Follow rapat-rapat ye sambungan cerita kita ni lurve. ❤❤❤
Majlis sambutan hari raya pun tiba. Junior aku telah bersedia untuk membuat persembahan mereka hari ni. Aku menyerahkan segalanya kepada mereka. Aku hanya memantau dan membantu mana yang perlu saja dalam sesi latihan mereka. Latihan mereka berjalan lancar dan tiada apa yang perlu aku bimbangkan. Aku bersiap2 di dalam bilik setelah mandi tadi. Aku melihat baju Azim di atas katil dengan berkonyok lalu aku ambil untuk aku seterika. Azim yang baru pulang dr mandi melihat aku. "Ehh...aku baru nak buat lepas mandi ni"kata Azim yang melihat aku sedang seterika bajunya tanpa berkata apa-apa . Setelah selesai aku memberikan baju tersebut kepada Azim dan Azim memakainya. "Amacam...hensem tak?"tanya Azim dan aku hanya membalas pertanyaan dia dengan senyuman sahaja. "Kau ok tak ni?"tanya Azim tiba-tiba . "Ok je...da siap ke?jom la"kataku. "Kau duduk jap"kata Azim. Aku memandang pelik Azim tapi tetap mendengar kata-kata dia.
"Ada benda yg kau nak luah ke kat aku?"kata Azim. "Ajimm...aku ok...jgn risau"kataku sambil tersenyum kepadanya. "Wan...aku kenal kau...ni sebab Shahrul dengan Emy kan...betul tak?"tanya azim. "Ajimm...aku redha da pasal tu...dia dah buat pilihan dia Ajim...siapa aku nak menidakkannya"kataku sambil mata aku mula berkaca. Azim dekatkan dirinya kepada aku dan memeluk aku. "Aku tak sangka sampai mcm ni sekali...maafkan aku sebab aku takda dengan kau"kata Azim lembut. "Aku ok Ajim..sumpah aku ok...bagi aku masa je...aku ok"kataku smbil mengalirkan airmata aku di bahu Azim. Tak tertahan rasanya hati ni. Sebak rasanya. Menanggung perasaan yang dikhianati insan yang kita sayang. Terima kasih Azim sebab ada dengan aku saat aku perlukan teman.
Aku dengan Azim tiba di dewan utama dimana majlis berlangsung. Aku dan Azim memakai baju melayu hitam sepadan. Azim memakai sampin hitam bersulam emas dan aku pula memakai sampin putih bersulam pelangi. Ramai memuji kami berdua termasuklah guru-guru yang ada. Kami berdua ke meja wakil-wakil pelajar yang lain. Banyak mata-mata yang memandang aku dan Azim. Azim duduk disebelah aku dimeja tersebut. Ramai yang datang ke meja kami untuk berbual dengan Azim. Segak betul aku lihat Azim malam ni. Dengan baju melayu dan songkok nya. Pakej lengkap jejaka melayu terhangat dipasaran. Ramai pelajar-pelajar perempuan yang mencuri pandang Azim dan aku hanya tersenyum saja. "Hajar...cantik nya awk hari ni...ayu je Wan tengok...hehe"kataku memuji ketua wakil pelajar perempuan. "A ah...memang aku ni cantik malam ni je kan...selalu tak cantik la ye"kata hajar smbil menarik muka dia. "Alololo...takda la...sentiasa cantik la Hajar...Wan ikhlas puji ok"kataku. "Mekasih...Wan dengan Azim pun hensem dan comel jugak...Hajar byk dapat tugasan utk sampaikan salam pada korang berdua dari pelajar-pelajar aspuri ok...kalau la Hajar takda bf da lama Hajar try korang...hahaha"kata Hajar. "Halaaa...siapa comel siapa hensem ni Hajar?"tanya ku. "Kau la bongok...haha"kata Hajar. "Hahaha...lupa pulak aku ni comel kan...berdiri dengan Azim pon baru lepas bahu dia je...hehe"kataku kpd Hajar. Aku kemudian melihat sekeliling dewan. Aku nampak Iman di meja kawan-kawan kelas dia dan aku melambai-lambai kepadanya sambil tersenyum. Imam membalas senyuman aku dan melambai kembali.
Majlis dimulakan setelah Pengetua sekolah sampai. Semua pelajar berdiri sementara menanti Pengetua berjalan diiringi guru-guru lain. Pengetua berjalan sambil bersalam dengan para pelajar lelaki yang berhampiran. Tiba-tiba Pengetua berhenti dihadapan aku dan Azim. Kami bersalam dengan Pengetua. "Haa...tak sabar saya nak dengar nyanyian kamu hari ni Hazwan"kata pengetua. "Innshallah tuan"balasku smbil tersenyum kelat ke arah Azim melihat pengetua mula bergerak ke arah mejanya. "Ajimm...mcm mana ni...hadoiiiii"kataku. "Hahaha...mcm mana apa lagi...naik je la nanti nyanyi"kata Azim. Aku tumbuk lembut bahu Azim sambil memberikan senyuman maha comel no jutsu kepadanya.

YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
DiversosJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.