SAYANG S2 : JANJI CHAPTER 37

193 5 1
                                        



NAHHHHH...SAMBUNGAN DIA CHAPTER SEBELUMNYA. SEMOGA TERHIBUR YA SEMUA...MUAHHH







   "You are going to regret this budak...rasakan...hehe"kata Sofea perlahan. Aku pergi ke arah abg deejay untuk meminta lagu dan kembali ke pentas. Abg deejay pun memutarkan lagu. Aku suka lagu ni. Nyanyian Sanisah Huri bertajuk Bersabarlah sayang.

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu




   Tepukan gemuruh diberikan sesudah aku selesai nyayian aku tadi. Aku melihat muka Sofea merah padam. Plan nya tak menjadi agaknya. "Whaaa..tak sangka sy anak puan pandai menyanyi ya"puji Datin Shila. "Bakat dia dari kecil Datin...kat rumah tu penuh satu almari dengan piala dan sijil pertandingan nyanyian yg diikuti"tambah mak dan Datin Shila terkesima mendengar. "Whaa3...bagus anak tuan ni...sedap suara dia...boleh pergi jauh ni"kata Datuk Shahrizan. "Hobi dia je Datuk...kat rumah byk dah piala dia kumpul dari kecil lagi"kata abah bangga. Aku kembali duduk di meja aku dan abg Shahkir memandang aku. "Da kenapa pandang2 saya mcm tu?"tanyaku. "Terkesima abg dengar suara adik ni"kata abg Shahkir. Kemudian keluarga kami pun datang dan duduk dimeja sambil menikmati juadah yg disediakan sambil sambung berbual. "Errr..tuan ada masa ke lepas ni?kalau ada sy nak berbincang sikit dengan tuan dan puan sebentar"kata Datuk Shahrizan. Abh dan mak memandang pelik dan mengikut saja kata Datuk Shahrizan. Mereka berempat lantas bangun dan menuju ke suatu tempt. "Abg Shahkir...dorang nak bincang apa tu?"tanyaku. "Adalah tu urusan orang tua"kat abg Shahkir. Mendengar jawapan dari abg Shahkir buat aku sakit hati pula jadi aku kembali makan.

   "Adik tak nak tanya pasal Shahrul ke?"tegur abg Shahkir tiba2. "Kenapa dengan dia?"tanyaku sahaja smbil aku makan. "Takda apa pun...adik gaduh ke dgn dia?"tanya abg Shahkir. Aku hanya diamkan diri aku sambil melihat keadaan sekeliling yg dipenuhi orang ramai. "Sy rasa tak patut sy kongsi masalah peribadi sy pada orang lain...abg tak perlu ambil berat sangat pasal sy rasanya...abg ada adik abg sendiri jadi elok rasanya abg jaga adik abg sendiri"kataku smbil tersenyum pada abg Shahkir. "Tapi dik...". "You...jom la pegi sana ambil gambar...you duduk sini pun buat apa"kata Sofea yg memotong kata2 abg Shahkir sambil menarik lengannya. Aku hanya memandang gelagat mereka berdua. Kacak betul abg Shahkir harini. Teringin rasanya aku nak ambil gambar bersama dengannya tp bila fikir Sofea gila tu asyik melekat je dengan abg Shahkir makanya tak jadilah. Lalu aku kembali menjamah makanan enak yang tersedia ni.

   Lama juga mak dan abah pergi dengan Datuk Shahrizan. Aku pulak da  naik kenyang makan dari td tapi tiba2 teringin nak aiskrim pulak. Nak pergi ambil tapi segan pula jadi aku hanya mampu pandang dari jauh sajalah khemah yang menempatkan aiskrim. "Nahh aiskrim...dari tadi abg tengok adik pandang je khemah aiskrim tu"kata abg Shahkir sambil menghulurkan semangkuk aiskrim. "Perghhh...tau2 je kan abg ni...terima kasih bang...hehe"kataku riang. "Da habis ambil gambar dgn Sofea ke bang"tanyaku smbil menyuapkan aiskrim ke mulut aku. "Daa...malas abg nak berdiri lama2...baik abg teman adik je...hehe...nak sikit aiskrim bole tak?"tanya abg Shahkir. "Owhh...nahh...mkn la...abg jugak yg ambil td kan"balasku. "Alaa...suap la abg...boleh kannnn"kata dia. Hadoiiiii...ngader2 pulak abg Shahkir ni. Aku mengambil mangkuk aiskrim sambil mendekati abg Shahkir dan cuba menyuapnya sesudu tp belum sempat tiba2 Sofea muncul dan menolak mangkuk aiskrim tu mengenai aku. Mangkuk aiskrim berkenaan jatuh terkena baju aku. "Haaaaa...serve you right...nak suap2 pulak dgn bf i"kata Sofea. "Sofea...you ni da kenapa!?"kata abg Shahkir. Aku mengambil tisu dan bersihkan lebihan aiskrim diatasku td. Aku bangun dari meja dan berlalu pergi dari mereka. "Adikkk!"jerit abg Shahkir tp tidak diendahkan aku.

   "Habis kotor baju...harap2 mak tak marah la"kataku setelah membersihkan baju di toilet. Setelah itu aku mencari mak dan abah aku. 5 minit mencari akhirnya aku berjumpa dengan mereka. "Abg...kenapa baju tu?"tanya mak. "Takda apa mak...air tertumpah td...abah...lama lagi ke?abg nak balik la...barang2 tak kemas lagi nak balik esok"kataku. "Ohh yaa...esok da nak balik asrama da kan"tanya Datuk Shahrizan. "Ye pakcik...da habis da cuti"kataku. "Terima kasih la tuan sbb cerita hal yg sebenarnya bukan cuma tertanya apa kisah sebenarnya...maaf kalau buat tuan dan puan tak selesa"kata Datuk. Aku yg pelik tertanya2 apa yg mereka bincangkan td. "Sama2 Datuk...isu ni harap Datuk dan Datin tak perbesarkan la ye"balas abah. "Jgn risau tuan puan...tak kan la kami nak buat tak elok pada org yg kami anggap mcm anak kami sendiri kan"kata Datin Shila.

    "Haaaa...Shahkir kamu dari mana ni?papa ingat kamu teman Wan td?"tanya Datuk. "Memang la papa tp tadi apa kena dgn si Sofea tu di tolaknya mangkuk aiskrim kena baju Wan...habis kotor baju dia"terang abg Shahkir. Alamakkkkk...kantoi pulak da...abg Shahkir ni pun datang tak kena masa. Mereka semua memandang aku tp aku cuba melarikan pandangan aku. "Baiklah Datuk Datin...kami mintak izin balik dulu la ye...innshallah ada rezeki kita jumpa lagi ye"kata abah lalu mereka bersalam. Aku juga turut bersalam dengan mereka. "Makcik minta maaf ye Wan...tak tau la apa nak jadi dengan Sofea anak buah makcik tu...apa kena dia hari ni tak tau la"kata datin. "Ehhh...takda apa la makcik...sikit je ni...balik nanti cuci la...senang je"balasku. Kami pun bergerak untuk balik. "Adik...abg minta maaf pasal td...ni kad abg...kalau bosan2 text la abg ye...bole la sembang2"kata abg Shahkir. "Ok bang...terima kasih...assalamualaikum"kataku sebelum pulang bersama mak abah.

   Malamnya pula aku mula mengemas barang yang hendak dibawa balik ke asrama. Baju2 yang telah dicuci oleh mak aku lipat elok untuk diletakkan didalam beg. "Abg...ada nak mak tolong tak?"kata mak dipintu bilik aku. "Da nak siap da ni mak...sikit je ni"kataku. Mak masuk ke dalam bilik aku dan duduk diatas katil aku. "Abg ok ke kat skolah? Ada org buli abg tak?"kata mak. "Takda pun mak...abg ok je kat skolah...cikgu2 semua ok je dgn abg"balasku. "Mak dengar anak Datuk dgn Datin satu sekolah dengan abg ye"tanya mak. "A ah...junior kat skolah...knpe mak?"tanyaku pula. "Abg ok ke dgn dia?"pertanyaan ku dibalas dengan pertanyaan mak. "Mcm tu je la...ok je"jawabku. Aku selesai mengemas barang2 aku dan aku segera duduk dibawah kaki katil menghadap mak. Aku meyandarkan kepala aku ke lutut mak. "Mak...kadang2 abg rasa penat la mak...penat nak hadap karenah manusia2 ni semua"kataku. Mak menyapu lembut kepala aku. "Abg...sejak pekara yg terjadi tahun lepas, mak jd takut kalau ada benda tak baik jadi dekat abg...fizikal atau mental...tp bila mak tgk cara abg hadapi masalah tu semua mak tahu yg anak mak ni da tahu mana baik dan mana buruk...mak cuma nak abg kuat dan ceria je...mak dan abah tak nak abg stress2 kat sekolah...kalau ada masalah bagi tahu kami...mak tak nak abg pendam masalah tu sorang2"kata mak. Aku ni da buat keluarga aku ni bimbang ke? Aku da jadi beban ke pada keluarga aku?. "Mak tak nak abg rasa yang abg ni membebankan...sekelumit pun mak dan abah tak pernah rasa mcm tu...mak dgn abah bangga ada anak mcm abg"tambah mak. Aik...mak macam tahu2 je apa yg aku fikir. Mendengar kata2 lembut yang keluar dari mulut mak membuatkan aku tenang. Kata2 yg penuh dgn kasih sayang. Kata2 yg menjadi penawar segala masalah aku. Betapa kuatnya perasaan seorang ibu sehinggakan tahu apa yang merungsingkan anak mereka. "Terima kasih mak"kataku seikhlas hati aku.

  

  

Sayang S2: JANJIWhere stories live. Discover now