SAYANG 2 : JANJI CHAPTER 12

124 5 0
                                    


Ya ampun anal2...ehhh Anak-anak...hehehe. Ada masa terluang ni kita share la lebih sikit chapter baru nya ye. Harap korang terhibur la ye. 💖







   "Assalamualaikum".

   Kedengaran ada yg memberi salam. Aku tahu siapa tu tp aku hanya mengendahkan saja."Waalaikumsalam...haa kamu Shahrul masuklah...nak apa?"tanya Mad kepadanya. "Saja je dtg nak jumpa Wan"balasnya. "Owhh...tu dia ada kat katil dia...Wan adik kau dtg niiii!"jerit Mad. "Diam laaaa...aku tak pekak la"balasku. "Aikkk...aku pulak kena marah...malas aku korang ni"gomel Mad. Shahrul lalu pergi ke katil aku dan duduk di penjuru katil.

   "Wan...marah lagi ke?"tanyanya. "Kenapa pulak sy nak marah...takda pasal la sy"balasku. "Hmmm...ni sy ada bawak donut...beli kat kedai kek kat pekan tempat hari tu"katanya. Aku terdiam. Taguna...pandai betul dia ni cari kelemahan aku...ni mesti Kak Pia yg bg tau...siap Kak Pia kalo aku jumpa dia nanti...getus aku. "Kalau tak nak takpe la...sy bg kat kawan2 Wan je la ye"katanya. "Ehhh...bak sini...sapa cakap tak nak"kataku. Aku ambil seketul dan aku bagi balik kat dia. "Haaa...g la bagi dorang"kataku. "Abang semua ni ada donut Shahrul beli di pekan masa nak balik tadi"kata Shahrul sambil menyampaikannya kepada Mad. Setelah itu dia kembali ke katil aku dengan muka yang senyum lebarnya.

    "Tepi la sikit...nak baring-baring sama"katanya manja. "Ishhh da la besar...tak muat la...budak ni la"kataku dan dia hanya ketawa saja smbil menempel sebelah aku. "Sorry la balik hari tu tak bg tau...family sy datang awal so tak sempat nak jumpa bg tau"terangnya. "Owh...takda apa la...bkn awk buat salah pon smpai nak mintak maaf kan"balasku. "Msti lonelykan takda sy...hehe"katanya. "Tak la...azim ada teman sy"kataku ringkas dan terus membuatkan dia diam. Aku meramas kepalanya lembut dan dia tersentak sambil melihatku. Owhh crap...apa aku buat ni.

   "Para pelajar diminta untuk menutup lampu dan berada dibilik masing2...terima kasih"pengumuman daripada warden bertugas kedengaran. Aku bangun dan iring Shahrul ke pintu. "Awk g la balik...warden da umum tu nanti dia nampak pastu awk kena denda pulak"kataku. "Ok...sy balik dlu. Esok kita jumpa lagi ye"katanya melangkah keluar pulang ke biliknya.

   Lampu dimatikan dan aku melangkah ke katil aku. "Rapat nampat kau dengan dia"kata Iman. Aku terkejut apabila mendengar suara Iman yg da lama aku tak dengar. "A ah"balasku pendek dan ringkas lalu aku mengabaikan dia. Malas aku nak memanjangkan lagi pertanyaan dia. Kali ni giliran aku pulak untuk tidak bercakap dengan dia sepertimana yg dia lakukan kepada aku. Rasain loe...gimana rasa nya bila gue ngak peduli sama loe...haaaaa gitchewwaa...getus hati ini dengan riang sekali.

   Kelas hari ni berjalan seperti biasa. Aku seperti biasa akan memberikan tumpuan penuh sewaktu proses pembelajaran supaya aku faham apa yang diajar oleh guru. Waktu rehat seperti biasa aku keseorangan menuju ke kantin. Sewaktu melangkah ke kantin aku ternampak Iman keseorangan berdiri seperti menunggu seseorang. Firasat aku yg dia menunggu Emy rasanya kerana mereka kan rapat. Aku lajukan langkah aku melaluinya dan aku tidak sedikit pon memandang ke arahnya. "Wan..."panggilnya. Langkahku mulai perlahan tetapi memikirkan apa yg dia da lakukan aku kembali melajukan langkah aku menghiraukan kan dia. Lagi satu dengan suasana yg penuh pelajar lain bagi aku tidak sesuai untuk berbincang apa2 dengannya. Keropok lekor dan air milo tujuan asal aku. Aku segera mendapatkannya dan aku segera kembali ke kelas tanpa menghiraukan Iman yang lagi berusaha untuk bercakap dengan aku. Keras hati kau Roy!

Ringgggg!!!

   Tamat sudah sesi pembelajaran hari ni. Lega sikit otak aku dan aku lagi kelaparan sekarang ni. Keropok lekor ternyata tidak membuatku kenyang.  Tp aku kena pergi ke bilik guru sebentar untuk mengambil sesuatu. "Korang gerak dlu la...aku nak ke bilik guru jap"kataku kpd Mad dan yg lain dan aku mulakan langkahku ke bilik guru segera. Lebih kurang 15 minit aku dibilik guru. Cadangnya hanya sekejap shj tp ada pula sorang guru ni meminta aku untuk menyanyi di majlis perkahwinan anaknya hujung minggu ni. Aku menolak baik permintaan guru tersebut dengan alasan ada urusan pada hari yg sama. Sesudah selesai aku segera turun menuju ke DM. Sewaktu itu aku terserempak dengan Iman dan Emy yg hendak menuju ke tandas. Emy aku lihat merangkul erat lengan Iman. "Hi Wan...balik da ke?"tegur Emy. "A ah...ye sy...bye"kataku smbil melajukan langkah. Aku perasan muka Iman seperti tak selesa apabila melihat aku ternampak dia bersama Emy. Lantak korang la yg penting aku lapar sekarang ni.

   Seperti kebiasaannya Shahrul menunggu aku dihadapan DM. "Tak penat ke tunggu sy hari2 ni...awk bole je makan dlu kan"kataku kpd dia. "Tak...hehe"balasnya smbil tersenyum. Kami mengambil makanan dan duduk di salah satu meja kosong yang ada. "Wan...ptg ni nak jumpa boleh?"tanyanya. "Skang ni da ada depan mata kan...nak jumpa apa lg wahai Shahrul. Awak nak cakap apa?"tanyaku. "Alaaaa...ptg nanti kita jalan2 la smbil tu bole sembang2...bole la ye...pls!"rayunya. "Ye la Shahrul...ikut awk la"kataku dan dia tersenyum sendiri. Setelah selesai makan kami pon pulang ke bilik masing2.

   Aku merebahkan badan aku di katil setelah selesai mandi. Selesa rasa badan sesudah selesai mandi td. Iman dan Emy pula baru shj smpai. Iman memandang aku tp aku tidak mengendahkan dia. Sepertinya dia ada sesuatu yang hendak disampaikan. Aku mengambil novel dibawah bantal aku dan aku sambung bacaan yg terhenti sebelum ini. Sambil membaca aku giat memikirkan soal Shahrul yang mengajak aku jalan2 ptg ni...buang tebiat apa budak ni. Mataku semakin layu setelah membaca beberapa helai novel ini dan akhirnya aku terlelap.

   "Wan...bangon2...kul 4 da ni"kata Dhail yg membangunkan aku. Kami semua bersiap untuk ke masjid bg menunaikan solat Asar dan meneruskan sesi riadah ptg. Selesai solat Shahrul yg sudah menunggu aku di luar masjid tersenyum apabila melihat aku melangkah ke arahnya. "Haaa...nak jalan kemana ni"kataku. "Mana2 la...hehe...haa sy ada game hari ni...jom la"ajaknya. "Huh? Game ape pulak ni wak"tanyaku. "Bola keranjang la...da janji kan nak teman sy setiap kali ada game kan"balas Shahrul. "Owhhh...a ah...sy ada janji...janji harus ditepati"kataku. "Hehe...jom g kantin dlu sy belanja milo"katanya. "Alhamdulillah rezeki...jom2...hehe"tambahku lalu mula melangkah ke arah kantin dengan tidak perasan ada yg sedang memerhatikan gerak langkahku ini.

Sayang S2: JANJIWhere stories live. Discover now