-Semoga korang setia membaca karya saya ni ye. Saya tengah ligat buat cerita baru tapi idea tu kurang sikit. Baru ada beberapa chapter je. So stay la dengan saya kalau nak tahu perihal cerita baru saya tu ye-
Sedar tak sedar sudah 5 bulan kami mulakan persekolahan untuk tahun ni. Jumaat ini sekolah akan adakan majlis sambutan hari guru dan aku akan membuat persembahan dan aku akan membawa 2 org ahli kelab aku juga untuk membuat persembahan bersama. Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa perwakilan pelajar, segala persiapan haruslah teliti dan sempurna. Azim akan memastikan semua berjalan lancar seperti biasa. Itu yg aku suka tentang azim. Ketelitiannya terhadap satu2 pekara amat tepat dan dia peka tentang semua pekara. Jadi dia mmg sesuai sebagai ketua kami.
Aku dengan Shahrul pula seperti biasa. Rapat seperti biasa. Dia seperti biasa akan memastikan aku mengikut dia setiap kali dia ada game bola keranjangnya dan aku akan senang sentiasa mengikutnya. Seperti biasa juga masih ada peminat2nya yg ada mengikutnya tp itu semua bukan masalah aku. Kadang2 aku sj membiarkan mereka semua mengelilingi Shahrul dan aku hanya ketawa di tepi smbil dia merenung aku tajam. Kami bahagia seperti ini. Kadang tu kalau ada kesempatan sempat juga dia mengambil kesempatan ke atas diriku yg lemah ini. Tak perlu la aku cerita lagi bagaimana caranya sbb korang pon tau sendiri kan...hahaha.
Persiapan utk majlis esok hampir siap. Kesemua para pelajar begitu tidak sabar untuk menghadiri majlis tersebut. Aku ingat lagi tahun lepas buat pertama kali aku membuat persembahan dihadapan guru2 dan aku diterima baik mereka sampaikan ada yg mahu aku menyayikan di majlis2 mereka. Sesi latihan buat budak2 kelab aku juga aku turut hadir untuk membantu apa yg patut dan mereka berdua telah bersedia fizikal dan mental. Atas paksaan aku yg selalu memaksa mereka menyanyi dihadapan orang ramai jadi mereka kini semakin selesa. Mungkin mereka calon yg terbaik untuk mengantikan aku kelak.
Setelah selesai memeriksa apa yg patut didewan aku pun naik ke aspura. Shahrul tidak mengikut aku katanya ada tugasan yg diberikan guru yg perlu disiapkan bersama rakan2nya. Aku singgah ke tandas bawah sebentar sebelum naik ke bilik. Melangkah masuk aku terhidu baik rokok dan tambahan ruang tandas yg agak berasap. Aku terdengar suara dan aku melangkah ke arah suara tersebut. "Yen?Dhail? Apa korang buat ni?"kataku melihat Yen dan Dhail yg sedang merokok didlm tandas tersebut. "Relaks la Wan...rokok je kot"kata Yen. "Aku tak pernah tgk korang merokok pun...sejak bila korang mula merokok ni?"tanyaku. "Relaks laaaa...bukan kami buat apa pun...hadoiii kau ni pun"kata Dhail. "Aku tak suka korang merokok ni...ni kalau Azim nampak ni mahu dia report kat warden...korang jugak dpt susah nanti"tambahku. "Kau ni kan...Azim tak tahu la kalau kau tak bagi tahu...kau diam boleh tak"kata yen dengan suara yang agak tinggi. Aku tak pernah pun dengar mereka berdua ni cakap seperti ni dekat aku. Nampak mcm mereka ni da berubah bukan mcm kawan2 aku yg dulu. "Aku kecewa dgn korang...aku harap korang tak buat da lepas ni"kataku lalu keluar dr tandas tu. Aku naik ke bilik dengan perasaan kecewa. Kecewa dengan sikap mereka berdua. Walaupun aku ni wakil pelajar tp aku masih kawan mereka. Tidak akan aku tikam mereka dr belakang. Aku tak mahu mereka didenda. Bagi aku ni hanya pengalaman asrama yg biasa. Aku bertembung dengan Emy dan kawanya semasa aku nak naik ke bilik. Aku nampak rakannya memegang kotak kecil ditangannya dan dia sempat menyorokkan kotak tersebut. Aku tidak mahu mengesyaki apa2 ketika itu dan aku tidak mahu menuduh membuta tuli siapa2 tp aku dapat agak yg perubahan Yen dan Dhail ada kena mengena dengan Emy dan kawannya itu.
Malam tu Yen dan Dhail tidak bercakap langsung dengan aku. Aku seperti tidak percaya kawan yg sentiasa bersama aku kini bertindak sedemikian. Aku dibuat seperti musuh. Tidak pernah aku merasa sebegini drpd mereka. Pandangan mereka berdua melihat aku sedikit lain. Aku tidak mahu memikirkan yg bukan2 jadi aku hanya tidak mengendahkan shj. Aku lantas mengemas beg aku mengikut jadual kelas esok hari. Tak sabar rasany utk sambutan hari guru esok.
"Woiii...tutup la lampu tu...org nak tido ni!"tiba Yen menjerit. Aku hanya mengendahkan sambil meneruskan hal aku. "Pekak ke...tutup la lampu ni org nak tido!"sambungnya lagi tp kali ni aku dengar Emy ketawa halus. Aku mengabaikan sj mereka tu lalu mempercepatkan kerja aku. "Woiii tak dengar kan org cakap tutup lampu"kata Dhail pulak kali. "Wei sial...ko tak nampak ke aku tgh kemas beg ni!"bentakku dan mereka terdiam smbil Emy ketawa halus lagi. "Dah kenapa ni bising2?"tanya Mad yg baru masuk ke slm bilik. "Aku nak tido la...tutup la lampu"kata Yen. "Laaa...awal lg kan...lg pun Wan tgh kemas beg dia tu tak boleh tunggu ke?"kata Mad dan mereka terdiam. "Mad aku da siap da...tutup la lampu tu...kang mati pulak tak dpt tido"kata aku smbil pergi ke katil aku untuk berehat.
Hari last persekolahan hari ni minggu ini terasa berlalu cepat kerana aku tak sabar untuk menghadiri majlis hari ni. Guru2 juga nampak gembira hari ni dan ada juga sempat bertanyakan kpd aku lagu apa yg akan aku nyanyikan nanti. Sudah semestinya aku merahsiakan kpd mereka dan mereka hanya ketawa tidak sabar menantikan persembahan kelab aku hari ni. Pelajar2 lain juga ada membuat persembahan seperti gamelan dan sketsa serta para guru sendiri juga akan membuat persembahan mereka. Dan ini sedikit sebanyak akan mengeratkan lagi hubungan diantara guru dan pelajar2. Sebelum balik ke kediaman aku dan wakil2 pelajar yg lain sempat ke dewan untuk memastikan semua benda berada dlm keadaan baik dan semestinya Azim juga ada disana. "Ajimm...mcm mana semua?"tanya ku. "Semua ok...katering je tinggal akan dtg jap lg. Ada cikgu yg akan tolong pihak katering set up makanan mereka so kita tak perlu risau. Part kita semua aku da check dan semua ok...jom semua kita balik n siap2 apa yg patut...terima kasih semua sbb tolong melancarkan program kita ni...lets enjoy ourself hari ni n dengar pendek ni nyanyi...hahaha"kata Azim dan mereka semua ketawa sama2 smbil aku menumbuk halus bahu azim. Yup...lets just enjoy ourself today.

YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
RandomJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.