😘
Minggu ujian awal tahun berlangsung. Persediaan awal telah aku lakukan sebaik mungkin dan aku juga sering membantu Shahrul mengulangkaji jika ada kesempatan. Segala persediaan telah dibuat dan harap ujian ini juga aku dpt lakukan dengan sebaik mungkin. Sepanjang empat hari kami semua gigih menjalani ujian ini dan hari terakhir pun tiba. Wajah2 kelegaan kelihatan usai selesai menjawab kertas ujian yg terakhir. Walaupun ini hanya perperiksaan awal tahun, kesemua kami tetap mengambil ujian ini dengan serius. Guru-guru juga semestinya mengambil keputusan ujian ini untuk melihat tahap penerimaan pelajar-pelajar mereka pada sesi permulaan tahun ini. Dengan itu barulah mereka tahu ditahap manakah pelajar-pelajar mereka yang mana perlukan bimbingan yang extra.
Kami melangkah ke DM setelah tamat waktu persekolahan hari ni. Sesudah sampai aku ternampak Shahrul menunggu aku di pintu masuk DM dan aku menghampiri dia. "Macam mana paper last td?"tanyaku. "Boleh je...semua yg awk ajar sy ingat jelas...kawan2 sy cakap terima kasih ajar mereka"jawabnya. "Alhamdulillah...sama2...jom makan...lapaaaaa"kataku manja. "Jom2...kesian kesayangan sy ni ye"kata Shahrul smbil melihat aku tersenyum.
Kami melangkah balik ke bilik sesudah selesai makan dan solat bersama. "Wak...ptg ni sy ada game...teman bole?"ajak dia. "Boley je la...kan sy ada janji kan dlu"balasku. "Yeayyy...nanti sy belanja milo ais"katanya smbil tersenyum serta kami berpisah menuju ke bilik masing-masing. Sampai sj aku di bilik segera aku hempaskan badan ke atas katil aku. "Iman...boleh tak jawab ujian ni?"tanyaku kpd Iman yg aku lihat sedang terlantar di katilnya. "Bole je kot rasanya"balasnya. Kami berbual-bual sebentar sebelum aku terlelap tanpa aku sedar di atas katil aku sendiri. Hembusan angin dari kipas membuatkan mata aku layu serta merta. Dan memang menjadi kebiasaan semua pelajar untuk tidur kejap sebelum solat Asar nanti.
Petang tu selepas selesai solat Asar, aku dan Shahrul turun ke kantin sbb ada org tu janji nak belanja milo ais. "Nak keropok lekor sekali"kataku. "Baiklah...untuk awk semua boleh"katanya sambil tersenyum. Ahhhhh...melting kiter wak mendengarnya. Setelah selesai menapau kami gerak ke gelanggang bola keranjang di tepi dewan utama. Aku meletakkan botol air yg aku bawak dr bilik td ditepiku. Mmg aku akan membawa air botol untuk Shahrul sekiranya dia ada latihan. Haaaa...nampak tak betapa caring nye aku ini sebagai seorang boyfriend yang penyayang lagi comel. Dia tinggalkan aku ditepi dewan lalu melangkah ke gelanggang dan memulakan permainannya.
Seperti biasa ada mata-mata yang tidak selesa dengan keberadaan aku disitu tp aku tidak hiraukan. Selepas 30min Shahrul menghampiri aku dan aku menghulurkan botol air yg berada ditepi aku sejak dr td lagi dan kembali ke gelanggang kembali. Aku da rasa mcm dlm tv pulak yg girlfriend teman boyfriend dia pergi latihan smbil menyediakan air minuman sewaktu bfnya keletihan. Aku melihat jam yg sudah lepas jam 6 ptg tetapi kelihatan tiada tanda2 mereka nak berhenti jd aku bangun dan pergi kearah mereka. "Maaf ganggu latihan korang tp sudah leps jam 6 lbh ni. Minta korang selesaikan apa yg patut dan segera naik ke aspura"kataku menjalankan tugas sebagai wakil pelajar dan Shahrul menghampiri aku. "Sorry tak perasan masa...mesti bosan duduk sorang2 kan kat situ"katanya. "Takda la...ada je haiwan terlepas td teman sy...jom la naik" balasku pula.
Malamnya selepas habis solat Isyak Shahrul dtg bilik aku. Aku tengah kemas buku2 untuk jadual esok dan dia pula lagi baring dekat katil aku yg da mcm hak mutlak dia pula. "Buku2 da kemas ke utk skolah esok?"tanyaku. "Dah siap da sblm turun maghrib td"balasnya. "Esok awak balik tak?"tanyaku. "Awk balik tak?"tanya dia pula kpd aku. "Mcm tak kot...mcm malas pulak"jawabku. "Kalau mcm tu sy pon tak nak balik la"katanya. "Bg tau mama dlu klo tak jd balik...risau pulak dorang nanti"kataku. "Baik boss...esok kita g call mama sama2"katanya. "Hmm...ye la"jawabku pendek. "Abg mad,abg nazrin,abg dhail,abg iman ngan abg emy balik ke?"tanyanya. "Entah la...tgk la esok...dah g balik bilik...jap lg lampu nak tutup da kan"kataku. Dia tgk kiri dan kanan serta mengambil tangan aku lalu mencium lembut tangan aku. Hailaaaa budak...buat aku blushing je dia ni. Lalu dia melangkah balik ke bilik dia.
Keesokkannya,
"Korang balik ke hari ni?"tanyaku kpd roomates aku memandangkan hari ni para pelajar dibenarkan balik. "Aku balik sbb ada kenduri sdara aku kena pegi"kata Mad. "Aku pon balik jugak"kata Yen dan begitu juga Dhail. Mereka ni kalau dpt peluang balik rumah mmg tak lepas. "Aku pon kne balik Wan...mak suruh"kata Iman dan spt biasa Emy hanya mendiamkan diri tp nmpak mcm dia tak balik. "Owhh...ok2...aku tak balik tau sbb kak Pia mintak tlg kat kedai dia esok...staff dia tak sihat"kataku. "Engkau ni ok tak sorang2 ni?"tanya Mad. "Shahrul ada ngan aku...kalau dia nak tidur sini bole tak?"tanyaku. "Hmmm...ok la...bole la dia tgk2 kan kau"kata Mad. "Seronok la dia ada adik angkat teman tidur"kata Yen. "A ah seronok la...haha"jawabku.
Setelah selesai solat jumaat kebanyakan pelajar sudah mula gerak untuk pulang ke kediaman masing-masing begitu juga kawan-kawan aku. Aku melihat mereka sorang-sorang meninggalkan bilik dan akhirnya tinggal aku dan Emy. Emy kemudian bersiap keluar dr bilik da pergi kemana aku pun tak tahu.
"Assalamualaikum..."
![](https://img.wattpad.com/cover/313334071-288-k60158.jpg)
YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
SonstigesJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.