Haluuurrrrrr...maaf sistur lama tak update story. Takda masa terluang sangat nak up story. So kita up few chapters ye anak-anak. Selamat membaca ye dan vote2 la sikit ye lurve. ❤❤❤
"Terima kasih abah tlg hantar abg"kataku kpd abah setelah sampai di hadapan kediaman aspura. Aku menurunkan barang2 aku dari kereta. Abah menghampiri aku dan memeluk aku erat. "Abg...abah nak abg kuat ok...kalau ada apa2 yg merungsingkan abg segera telefon abah ok"kata abah. "Innshallah abah...abg akan sentiasa ingat pesan abah dan mak...abah jgn risau sangat abg kat sini ok"kataku sambil tersenyum kepada abah. Abah mengelus lembut rambut aku. Setelah itu abah pun beredar memandu pulang. Kali ni abah sorang je yang hantar aku balik sbb ada saudara yg nak dtg beraya dirumah jadi mak perlu masak2 sikit utk menjamu mereka nanti. Malam td sebelum tidur aku da buat keputusan yg aku redha dgn semua ni. Aku terima segala-galanya apa yg berlaku. Kisah aku dan Shahrul telah aku letak noktah. Kisah aku dan Shahrul telah sampai akhirnya. Akan aku padam segala memori tentang kami berdua. Tidak lagi aku akan disakiti dengan janji palsu itu lagi. Tidak lagi aku akan memegang kata-kata manis itu lagi. Biarlah kisah aku dan Shahrul menjadi kenangan masa lalu yang tidak akan aku ulangi lagi. Akan aku jaga hati ini agar tidak sakit lagi.
Malam tu setelah selesai solat Isyak, aku ke bilik Azim. Aku membuat keputusan untuk pindah ke bilik Azim. Bilik ini sememangnya untuk kegunaan ketua dan penolong wakil pelajar selain menjadi bilik sakit pelajar. Azim bersetuju dengan keputusan aku tapi dia tertanya apa sebabnya baru sekarang aku membuat keputusan untuk berpindah ke bilik ini. Aku tidak memberikan apa-apa jawapan kukuh tetapi mungkin sedikit sebanyak Azim dapat mengagak apa yang berlaku. Aku kemudian berbincang dengan Mad memberitahu yang aku akan berpindah ke bilik wakil pelajar. Iman pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusan aku tapi akhirnya setelah aku terangkan bahawa ianya adalah arahan daripada warden maka dia terpaksa menerima keputusan aku.
"Haaaa...baru la aman sikit bilik ni"kata Yen. Aku meneruskan dengan mengemaskan barang2 aku. "Tah nya...sesak aku nak nafas sebelum ni tapi sekarang boleh bernafas dengan aman dah"sambung Dhail. Aku terasa dengan kata-kata mereka. Andai mereka tahu pekara yg sebenarnya berlaku aku pasti mereka akan menyesal dengan kata-kata yang mereka lemparkan kepada aku. Iman yang membantu aku pun memandang tajam mereka berdua setelah mendengar kata-kata mereka berdua tadi.
"Ehhh sayang...baru sampai ye...masuk la"kata Emy. Shahrul menuju ke arah Emy dan baring disebelahnya. "Lama baby tunggu tau...sayang buat apa lama sangat"rungut Emy yg sedikit mengjengkelkan aku. "Sayang kemas beg la utk esok...tak kan da rindu kot baby"kata Shahrul. "Mesti la baby rindu kat sayang baby ni"kata Emy. Mereka berdua saling berbisik selepas itu dan kemudian mereka berdua keluar dari bilik menuju entah kemana. "Wan...kau ok ke?"tanya Iman. "Kenapa Man? Ada nampak aku tak sihat ke?"tanyaku kepada Iman sambil aku tersenyum kelat memandang Iman. "Takda apa la"jawab Iman kekok.
Selesai memindahkan barang-barang ke bilik Azim,aku pun berehat. Jam menunjukkan sudah hampir 12 tgh malam. Azim aku lihat baru saja masuk ke dalam bilik. "Ada apa-apa yg nak aku tolong ke?"tanya Azim. "Da siap da semua Ajimm...terima kasih la yer baru nak offer diri tu...hehe"kataku sambil tersenyum kepadanya. Azim kemudian memandang aku smbil tersenyum kecil. "Kau da kenapa Ajimm mcm org gila je ni"kataku. "A ah aku gila...gila kan kau...haha...aku senang sangat bila dapat tau kau nak masuk sini...takda la sunyi sangat aku"kata Azim. Rasa bersalah pulak sbb aku buat Azim rasa mcm tu. Mana tak nya dulu aku yang tolak pelawaan dia untuk masuk bilik ni sbb nak bersama sebilik dengan kawan-kawan aku. "Da la aku nak tidur...esok ada perhimpunan kan"kataku lalu aku melemparkan badan ke salah satu katil yg berdekatan dengan aku.
Perhimpunan hari ini memberi tahu bahawa sekolah akan adakan majlis sambutan hari raya dan sudah tentunya pelajar-pelajar akan menjadi tetamu jemputan utama. Kegembiraan terpapar dari wajah pelajar-pelajar selepas mendengar khabar berita dari pengacara majlis perhimpunan hari ni. Seperti tahun-tahun sebelumnya,majlis sambutan hari raya akan turut diadakan tahun ini dengan meriahnya. Berberapa hari kemudian, segala persiapan dilakukan oleh guru-guru serta dibantu oleh wakil-wakil pelajar semua. Persiapan hampir siap kerana majlis akan berjalan esok. "Cikgu tak sabar nak dengar kamu buat persembahan esok Hazwan"kata cikgu Noraini. "Ehh cikgu...sy tak buat apa2 persembahan esok...junior kelab sy jer yg akan buat persembahan"kataku. "Alaaaa...kempunan la cikgu-cikgu nak dengar nyanyian kamu esok...da la tahun akhir kamu ni"kata cikgu lagi. Aku hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata cikgu td. "Tgk la esok cikgu...kalau ada masa lebih dari pengacara majlis baru sy naik pentas ye...cikgu ada lagu apa ke nak saya bawa?"tanyaku. "Cikgu la pengacara majlis nya...hehe...bawa je lagu apa-apa tp jgn la lagu raya...bosan la cikgu"katanya. "Hehe...baik cikgu"kataku lagi lalu menyambung kerja. "Baiklah semua...cukup la hari ni...kita da siap semuanya...semoga semua berjalan lancar esok...jom kita balik...terima kasih lagi sekali ya"kata cikgu Noraini setelah semua persiapan utk majlis esok tersusun siap dan semuanya beransur pulang.
"Ajimm...aku nak call family aku jap boleh tak?"tanya ku. "Nak aku teman tak?"kata Azim. "Takpe la...aku pergi sendiri je...jumpa kat bilik je nanti"kataku lalu melangkah ke arah telefon awan yang diletakkan bersebelahan pusat sumber. Aku bertuah kerana tiada siapa yang menggunakan telefon awam tersebut sekarang ni. Aku mendail nombor mak. Tak tau kenapa tapi aku mcm perlu bercakap dengan mak sekarang tapi tak tau apa yang hendak dibualkan. Mungkin cukup sahaja aku mendengar suaranya boleh buat aku tenang. Sedang aku mendail nombor mak aku ternampak Emy dan Shahrul keluar dari tandas smbil membetulkan pakaian masing. Aku mungkin dapat agak apa yang mereka lakukan. Emy sedia nampak aku yang sedang berdiri disitu. "Best nye sayang...tak sangka baby sayang best mcm ni"kata Emy. Aku pasti Shahrul perasan akan kehadiran aku disitu dan dia segera berjalan dengan Emy pergi dari situ. "Hello...hello....hello...siapa tu ya?". "Ehhh...hello mak...abg ni"kataku yang tak perasan yang mak telah menjawab panggilan aku. "Laa...abg ke...jenuh mak hello-hello tak jawab td...knpe bang?"tanya mak. "Maaf mak...hehe...abg rindu mak je tu yang saja call tu"kataku. "Anak mak sorang ni...baru je berapa hari balik da rindu mak ye...hehe"kata mak. "Ye mak...mak sihat ke?mak da makan?"kataku cuba berbual untuk tidak memikirkan soal tadi. "Dah...abg...abg ok ke ni?"tanya mak tiba-tiba . "Abg ok la mak...haha"balasku. "Ye lah...ingat apa mak cakap hari tu ye...mak abah sayang kat abg...kalau ada masalah apa-apa bagi tau kami"kata mak. Mata aku mula berkaca. Hati mak kan...tau je bila anak dia tak ok. "Ye mak...abg ok...ok la mak kawan abg da tunggu...nanti ada masa kita bual2 lg ye mak...assalamualaikum"kataku dan setelah mendengar kata mak aku pun meletakkan ganggang telefon. Aku berlari ke arah belakang banggunan sekolah dan aku duduk memeluk peha aku. Airmata yang aku tahan tadi melimpah juga. Dugaan apa la yang menimpa aku ni. Sejauh itu sekali Shahrul sanggup buat aku. Memang tiada langsung rasa sayang buat aku dalam hatinya lagi. Hati yang pernah dulu hanya aku yang bertahtah kini tidak lagi. Bodohnya aku. Mengharapkan bulan jatuh ke riba. Mengharapkan agar dia memeluk aku,memegang tangan aku,menyentuh pipi aku. Bodohnya aku. Bodohnya aku.....
YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
AcakJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.