KORANG TAU...SAMBIL AKU EDIT BALIK CHAPTER NI NAK POST AKU DENGAR LAGU MARSHA-HENING RINDU. DIA PUNYA EMOSI TU BERDENYUT-DENYUT RASA. SEMOGA KORANG SUKA LA CHAPTER NI YE.
"Esok nak balik da...mesti baby rindu kat syg...lama la kita tak jumpa nanti"kata lembut suara tersebut. "Alaaa...seminggu je baby"balas seseorang yang aku yakin aku amat kenal suaranya itu.
Aku tiba2 diam terkaku di situ. Aku kenal suara tersebut. Aku kenal benar. Tolong laa...aku harap2 sgt bukan dia. Aku kuatkan diri aku untuk memulas tombol pintu tersebut. Aku menarik nafas panjang lalu aku menolak pintu tersebut. Alangkah terkejutnya aku. Emy berada dlm dakapan Shahrul!. Shahrul sedikit terkejut melihat aku tp Emy sedikit pun tidak. "Kenapa?"tanyaku ringkas. Shahrul melangkah ke arah aku tp ditahan Emy. "Syg...syg tak bg tau kat dia lagi ke yg kita da couple sekarang ni?"kata Emy. Kata2 yg keluar dr mulut Emy td membuatkan kaki aku lemah. "Wan...kita da takda apa2"kata Shahrul sahaja. Tersentak aku mendengar kata2 dr Shahrul td. "Awak...awak main2 je kan...mesti Emy yg suruh awk cakap mcm tu kan...awk main2 je kan"kataku sambil mendekati Shahrul dan cuba untuk memegangnya. "Jgn pegang2 boleh tak...aku jijik la dgn pelacur mcm kau ni...ntah dgn jantan mana lagi ntah kau penah main...menyesal aku suka dekat kau"kata Shahrul dan Emy hanya tersenyum mendengar kata2 Shahrul.
Airmata aku mula mengalir. Aku tidak lagi dpt menahan empangan airmata yg aku bina keras. Aku memandang muka Shahrul halus. Muka yg aku sayangi. Muka yg aku cintai. Muka yg berjanji untuk bersama aku selamanya. Kini muka tersebut memandang aku dgn penuh rasa jijik. "Ewwww...nak menangis bagai...drama sgt la kau ni Wan...ni mesti taktik nak jantan la tu...sudah la Wan...berambus la apa kau nak lagi kat sini"kata Emy kasar.
"Shahrul...apa salah sy...apa yg Emy da bg tau kat awk? Dia tipu wak...dia tipu!"kataku. "Heyyy...semua org da tau la yg kau tu pelacur je kat sini...sanggup jual badan kat semua org kan"kata Emy. "Sudah lah...kita takda apa2 dah mulai sekarang"kata Shahrul. Tertunduk aku memandang lantai bila mendengar kata2 yg diluahkan Shahrul. Aku mengatur nafas aku tenang. Airmata aku kesat. Aku menarik nafas aku dalam. Aku mendekati Shahrul. Aku memberikan jari kelingking aku kepadanya. "Baiklah Shahrul...janji pd sy awk tak akan menyesal dgn keputusan awk ni"kataku. Tangan aku ditepis Emy. "Tak payah pegang2 boleh tak...berambus je la"kata Emy kasar. Aku memandang Emy tajam. "I've slap you once and i wouldnt mind do it again"kataku kpd Emy. Shahrul cepat2 sambut jari kelingking aku. "Aku tak akan menyesal...dah puas hati?!"katanya. Panas jari dia. Jari yg selalu aku pegang erat dlu. Jari yg selalu merangkul pinggang aku dlu. Dilerainya jari yg bersentuh td dan mereka berlalu pergi meninggalkan aku sendirian.
Terduduk aku sendiri di dalam tandas. Airmata aku deras mengalir kembali. Saat2 gembira aku dgn Shahrul ligat bermain difikiran aku. Ketika aku mula bertemu dgn dia. Ketika dia mula meluahkan perasaan dia kepada aku. Ketika dia bersama aku kemana saja aku pergi. Indahnya ketika itu tp apa yg telah berlaku kini betul2 mengubah segalanya. Aku seperti tidak percaya akan apa yg berlaku. Dada aku terasa berat. Dada aku terasa sesak. Berat untuk aku menelan kenyataan ini. Berat juga untuk aku menerima kenyataan ini. Aku dengan Shahrul da takda apa2 hubungan lagi. Aku seperti hilang dalam khayalan. Diam...hilang arah...hilang punca...aku tidak dpt berfikir dgn telus...hanya memandang dinding tandas dgn perasaan kosong smbil airmata halus mengalir deras.
"Mak dgn abah sayang wan...". Aku tiba2 seperti jaga dari lamunan yg melalaikan aku. Aku cuba bangun tapi kaki aku tidak memberi kerjasama dengan baik mungkin akibat terkejut td. Aku menarik nafas dalam2 dan cuba berdiri dan bersandar pada dinding. Setelah itu aku berjalan keluar dr tandas berkenaan. "Mak dgn abah akan sentiasa ada dgn wan...". Mataku berkaca kembali bukan kerana Shahrul tp kerana rindu aku yg teramat pd mak dan abah. "Mak...abah..Wan tak kuat...Wan nak mak ngan abah...tak sabar nak tunggu mak ngan abah dtg ambil Wan"kataku.
Bayu malam lembut menghembus muka aku. Aku melangkah perlahan naik ke bilik. Sampai ke bilik aku terus ke katil. Selimut aku tarik dan terus membaluti seluruh diri aku. Aku perasan yg lain2 masih belum tidur. "Wan...kau nak mkn tak? Kita org ada masak maggi ruski tom yam ni...jom la join...sahur sekali ke ni"kata Iman. "Takpela...aku ngantok"balasku. "Owhh...ok la"kata Iman. Aku terlelap sendiri setelah itu. Penat agaknya.
Dalam gelap pagi tiba2 aku terjaga. Aku melihat yg lain2 sudah nyenyak diulit mimpi. Perlahan-lahan aku keluar dr bilik. Tiada hala tuju. Aku berjalan sendiri sehingga ke hujung koridor arasku. Aku berdiri sendiri. Memandang sepi malam kelam. Aku ketap bibir aku. Cuba menahan airmata dari mengalir tetapi tidak berjaya. Airmata aku laju mengalir meluncur di pipi aku. Hembusan angin sejuk merundumkan lagi perasaan aku. Aku tak berdaya lagi. Aku da tak mampu lagi. Aku seperti tidak percaya apa yg da terjadi ni. Insan yg aku sayang sepenuh hati aku telah mengkhianati hubungan ni. Janji yg dlu kita sama2 ucap kini terlerai sudah. Janji yg dlu kita sama2 bina kini termusnah sudah. Apa la nasib aku. Yen dan Dhail pon da tak nak kawan dgn aku. Kini...Shahrul pulak da tinggalkan aku. Aku tepuk2 dada aku. Rasa sesak. Rasa padat. Sakit bila teringat kata2 yg dikeluarkan shahrul. Sampai hati dia. Sanggup dia percaya kata2 Emy dr dengar kata2 aku. Entah apa yg dikatakan Emy kepadanya. Aku kembali memandang sepi kelam malam. Cantik bintang malam ni. Langit malam yg bersih tanpa ada awan memaparkan keindahan bintang2 di angkasa. Hati aku kembali tenang. "Indahnya permandangan mlm ni"kataku halus.
YOU ARE READING
Sayang S2: JANJI
RandomJanji...jika akhirnya kau mungkiri, tak akan sesekali akan aku pegang kembali. Kau mengubah segalanya janji yang pernah kita lafaz dahulu hanya kerana dia.
