SAYANG S2 : JANJI CHAPTER 42

33 2 0
                                    



Haluuuuuuu kesayangan semua. Maap lerrr iolls baru nak up chapter baru ni. Terima kasih sebab setia follow story iolls ni.  Buat uolls yg follow tu, terima kasih ye( u know who u are)...i olls very da appreciate angat2 kat uolls. Lurveeee dr siatur 😘







   "Perhatian!...Diminta semua pelajar turun berbaris di hadapan bilik warden dengan kadar segera...terima kasih". Azim membuat pengumuman dengan arahan warden dan aku ada bersamanya disitu. Tiba-tiba aku ternampak cikgu Aidil berjalan dengan warden-warden yang lain dan dia terpandang aku berada dihadapan bilik warden.

    "Cepat...cepat...beratur semua...siapa yang lambat satu bilik akan didenda"jerit salah seorang warden. Setelah semua penghuni aspura sampai dan beratur dengan betul warden pun memulakan ucapan beliau.

   "Assalamualaikum...baik la semua...maaf ambil masa kamu semua...sini saya nak memperkenalkan guru baru sekolah kita yang juga merangkap warden baru juga iaitu cikgu Aidil. Beliau baru saja ditukarkan ke sekolah kita dan mengajar matapelajaran matematik tingkatan 5. Diminta semua pelajar memberi kerjasama baik kepada beliau. Saya tak mahu dengar ada pelajar yang buat benda bukan-bukan disini. Tindakan keras akan diambil...baiklah tu saja dari saya. Kalau tak ada apa-apa urusan lain kamu semua boleh naik ke bilik masing-masing"kata ketua warden dan mereka mula melangkah ke dalam bilik warden untuk berbincang. Aku dan Azim juga ada disitu.

   "Cikgu...ni saya kenalkan ketua pelajar Mohamad Azim dan penolongnya Mohamad Hazwan...apa-hal hal yang cikgu nak tahu bole tanya mereka atau warden-warden yang lain"kata ketua warden. Aku dan Azim bersalaman dengan cikgu Aidil dan dia memandang aku sambil tersenyum. Setelah 15 min mereka berbual dan akhirnya semua mereka bersurai.

   "Hazwan...kejap"kata cikgu Aidil memanggil aku. "Ye cikgu...ada apa-apa bole saya bantu ke?"tanyaku. "Ni haaa...kak Zana suruh kirim dekat kau...dah jadi posman plak aku ni"katanya.

   "Terima kasih cikgu...maaf menyusahkan...sampaikan salam dan ucap terima kasih saya pada kak Zana ye"balasku. "Ye la"balasnya pendek. Aku melihat ada bekas makanan dan juga kek didalam beg kertas yang diberi cikgu Aidil td sambil aku berjalan menuju ke bilik. Tidak sedar ada mata2 yang sedang memerhatikan aku tadi.

   "Ajim...jom makan...ni ada orang sedekah makanan"kataku mempelawa Azim sama. "Whaaaaa....siapa la yang baik hati ni...semoga dia dmurahkan rezeki"kata Azim. Aku mengambil pinggan dan menghidang makanan kepada Azim seperti seorang isteri yang solehah...cewahhhhhhh hanat perangai. "Sebenarnya ni cikgu Aidil yang kasi...kakak dia yang masak"kataku. "Aikkkkk...mcm mana kau bole kenal kakak cikgu Aidil ni?"tanya Azim. "Siang tadi kan aku pergi kedai kak Pia...kakak dia ada beli kek so aku yang layan kakak dia...waktu aku nak balik tunggu bas tapi tak muncul-muncul...pastu kakak cikgu ni tiba-tiba berhenti kereta depan aku dan pelawa nak hantar aku balik...mcm tu la citer dia"terangku. "Owh...tak kan sebab tu je kot sampai dia masak-masak ni bagi kau"kata Azim. "Kita org g kuarters cikgu Aidil...kakak dia bawak aku g sana dan sembang-sembang semua...aku main ngan anak kakak dia...comel betul anak kakak dia smpai tak nak lepas aku budak tu...hehe"kataku. "Owhhhh...patut la...haaa makan la dlu...kang dah nak tutup lampu"kata Azim sambil kami sambung makan bersama.

   Keesokkan paginya aku bangun awal setelah tidur balik selepas solat subuh. Aku lihat Azim lagi nyenyak tidur. Aku buat keputusan untuk mengambil angin pagi jadi aku keluar bilik dan berjalan di kawasan berdekatan sambil membawa novel aku. Aku menuju ke arah pondok tepi padang. Tempat ni da jadi tempat kegemaran aku. Cuaca pagi ni agak mendung dengan angin sejuk bertiupan. Aku rasa kemungkinan hujan akan turun nanti. Aku duduk di pondok berkenaan dan mula membuka novel untuk aku baca. Sambil aku baca sambil aku memandang sekeliling aku dan aku rasa cukup tenang sekarang. Fikiran aku tidak lagi memikirkan Shahrul. Aku tidak peduli lagi perihal dia. Dia bukan siapa-siapa lagi dalam hidup aku.

   "Assalamualaikum...sorang je ke?". Tiba-tiba satu suara muncul dan aku memandang ke arah suara tersebut. "Waalaikumsalam...eh cikgu...awal cikgu bangun"balasku. "Saya memang biasa bangun awal kalau hujung-hujung minggu ni...kamu pulak buat apa sorang-sorang kat sini?"tanya cikgu Aidil yang menegurku tadi. "Saja ambil angin kat sini...lepak-lepak kejap je cikgu"jawabku. "Jom teman cikgu beli sarapan...kak Zana tak bangun lagi nak buat sarapan"katanya. "Owh...boleh cikgu....saya tahu satu tempat ni jual nasi lemak memang terbaik la cikgu"kataku. "Kalau mcm tu jom la...jap cikgu amek kereta sebentar"katanya.

   "Terima kasih cikgu belanja nasi lemak...nanti kirim salam kat kak Zana ye"kataku setelah cikgu Aidil memberhentikan keretanya dihadapan pintu kediaman aspura. "Haa...ye la...jumpa lagi lain kali"katanya dan aku pun masuk ke dalam kawasan aspura untuk naik ke bilik. Aku melangkah naik tangga untuk ke aras bilik ku. Saat tiba di aras aku, muncul Shahrul dan Emy di hujung balkoni. Aku tidak menghiraukan mereka lalu melangkah segera. "Tak cukup dengan pelajar sekarang cikgu pun nak dipikatnya...memang dasar tak tahu malu"tiba-tiba Shahrul bersuara. "Ntah nya...jijik betul perangai sundal tu...hehehe"kata Emy pula. Aku meneruskan perjalanan aku tidak menghiraukan mereka. Pedih betul rasa bila dengar kata-kata dari insan yang pernah kau sayang dahulu tapi aku tahu aku kuat. Aku tak seperti dahulu. Kenapa perlu aku nak peduli kata-kata mereka. Aku betul-betul tak peduli da. Buat apa aku perlu peduli lagi. Sedar2 mata aku mulai berkaca. Aku sapu kering mataku.

Sayang S2: JANJIWhere stories live. Discover now