke cikgu aidil ni ye?". "Imamkuuu". Kedengaran kata2 gatal dari rakas kelas aku memuji cikgu Aidil dan aku hanya ketawa mendengarkan mereka.

   Malamnya setelah selesai solat aku pulang ke bilik. Azim pula aku lihat sedang gigih menyiapkan kerja rumah yang diberi. Aku pula hanya bersenang lenang merebahkan diri aku di atas katil aku. Lagi 2 bulan saja peperiksaan yang sebenar akan dijalankkan. Aku harus bersedia dari sekarang. Aku harus gunakan setiap masa yang ada untuk aku persiapkan segalanya. Pelajar tingkatan 5 sekarang ni tidak perlu lagi melibatkan diri dengan kokurikulum dan aku telahpun memilih penganti untuk kelab aku. Aku kini tidak ada apa2 kaitan lagi dengan kelab itu tetapi sekali sekala mereka ada juga berjumpa aku untuk meminta tunjuk ajar serba sedikit. Semoga semuanya berjalan lancar bagi pihak mereka.

   "Alamakkk...lupa pulak Mad nak pinjam buku nota aku"kataku tiba2 sambil Azim memandang ke arah aku. Aku segera ke lokar dan mengambil nota yang hendak diberikan kepada Mad. "Ajim...aku naik atas jap ye"kataku kepadanya lalu melangkah keluar. Aku terasa nak membuang air kecil jadi terpaksalah aku singgah ke tandas sebentar. Masuk saja aku ke dalam tandas, aku melihat Emy sedang berpelukan dan bercumbu dengan seseorang. Fikiran aku mengatakan yang mereka akan cepat2  pergi tapi tidak. Nampak saja aku, emy semakin ligat dengan perangai dia."Emmm...syg....sedapppp...emmuahhh...muahhhh..muachhh"kata Emy. Aku cepat2 selesaikan urusan aku dan aku segera keluar dari situ. Aku melangkah naik ke tangga untuk menuju ke bilik Mad. Sampai saja di atas aku terserempak dengan Shahrul. Dia berdiri betul2 dihadapan aku. Melihat aku dia segera memberi aku laluan dan aku cepat2 berjalan masuk ke bilik Mad.

   "Assalamualaikum.."kataku setelah masuk ke dalam bilik. Iman nampak aku dan segera mendapatkan aku. "Kenapa wan?"katanya. "Ni haaa...nak bagi Mad nota2 yang dia nak pinjam"kataku. Mad segera datang kepada aku sambil diperhatikkan Yen dan Dhail. "Alhamdulillah...ingatkan lupa...aku baru nak datang bilik kau nak pinjam nota2 ni"kata Mad. "Mula2 lupa jugak tp aku da janji kan tu yg aku datang ni...ni haa nota yang kau nak pinjam tu"kataku kepada Mad. "Terima kasih...nanti bagi la tau bila kau nak ulangkaji ye...aku nak join sekali"kata Mad. "Boleh2...apa2 aku bagi tau kau"kataku. "Terbaik...Dhail ngan Yen nk join tak?"tanya mad kepada mereka tetapi tidak dihiraukan mereka. Aku hanya tersenyum saja seperti sudah dapat mengagak jawapan dari mereka. "Ok la Mad aku balik bilik dulu"kataku melangkah keluar dari bilik.

   "Yang kau nak baik sangat dengan dia kenapa Mad? Bukan kau tak tahu dia yang report aku dengan Dhail dekat warden...kau sendiri dengar Emy bagi tau apa kan"kata Yen dengan nada sedikit marah. Langkah aku terhenti diluar pintu bilik mereka ketika mendengar kata2 dari Yen. "Sebab dia la kami kena rotan dengan warden...aku sampai hari ni bdendam dengan dia...menyesal aku baik dengan dia dulu"tambah Dhail. Tersentak aku mendengar kata2 mereka. Kecewa teramat sangat bila kawan yang dahulu ketawa bersama kini tidak lagi akibat salah faham. "Kau pasti ke Wan yang report pada warden? Kau percaya dekat Emy tu? Kau ada dengar penjelasan Wan tak? Semudah tu je korang membenci dia...korang tak selidik betul2 pun terus buat keputusan untuk pulaukan  dia"kata Iman tiba2. "Aku percaya dekat Wan...dia tak akan tikam kawan dia dari belakang...lagi pun da memang korang yang salah...malas aku nak masuk campur"tambah Mad pula. Dhail dan yen hanya terdiam bisu tidak membalas kata2 Iman dan Mad. Aku sedikit terasa mendengar kata2 mereka berdua. Jahat sangat ke aku ni sampai mereka menyesal berkawan dengan aku. Menghela nafas panjang aku dan cuba untuk tidak menghiraukan sangat kata2 tersebut.

    Aku berpaling ke belakang untuk pulang ke bilik dan betapa terkejutnya aku apabila melihat Azim dibelakang aku. "Ehhh...Ajim buat apa sini?"tanya ku tapi Azim hanya memandang aku tajam. "Sampai bila kau nak diam je? Sampai bila kau nak bagi tahu pekara sebenarnya dekat dorang? Sanggup ye kau kena maki hari2 dengan mereka walaupun kau tak buat salah apa"kata Azim. "Ajimm...jom balik bilik dulu...kita bincang sana"terangku. "Tak payah...kalau kau tak nak cakap bia aku je cakap"kata Azim sambil menolak aku ke tepi dari pintu bilik Mad.

   "Ajimm....!"
  

  

Sayang S2: JANJIWhere stories live. Discover now