Haaaaa...ni ada lagi ni. Sila la baca ye. 🙈🙈🙈
Aku melihat Shahrul yang sedang bermain di gelanggang. Peluh membasahi tubuh kekar berkulit sawo matangnya itu. Kacak sungguh gayanya. Macam biasa la terdapat peminat-peminatnya juga disini. Mereka2 yg buat hal dengan aku tempoh hari juga ada menjerit-jerit namanya keriangan. Aku hanya duduk ditepi dewan bersebelahan gelanggang berselindung daripada matahari panas smbil menghirup air milo ais yg Shahrul belanja td. Sesekali Shahrul ada juga memandang ke arah aku melemparkan senyuman tetapi peminat-peminatnya pula yg over terjerit-jerit apabila melihat Shahrul tersenyum. Ehhhh...dia ni mmg pandang kat aku ke pandang kat dorang ni...aku pulak yg konpius.
Setelah selesai permainan Shahrul pon menuju ke arah aku dan duduk disebelah aku. Ditanggalkan bajunya untuk menyejukkan badan setelah berpeluh sewaktu bermain td. "Nak sikit air boleh?"katanya. Aku menyerahkan baki air milo aku td kepadanya. Memang niat aku untuk memberikan air milo aku ni kepadanya setelah melihat dia kehausan. Beberapa minit kemudian ada beberapa org pelajar lelaki duduk disebelahnya. "Whaaaa...hebatnya awk main bola keranjang...boleh ajar tak?"kata salah seorang mereka. Shahrul terus memandang aku yg sedang melihat kearahnya. "Mana ada hebat la...kalau nak main pegi la join dorang tu"balasnya. "Alaaaa...nak awk ajarkan...jom laaaaaa"katanya manja sambil menarik lengan Shahrul. "Ehh...apa ni...sy penat la...jgn kacau sy boleh tak"kata Shahrul yg menaikkan sedikit suaranya setelah menarik tangannya. "Wan...jom balik"katanya sambil menarik tangan aku meninggalkan mereka.
"Da boleh lepas kot tangan sy ni"kataku. "Ehhh...sorry2...haha"balas Shahrul smbil melepaskan tangan aku. Kuat jugak dia genggam tangan aku td. Kami berjalan seiring menuju ke kediaman. "Jom lepak pondok sana jom"ajaknya dan aku hanya menurut shj. Angin petang ini begitu menyamankan. Melihat keindahan ciptaan tuhan buat aku rasa bersyukur tp kadang2 aku malu denganNya. Semoga saja aku diberi kesempatan untuk bertaubat. "Wan...sy nak cakap sikit boleh tak?"tanya Shahrul yg tiba-tiba memecah kesunyian antara kami berdua. "Haaa...cakap la...sapa pulak larang"balasku sambil mataku memandangnya yg seperti tidak tenang. "Ermmm...mcm mana nak bg tau ye...malu la"katanya. Ehhhh budak ni...ngader2 la pulak...siap2 malu2 bagai...getus hati aku. Aku perhatikan saja gelagat dia. Pandang kiri dan kanan berulang kali. Tak la reti nak duduk diam.
"Sebenarnya..."katanya putus. "...sebenarnya..."sambungnya lagi. "..sebenarnya..."tambahnya lagi. "Awk ni la...pe benda nye ni sebenarnya2"kataku. "Haaaaa...mesti ada minat kat awek sorang ni kan...hahahaha...nak sy tolong ke...bole je...asal la tak cakap awal td...hahaha"kataku yg mengagak apa yg hendak disampaikan nya td.
Shahrul menarik nafas panjang. "Senyuman tu...senyuman tu buat sy jatuh hati. Senyuman tu buat sy terpikat. Sejak hari pertama sy sampai sini...awk tak lekang memberikan senyuman awk kepada sy"kata Shahrul smbil tersenyum. Angin bayu meniup rambutnya bergerak beralun. Kacaknya. Jantung aku berdenyut kencang. Mendengar ayat2 yang keluar dr mulutnya. "Sy rasa tenang bila bersama dgn awak. Sy rasa gembira bila awk ada dekat dengan sy"tambahnya lagi. Aku langsung mengalihkan pandangan aku ke arah lain. Kata2nya membuatkan muka aku merah. Muka aku panas tiba2. "Wan...sy rasa sy da jatuh hati pada awk la"kata Shahrul yg membuatkan aku tersentak.
Jantung aku bagaikan nak meletup bila mendengar kata2 yg dikeluarkan Shahrul td. Budak ni bia betul. Tak kan la dia ni bengkok mcm aku kot. Tak nampak mana pulak bengkok nya. Hari2 aku nampak dia dengan budak2 perempuan bergelak ketawa bersama. Tambah-tambah lagi kes kat kantin waktu aku lepak dengan dia smpai aku kena siram air milo bagai. Aku ni bermimpi ke atau aku salah dengar ni. Ataupun dia dlm proses nak kenal dunia kot. Masih tak tau apa dia nak buat dengan hidup dia. Keliru mungkin. Kesian dia kena hadap benda ni sorang. "Hehe...apa yg awk cakap ni Shahrul...awk ok ke?"tanyaku kepadanya. Dia senyum kembali. "Awk tak salah dengar...saya mmg da jatuh hati kat awk Wan"katanya.
Aku hanya terdiam apabila mendengar pengakuannya sebentar td. Ya aku mengaku aku banyak menghabiskan masa dengan dia. Ya aku mengaku yg kadang2 aku sedikit cemburu kalau ada perempuan lain mendekatinya. Ya aku mengaku aku senang dengannya. "Shahrul...awk main2 je kan?"tanyaku. "Tak...sy serious ni...sy nak habiskan masa sy dengan awk...terima sy pls"pintanya. Aku memandangnya lama. "Apa yg buat awk suka kat sy ni Shahrul?"tanyaku. "Masa hari pertama sy lambat tu awk senyum kat sy...perasaan sy masa tu...tenang. Lepastu tgk awk dengan budak2...sy rasa awk comel sgt...then awk dengan org yg lebih tua...cara awk hormat mereka,cara awk bercakap lembut dengan mereka,cara awk bergurau dengan mereka...buat sy kagum dengan awk. Sy nak semua tu...sy nak awk buat semua tu hanya untuk sy seorang"terangnya. Muka aku da kemerahan menahan malu. Tak sangka pulak dia stalk aku teruk mcm ni. Tiba2 aku teringat pada Azim. Bila Azim terus terang tentang perasaan dia padaku tempoh hari tidak pulak aku merasakan sebegini. Betul ke aku da jatuh hati pada budak ni? Betul ke dia yang aku tunggu selama ni untuk membuka pintu hati aku? Adakah aku da sedia untuk menerima dia? Adakah aku da sedia untuk membuka hati aku kembali? Pelbagai persoalan muncul. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali.
YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
CasualeJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.