HAI KORANG...MAAF LA LAMA TAK UP STORY. SAYA IS BUSY SIKIT. MAAF SANGAT-SANGAT BUAT PEMBACA SETIA SAYA. BTW SEKARANG NI TENGAH HANGAT ISU PALESTIN DAN BOIKOT. SEMOGA KORANG SEDIA UPDATE DENGAN BERITA-BERITA SAUDARA KITA DISANA. DOAKAN SEKALI KORANG BUAT MEREKA. FREE...FREE PALESTINE!
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Hari pertama bulan Ramadhan pun tiba. Sepanjang bulan ini aktiviti riadah petang tidak diwajibkan jd para pelajar boleh kekal di bilik masing2 buat aktiviti sendiri. Sepanjang bulan ini juga para pelajar akan membuat sedikit bacaan ayat2 suci selepas solat magrib sementara menunggu solat isyak dan kemudian mereka akan ke dewan belajar masing2.
Setelah selesai solat Isyak td aku ke dewan belajar tingkatan 5. Yen dan Dhail masih tidak bercakap dengan aku sejak dr hari mereka ditangkap merokok didlm tandas hari tu. Aku dengar yg mereka hanya diberikan amaran dr warden dan semestinya mereka dirotan juga hari tu. Aku sedikit terasa dgn tindakan mereka yg semakin memulaukan aku padahal kami cukup rapat dahulu. Adakah ni salah satu plan Emy untuk memecah-belahkan kami? Kalau ya maka dia berjaya lah nampaknya. Aku duduk bersama Iman dan Mad. Kami mengulangkaji bersama seperti biasa. Alhamdulillah sepanjang tempoh pembelajaran dari awal tahun sehingga kini, apa yg aku belajar memang semuanya masuk elok dlm kepala otak aku ni. Aku akan membantu kawan2 aku yg perlukan bantuan dlm pembelajaran sbb bagi aku jika kita kongsi ilmu kita ianya akan membuatkan kita lebih faham dan pahala pun dpt kan.
"Korang...aku nak kena ronda dewan tingkatan 4 jap tau...turn aku pulak kali ni...aku tak g lama ok"kataku kpd Iman dan Mad. "Haaa...cepat sikit"kata Mad melihat aku melangkah pergi. Aku melangkah perlahan menuju ke dewan belajar tingkatan 4. Rondaan yg dilakukan adalah mengikut giliran dan rondaan ini bertujuan untuk memastikan tiada salah laku yg dilakukan semasa mereka berkumpul beramai untuk sesi belajar. Sambil2 itu boleh la aku tgk2 apa Shahrul tgh buat. Aku memantau dewan dr luar dan aku pastikan tiada siapa yg perasan akan kehadiran aku. Aku mencari kelibat Shahrul didlm dan aku jumpa dia. Tp aku sedikit terkejut apabila melihat Emy berada dimeja Shahrul dan kawan2 dia juga. Aku melihat mereka ketawa dan senyum masing2. Aku sedikit tersentak melihat kemesraan mereka tp aku tak mahu bertindak membuta tuli. Mungkin sj kehadiran Emy disitu hanyalah utk membantu junior2 disitu. Setelah aku pastikan semua berada dlm keadaan baik aku pun pulang ke dewan tingkatan 5. Aku sempat menoleh melihat Shahrul yg tersenyum ketawa berbual dgn Emy dan kemudian aku pun melangkah pergi."Wan...sahur nanti kejut aku tau"kata Iman tp aku tidak aku sahut. "Wan....ohhh Wan...Wannnn oiiiii!"jerut Iman. "Ehhh...nak apa Man?"tanya aku. "Ya rabbi...byk kali aku panggil td...ko ok tak ni?"tanya Iman. "Aku ok je la...hahaha"balasku. "Kejutkan sahur nanti...bole tak?"katanya. "Boleh je Man"kataku. "Adik kau mana Wan? Tak nampak plak dia dr ptg td"tanya Mad. "Ada kat bilik dia la kot"balasku sahaja. "Pelik pulak rasa...selalu ada je melekat ngan kau mcm belangkas aku tgk"tambah Mad tp aku hanya diam tidak membalas apa2. Aku pergi ke lokar aku dan mengemas beg utk hari esok lalu mengambil berus gigi menuju ke tandas.
Setelah selesai urusan di tandas aku pun keluar dari situ. Saat melangkah keluar dr tandas aku bertembung dengan Emy dan dibelakangnya Shahrul. "Hi wan"tegur Emy kpd aku sambil berlalu menuju bilik dan aku hanya membalasnya dgn senyuman shj. "Hai wak...buat apa je?"tanya Shahrul. "Hi...karaoke je dlm ni td"balasku. "Hahaha...buat lawak pulak dia ye"kata Shahrul. Aku sekilas senyum dan melangkah menuju ke bilik. "Da lewat ni...awk g balik bilik je la nanti lambat bangun sahur pulak"kataku. "Owh...jap nak hantar buku Emy"kata Shahrul dan langkahku terhenti. Aku memandang ke arah shahrul. "Sejak bila jd pembantu dia ni?"tanyaku. "Laaa...sy tolong je pun...salah ke?"katanya. Aku menarik nafas panjang dan menghela. "Tak...silalah"kataku. Aku melangkah masuk dan menuju ke arah lokar aku. Shahrul masuk ke dlm bilik dan menuju ke arah Emy. "Emy...ni buku Emy tertinggal td"kata Shahrul. "Owhh..terima kasih la awak...nasib baik awk perasan buku sy ni...sy pun lupa masa kita study sama td"kata Emy. "Terima kasih ajar td ye...sy balik dlu"kata Shahrul smbil melangkah keluar. Aku tetap berdiri di depan lokar aku smbil merapikan diri aku sebelum tidur. Setelah selesai aku menuju ke arah katil aku dan merebahkan badan aku.
"Wan...kau ok ke ni?"tegur Iman yg duduk di sebelah aku tiba2. "Dah kenapa pulak ni? Ada nampak aku tak ok ke?"balasku. "Takda apa la...tanya je"katanya. "Tidur la...kang nak sahur pulak kan"kataku. Iman memandang aku tajam. "Ye Iman...aku ok...dah g sana la...aku nak tido laaaa"kataku dan Iman hanya tersenyum. Amaran untuk menutup lampu diberikan dan Mad segera menutup lampu bilik kami. Aku yg di atas katil cuba untuk melelapkan mata tetapi seperti tidak berhasil. Apa yg berlaku sebenarnya ni? Mereka ada apa2 hubungan ke? Mcm mana mereka bole rapat?. Banyak persoalan yg bermain difikiran aku ketika itu. Persoalan yg tidak dpt dijawab oleh aku. Akhirnya aku memaksa diri aku untuk tidur. Tidak mampu lagi untuk aku fikirkan apa yg terjadi. Biarlah...abaikan sajalah semuanya...buat sakit hati je.
Panas terik hari ni menambahkan lagi dugaan bulan puasa kali ni. Sesi persekolahan hari ni berjalan seperti biasa. Aku seperti biasa ke sekolah dgn Shahrul yg setia menunggu ku cuma hari ni aku tidak bercakap sepatah pun dengannya sewaktu kami bersama-sama menuju ke sekolah. Dia juga hanya diam sambil berjalan seiring dgn aku dan kami berpisah membawa diri masing2 tanpa bercakap sewaktu smpai di dewan perhimpunan. Aku ke pusat sumber setelah selesai sesi persekolahan hari ni. Memandangkan tiada aktiviti ptg dilakukan sepanjang tempoh bulan puasa ini, aku mengambil peluang untuk mengulangkaji pelajaran di pusat sumber sekolah shj. Suasana sejuk disebabkan penghawa dingin membuatkan aku selesa dan bersemangat untuk belajar. Terdapat beberapa lagi pelajar yg aku kenal mengambil peluang yg sama seperti aku. Aku menghabiskan masa hampir 3 jam berada di pusat sumber bagi mengulangkaji pelajaran aku. Aku harus bersedia untuk menghadapi perperiksaan percubaan SPM yg akan diadakan tidak lama lagi. Bukan lagi tempoh main2 buat aku kerana aku tidak mahu menghampakan keluarga aku. Aku mengemas buku2 aku dan bersedia utk pulang naik ke kediaman.
Bukan main haus lagi tekak ni hari ni. Mungkin kerana cuaca panas terik dan ini adalah salah satu dugaan berpuasa yg harus aku lalui. Aku segera naik pulang dan sewaktu aku berjalan di hadapan dewan belajar tingkatan 4 aku ternampak Shahrul di dalam dewan tersebut. Aku hentikan langkah aku dan memikirkan sama ada mahu berjumpa dengan dia atau tak. Akhirnya aku membuat keputusan utk masuk dan berjumpa dengannya. Aku melangkah ke arah dewan.
"Jangan nak sibuk boleh tak! Ko pegi naik je la".
YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
AcakJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.